BAB 7

Drama Completed 6235

Suasana pagi yang sayu seperti hati Elina yang terpaksa pergi meninggalkan kampung halaman nya.. Sepanjang perjalanan menuju ke kuala lumpur.. Elina hanya mendiamkan diri tanpa sepatah kata.. Mia yang melihat akan keadaan sahabatnya itu tidak sampai hati hendak menegur nya.. Mungkin Elina tengah bersedih.. mungkin kehidupan nya disana nanti akan lebih baik.. bisik hati mia saat terpandang akan wajah muram Elina..

Beberapa jam kemudian.. mereka pun sampai di perkarangan rumah keluarga Encik Adam.. Pak su kepada mia.. Sebuah kereta Proton Saga merah meluncur masuk ke perkarangan rumah Encik Adam.. Kedatangan mereka di sambut baik oleh keluarga Encik Adam .. Mia sekeluarga pun turun keluar dari perut kereta..

"assalamualaikum bang man.." kata En.Adam pada abang ipar nya..

" waalaikumussalam dam.." balas Lokman..

Mereka pun bersalaman dengan satu sama lain..

" abang man..kak rozi..masuk la kedalam ..kita sambung borak kat dalam ".. ajak Adam..

" ye la.. jom masuk zi..mia..elina.." kata lokman..

" Lina.. oh lina.. meh la sini..tengok siapa yang datang.." panggil Adam pada Isterinya..

Lina yang mendengar akan panggilan itu dari dapur ..lalu bergegas keluar untuk berjumpa tetamu yang datang ..

" eh bang man..kak rozi..bila sampai..mia pun ada sekali.. " kata Lina..

"Assalamualaikum mak su.." kata mia lalu tunduk menyalami tangan mak su nya..

" waalaikumussalam mia..dah besar panjang mia..cantik orang nya.." menyahut salam Mia lalu memegang tangan mia..

" ha..ina.. kami baru aja sampai..kamu apa khabar..sihat..?? " tanya Lokman kepada adik nya..

" ina..sihat bang.. abang sihat" balas lina..

" abang sihat ..kak rozi pun sihat.. oh ya..mana anak saudara aku ina..tak nampak pun" kata lokman.. Bagi lokman dua anak bujang adik nya juga anak kesayangan dia.. mana tak nya..dia sendiri tak ada anak bujang...anak dara pun satu je.. itu pun sudah cukup menyerikan kehidupan nya..kasih sayang Lokman pada anak nya mia sangat dalam..seperti itu lah kasih sayangnya pada dua lagi anak saudara nya..

" dari tadi kita dok bersembang je..lupa pula nak tanya.. anak yang duduk sebelah mia tu siapa pula bang .." tanya Lina lagi..

" oh..ya.. kenalkan ..ini anak Ehsan..kawan si mia.. Elina nama nya .." kata lokman..

Elina bingkas bangun lalu menghulurkan tangan nya hendak menyalami Puan lina.. huluran salamnya di sambut baik oleh wanita itu..

" saya Elina puan.." kata elina..

Lina tersenyum disaat Elina memanggilnya puan..

" Cantik nama kamu..macam orang nya juga.. tak perlu lah berpuan dengan mak cik.. panggil mak su macam mia panggil mak cik pun dah cukup ya.." kata Lina dengan lembut..

Elina tersenyum lalu berkata..

" baik lah puan..eh..mak cik..terima kasih " ujar Elina..

" abang..abang berbual lah dulu dengan abang man...ina nak suruh kak ani siapkan makan tengah hari kita..lepas tu kita berbual lah lagi..lama tak jumpa abang sekeluarga..rindu rasa nya.." kata Lina kepada suami nya..lalu dia pun bingkas bangun..

" mak su.. tunggu..mia nak tolong boleh..jom el..ikut aku.." kata Mia sambil mengajak Elina..

Elina hanya mengikut sahaja kemana Mia melangkah.. sungguh saat itu diamerasa kekok..kekok dengan kebaikan keluarga mia yang dah banyak tolong dia sampai ke tahap ini.. bagi nya..tanpa mia sekeluarga dia kini hidup tak tentu arah..

-------------

" mak su.. abang zal..abang yan dan kakak raudah mana mak su..tak nampak pun" tanya mia sambil dia meninjau-ninjau kawasan sekeliling..

" oohh..diorang ada je.. mereka keluar awal hari ni..mereka pergi ke kilang pak su kamu ..ada masalah sikit kat kilang kata nya.." bicara Lina pada anak saudara nya..

" ooo..rajin nya diorang mak su..hujung minggu macam ni pun mereka kerja.." puji Mia..

" biasa lah tu mia.. bertuah la mak cik kalau mereka bertiga nak melekat kat rumah hari macam ni.." ..balas Lina lagi..

Mia tersenyum mendengarkan apa yang mak su nya kata..Ligat mata nya mencari keberadaan Elina.. akhir nya mata dia singgah ke arah Elina yang sibuk mengelap pinggan yang baru selesai di cuci..

" El.. kau ok tak ni..?" tanya mia..

" eh..aku ok je mia.. cuma aku letih sikit.." Elina cuba memberi alasan padahal dia terkenangkan keluarga dua di kampung..

" Elina.. meh sini..mia ajak Elina duduk kat sini.. mak su nak cakap sikit.." panggil Lina..

Elina dan Mia berjalan menuju ke meja makan..lalu melabuhkan punggung mereka berdepan dengan mak su Lina..

" Elina ni..umur berapa nak.." tanya Lina dengan penuh lembut..

" El sebaya dengan Mia mak cik..baru lepasan SPM..17 tahun mak cik" kata Elina..

" ooo...muda lagi ..tapi Elina datang sini ..mak ayah izinkan ke.." duga Lina ..

Melihat akan perubahan wajah Elina di saat soalan itu di ajuk kan pada Elina..mia pun membalas..

" mak su.. sebenar nya..sebenar nya..ada benda mak su kena tahu.." kata mia..

" tahu apa mia..sebenar nya apa..cuba cakap terang terang..sejak bila pula anak mak su ni gagap.." sempat lagi Lina mengusik anak saudaranya itu..

" mak su..sebenar nya El..." belum sempat mia menghabiskan ayat nya..Elina terus memotong..

" tapi El.." kata mia..

" tak apa mia.. biar aku je yang cakap kat mak cik.." pinta Elina pada mia..

" kamu berdua ni dah kenapa.." tanya Lina pening..melihat akan perangai dua sahabat itu..

" macam ni mak cik.. sebenar nya ..keluarga Elina..dah buang Elina..mereka halau Elina dari rumah..sebab itu Elina ikut pak cik lokman dan mak cik rozi datang kemari.. Elina nak cari kerja mak cik.." kata Elina sedih..

" maafkan mak cik nak.. mak cik tak tahu pun.. Elina jangan sedih ya.. nanti mak cik suruh pak cik kamu tolong carikan kerja ya.."

" tak apa mak cik..Elina faham"..kata Elina..

Air mata nya pun mengalir membasahi pipinya.. Lina dan mia merasa kesian dengan penderitaan yang di alami gadis muda itu meruntun jiwa mereka..

" susshhh....jangan nangis nak.. berserah pada Nya..mungkin dia ada perancangan yang baik untuk mu.. berdoa dan memohon pada Nya ya nak.." pujuk Lina lalu memeluk tubuh gadis muda itu..

Siapa sangka seawal usia itu Elina menjalani hidup yang sangat dasyat ..sepatutnya gadis seusia dia dapat merasa kebebasan hidup remaja..namun tidak bagi Elina.. Setelah dia di halau keluar oleh ayah nya Ehsan.. Dia sedaya upaya bangkit untuk meneruskan hidup nya..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience