Chapter 6

Romance Completed 32271

Enam

“Farhan, boleh saya tanya sesuatu?”

“Silakan.”

“Macam mana awak dapat idea untuk cerpen-cerpen awak?”

“Awak selalu baca blog saya kah?”

“Emm. Peminat setia karya awak. Pada mulanya saya tak tahu penulis blog yang saya selalu baca adalah awak. Itu pun Nuha yang beritahu saya.”

“Alhamdulilah. Allah yang memberi cetusan idea kepada saya. Allah permudahkan segala apa yang saya lakukan. Tak kiralah dari segi penulisan, melaksanakan tugas dan sebagainya. Mungkin kerana niat saya untuk membangunkan ummah dan mengajak masyarakat pulang kembali kepada Allah.”

“Alhamdulillah. Baguslah macam tu. Mesti ramai yang terkesan dengan mesej yang awak cuba sampaikan. Saya doakan semoga awak teruskan usaha murni tu.”

“Insha Allah.”

“Cerpen dan puisi awak kebelakangan ni seperti gaya orang hendak berkahwin sahaja. Sudah ada perancangan ke arah itu?” Marha ketawa kecil.

“Hmm. Sebagai seorang lelaki, saya mesti merancang dari sekarang. Takkan sudah hendak berkahwin baru hendak merancang. Betul tak?” Farhan senyum. Dalam hatinya berdengup kencang. Bagaimana boleh masuk hal kahwin. Lebih-lebih lagi keluar dari mulut gadis idamannya.

“Betul juga ya. Untunglah perempuan pilihan hati awak.”

“Untung? Entahlah, Marha. Saya bukan baik pun. Sebelum mencari wanita solehah, saya mesti berusaha menjadi soleh dahulu.”

“Hmm...”

“Kenapa? Marha hendak isi borang jadi calon isteri saya kah?”

“Eh, sekadar bertanya. Maaf dengan soalan saya tadi.” Farhan lihat Marha tertunduk malu. Pipinya kemerah-merahan. Segera dilarikan pandangannya ke arah luar tingkap. Melihat Marha sahaja sudah mampu membuat dia berdebar-debar.

Kenangan lalu menyinggah. Farhan menghela berat nafasnya. Sejak akhir-akhir ini dia asyik teringat kenangannya bersama Marha ketika menguruskan projek pada semester yang lalu. Semenjak itu, dia benar-benar mengenali gadis itu. Auni Marha. Seorang yang bijak berkata-kata. Namun masih lembut tutur katanya. Suka tersenyum, ceria dan kadangkala kuat merajuk. Dia cukup tegas dalam hal menutup aurat. Sarung lengan dan sarung kaki tidak pernah ditinggalkan. Wajahnya manis dan menenangkan jiwa. Bagi Farhan, Marha adalah seorang muslimah yang sukar ditemui pada masa kini.

Dia rasa cukup bertuah diberi peluang bekerjasama dengannya. Sememangnya dia sudah lama menyimpan perasaan terhadap Marha. Hampir tiga tahun dia memandang Marha dari jauh walaupun mereka belajar dalam jurusan yang sama dan kadangkala mereka sekuliah untuk subjek-subjek tertentu. Bukan dia tidak mahu menegur gadis itu namun dia tidak berani kerana dia merasakan Marha seorang yang sangat menjaga batasan dengan lelaki.

“Farhan, kau hendak pesan apa-apa tak? Aku hendak ke kafe sebentar lagi.” Lamunan Farhan terhenti dek laungan Arfan.

“Belikan aku bihun tomyam. Nanti aku bayar.” Balas Farhan kepada Arfan yang sudah berada di pintu rumah.

Farhan memandang sepi televisyen yang sedang rancak bersiaran. Pandangannya dibuang jauh ke luar balkoni dan merenung bangunan Fakulti Pendidikan yang terletak berhampiran dengan blok bangunan hostel lelaki.

“Marha, sudikah kau menjadi bidadari hatiku?” Bisik hati kecilnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience