BAB 10

Drama Completed 6235

Hidayah termenung dibirai katil di dalam bilik nya.. Dia masih terkenangkan apa yang Elina katakan pada nya petang tadi.. Sebetulnya dia tidak bersedia hendak memenuhi segala kehendak Elina..tak sanggup dia kalau haris berjauhan dengan Elina lagi.. Walaupun Elina bukan anak nya..tetapi Elina tetap menjadi permata hati nya..tidak hanya pada dia..seluruh ahli keluarga nya yang lain..Kehadiran Elina bagaikan satu anugerah terindah buat mereka.. Jadi mana mungkin dia akan membiarkan Elina pergi lagi..
Herman melihat isterinya termenung seperti ada sesuatu yang menganggu fikiran isterinya itu.. Dia pun pergi menuju ke arah isterinya ..

" hai yah.. abang tengok awak macam ada sesuatu yang difikirkan..ada masalah ke yah.." tanya Herman pada Isterinya ..

" ehh abang..bila abang masuk..yah tak perasan pun.." Hidayah cuba mendalihkan pertanyaan suaminya sebentar tadi..

" lain yang abang tanya lain pula yang awak kata..dah lama abang kat sini..yah tu je termenung sampai tak dengar saya masuk.." kata Herman..

" mana ada bang..pandai-pandai je.." ajum Hidayah pada suaminya..

" tengok tu..dah la yah..tak usah tipu abang..abang boleh nampak dari air muka yah..macam yah ada masalah.." kata Herman selamba..

" elina bang.." kata Hidayah..

" kenapa dengan Elina.." tanya Herman pelik..

" Elina bang..dia kata dia nak pergi keluar Negara lagi.. dia nak kerja kat sana.." Kata Hidayah sedih..

" dia nak buat apa kesana lagi..kat sini kan dia ada butik sendiri..mesti anak awak tu ada masalah lain.." kata Herman mahukan kepastian..

" tak tahu la bang.. dia tak bagi tahu yah pun kenapa dia nak balik sana lagi.." kata Hidayah binggung..

" yang awak tak tanya dia kenapa yah..aduh kamu ni yah.." Herman mengaru kepala yang tidak gatal..

" yah bukan tak nak tanya..dah dia sendiri tak bagitahu yah..abang pergila tanya El tu..mana tahu kat abang dia nak cerita.." Hidayah memberi cadangan..

" eh kita pula yang disuruhnya.. tak pun..nanti abang suruh abang-abang dia yang tanya..El kan rapat dengan abang-abang nya.." Herman pula yang memberi cadangan..

" ya lah bang.. tapi kalau boleh.. yah tak nak El kesana lagi..Yah nak dia duduk dengan kita kat sini..senang yah nak tengok kan dia bang.. " pinta Hidayah pada suaminya..

" abang pun rasakan benda yang sama..kalau boleh abang pun tak nak dia balik ke sana lagi.. Abang nak dia duduk di sini tinggal dengan kita..lagipun abang sudah sediakan sesuatu untuk Elina.." kata Herman

" sediakan apa bang".. tanya Hidayah ingin tahu..

" yah ingat tak Syarikat kita yang satu lagi tu.. abang ingat nak bagi kat Elina.. Dua lagi anak kita kan dah ada syarikat sendiri.. abang nak ..semua anak abang ada syarikat sendiri yah..abang nak mereka usahakan syarikat mereka sendiri.." ujar Herman..

" Syarikat yang abang baru bina tu ke..bagus sangat idea abang tu..tak la Elina pergi keluar negara la kan bang.." kata Hidayah dengan teruja..

" suka la awak yah..dah la..jom masuk tidur..abang dah mengantuk ni..esok nak bangun awal lagi.." kata Herman..

"mesti la saya suka bang..ya la..abang tidur la dulu..yah nak tutup pintu tu dulu.." kata Hidayah yang masih lagi dengan perasaan yang gembira..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience