Chapter 18

Romance Completed 32271

Lapan Belas

“Saya? Saya baru sahaja bertemu kembali dengan bidadari saya. Kalau tiada aral, habis induksi ni saya hendak pergi pinang dia.”

Marha terpukul dengan kata-kata Farhan semasa mereka berbual tadi. Hatinya sedih. Bukan kerana Farhan sudah ada calon tetapi dia sedih kerana dia telah membiarkan dirinya mengharap kepada sesuatu yang tidak pasti. Airmatanya cuba ditahan sebaik mungkin sepanjang sesi kedua berlangsung. Dia cuba fokus kepada ilmu yang sedang disampaikan oleh Encik Jamaludin.

Tamat sahaja ceramah, dia cepat-cepat mengemas barangnya. Buku nota dan pen dimasukkan ke dalam fail Kursus Induksi. Dia meminta kunci bilik hotel daripada rakan sebiliknya. Dia mahu beredar secepat mungkin daripada bilik itu. Bimbang airmatanya akan tumpah di situ.

“Marha, nanti dulu.” Farhan memangilnya tetapi dia tidak menghiraukan panggilan itu. Belum sempat dia menekan butang lif, pintu lif sudah terbuka. Selepas menunggu pengguna lif keluar, dia segera masuk. Tangannya pantas menekan butang tingkat lapan.

Sampai sahaja dia di hadapan pintu biliknya, kunci dikeluarkan dan pintu dibuka. Empangan airmatanya terus pecah. Dia terduduk di tepi katilnya.

“Kenapa saat dia pergi air mata ini selalu terjatuh tak tertahankan? Mungkinkah dia bukan jodoh aku? Ya Allah, jika dia bukan jodoh aku, kenapa Engkau dekatkan aku dengan dirinya hingga dia memberikan harapan besar untuk aku? Namun akhirnya dia harus pergi dan meninggalkan luka yang amat dalam di lubuk hatiku.”

Telapak tangannya diletakkan di mukanya. Hatinya terlalu sakit dan sedih.

“Marha, bangun! Sabar sikit. Mesti ada sebab kenapa Allah aturkan macam ni untuk kau.” Dia menepuk-nepuk pipinya, cuba berfikiran positif dan bersangka baik kepada Allah.

Namun kenapa hatinya terasa pedih? Seperti separuh nyawa dicabut daripada badan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience