Chapter 11

Romance Completed 32271

Sebelas

“Eh, kenapa Marha lari daripada aku?” Dia menoleh ke arah Arfan. Tangan kanannya sibuk menyenduk kuah kari.

“Manalah aku tahu. Kau pergilah tanya dia sebelum dia balik dari UNiSEL.” Lengan Farhan disiku oleh Arfan. Dia tersengih.

“Hmm, tak payahlah. Nanti dia lari lagi. Mungkin dia menyampah tengok aku.” Riak muka Farhan keruh.

“Dia hendak cepat tu. Tak apa. Rileks bro. Nanti aku sms Nuha. Aku risik-risik untuk kau, ok? Senyumlah Farhan sayang.” Arfan mencubit pipi sahabatnya yang murung itu.

“Hei, kau ni. Aku bagi penumbuk baru tahu.” Farhan mengacah Arfan. Geram.

Arfan terus dengan ketawanya. Kelakar melihat gelagat Farhan. Setelah selesai membuat bayaran di kaunter, Arfan terus menuju ke meja makan. Pinggan yang penuh dengan nasi dan air teh ais diletakkan di atas meja. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya daripada poket seluar jeansnya. Dia menekan butang mesej. Jemarinya ligat menaip sms kepada sepupunya, Nuha.

“Salam, Nuha. Nuha ada jumpa kau tak hari ni?”

Arfan menekan butang send. Selang beberapa minit telefonnya berbunyi. Ada sms baru masuk.

Nuha: “Wasalam. Ada. Kenapa?”

Arfan: “Kawan aku ni. Si Farhan sedih sangat. Marha lari bila jumpa dia. Kau tahu tak kenapa?”

Nuha: “Hehe. Amboi. Sampai macam tu sekali ke Farhan sedih? Aku ada info baru. Kau hendak tahukah?”

Arfan: “Apa dia?”

Nuha: “Kau jangan beritahu Farhan pula. Janji ok? Sebenarnya Marha ada hati dengan Farhan. Dia menangis tadi lepas balik ambil jubah.”

Arfan: “Ooo. Macam tu kah? Elok sangatlah tu. Farhan pun sudah lama angau dengan Marha. Thanks Nuha. Aku hendak makan. Perut aku sudah buat konsert Westlife dari tadi. Salam.”

Nuha: “Salam.”

Arfan tersengih bila Farhan datang ke arahnya. Cepat-cepat dia simpan telefon bimbitnya kembali.

“Kenapa tersengih tak tentu arah ni?” Farhan menarik kerusi dan meletakkan pinggan di atas meja.

“Lamanya pilih lauk?” Arfan mengusik.

“Suka hati aku lah. Lepas ni sudah tak ada peluang hendak makan di cafe ni lagi.” Farhan menjuihkan bibir.

“Farhan, kau tak mahu cuba luahkan perasaan kau kepada Marha kah? Mana tahu cinta kau tak bertepuk sebelah tangan.”

“Meluah perasaan? Kau demamkah?” Farhan cuba menyentuh dahi sahabatnya tapi Arfan pantas mengelak.

“Eh, mana ada. Aku cakap betul ni. Kau cubalah beritahu isi hati kau kepada dia.”

“Hmm, biarlah dahulu. Kerja pun belum lagi. Ada hati hendak bercinta dengan anak dara orang. Bila aku sudah berkerja dan keadaan stabil, dan jika selepas ni aku jumpa dia lagi... Aku cakap betul, Arfan. Aku terus pergi pinang dia. Itu pun kalau dia belum berpunya lagi.” Farhan berkata dengan tegas dan penuh dengan tekad.

“Satu lagi. Aku hendak perbaiki diri aku dahulu. Biar jadi soleh, baru boleh bimbing isteri dan anak aku ke syurga. Aku mahu isteri aku jadi ketua bidadari di syurga nanti. Aku mahu anak-anak aku menjadi generasi yang ada tarbiah Islam dalam dirinya.”

“Emm, semoga harapan kau diperkenankan Allah.”

“Insha Allah. Ha, apa lagi? Mari kita bersantap sekarang. Beta sudah lapar. Tuan hamba ini banyak sangat berbicara.” Farhan tersengih sambil mengusik Arfan.

Setelah doa makan habis dibaca oleh Arfan, mereka menjamah makanan yang berada di hadapan mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience