8 tahun pun berlalu.. Semua kenangan pahit manis liku kehidupan nya kini dia bergelar seorang usahawan muda yang berjaya.. Elina memiliki sebuah butik busana baju melayu dan sebagainya..yang sangat terkenal di antara orang-orang kaya.. Elina yang berusia 26 tahun telah membuktikan yang dia mampu berdiri tanpa ada sokongan keluarga.. Kerinduan Elina kepada keluarganya cuba hendak di tepis dengan membuatkan diri nya sibuk melakukan macam-macam perkerjaan.. Kehadiran keluarga baharu nya menambahkan lagi seri di hidup Elina.. Kehadiran keluarga yang tidak pernah di sangka nya.. kerana satu ketika dahulu..dia datang ke rumah itu hanya sekadar ingin bekerja..namun lain pula yang berlaku.. Bukan kerana keperihatinan keluarga itu untuk menerima nya tetapi kehendak Ilahi..keluarga itu menerima kehadiran nya dengan penuh kasih dan sayang.. Benar lah kata orang..Di saat dirimu derita ..akan hadir satu cahaya dan sinaran baru.. Elina bersyukur ke hadrat Ilahai di atas limpah rahmat yang diberi nya bersama dengan keluarga angkat nya En.Herman dan Puan. Hidayah sekeluarga.. Penerimaan dua orang anak lelaki mereka Harris dan Hafiz pada Elina di sambut dengan hati yang terbuka.. Bagi mereka..kehadiran Elina ada lah Rahmat bagi mereka sekeluarga..disaat business keluarga itu hampir muflis..mereka di hadiahkan seorang bidadari yang memberi tuah dan rahmat kepada mereka.. Mereka sekeluarga sungguh menyayangi Elina seperti ahli keluarga sebenar mereka.. Penerimaan mereka akan kehadiran Elina mengubah cara hidup mereka dari mereka yang dulu suka bermegah-megah dengan harta dunia namun akhir nya berubah kepada sebuah keluarga yang ringan tulang..mereka sekeluarga banyak memberi sumbangan kepada mana-mana pusat kebajikkan.. Dan dengan Rahmat Tuhan ..rezeki mereka bertambah-tambah.. Sebagai balasan..mereka sekeluarga menghantar Elina belajar keluar Negara dalam jurusan Business.. Elina melanjutkan pelajaran nya keluar negara selama 5 tahun ..dan dia telah terikat dengan kontrak pemodelan selama 3 tahun..dan akhir nya Elina memutuskan untuk balik ke Malaysia..kembali ke pangkuan keluarga angkatnya..
" arggghhh... best nya..akhir nya aku kembali ke tanah air ku.. rindu rasa nya nak mulakan hidup baru di sini.." kata Elina didalam hati saat dia melangkah keluar dari airport.. Sungguh dia tidak percaya..setelah 8 tahun dia berhijirah keluar negara kini dia kembali lagi ke Malaysia..
Elina mengeluh lembut..kepulangan dia tiada siapa yang mengetahui..sengaja dia tidak memberitahu keluarganya..Surprise la katakan..
"Teksi.." panggil Elina..
" ya cik..cik nak kemana..??" tanya pemandu teksi itu pada nya..
" emm..uncle..boleh tolong hantar saya ke alamat ini..boleh ke.." elina menghulurkan sekeping kertas yang tertera alamat rumah Encik Herman..
Sepanjang perjalanan dari airport ke rumah en.Herman.. Elina merasa resah..tidak pasti kenapa..teruja..atau sebaliknya..
-------------------
Sebuah teksi tiba di perkarangan rumah Encik Herman..membuatkan isterinya Puan Hidayah tertanya-tanya..siapakah gerangan yang dihantar oleh teksi itu.. Puan Hidayah yang asyik menyiram bunga-bunganya lalu pergi ke arah teksi tersebut untuk melihat siapa orang yang singgah dirumah nya.. Saat dia melangkah ke arah teksi berkenaan dia terlihat kelibat seorang gadis muda yang amat dia kenali..Lalu dia menguntum sebuah senyuman saat dia melihat siapa gadia itu..Sungguh dia menanti akan kepulangan gadis itu..
" assalamualaikum mama.." kata Elina dengan gembira sekali..lalu memeluk Puan Hidayah sepenuh hatinya..dia melepaskan rindunya pada Puan Hidayah.. rindu dia pada puan Hidayah hanya Tuhan yang tahu.. Semenjak dia di buang keluarga nya.. dia hanya menumpang kasih keluarga itu..
" waalaikumussalam ..anak mama..rindu nya mama kat Elina.. Elina sihat nak" Puan Hiday mencium pipi anaknya itu.. Kasih sayang dia pada Elina sangat dalam..Bagi dia..Elina lah penyeri hidup mereka..
" El sihat ma..mama sihat..rindunya El kat mama.. papa dan abang mana.." tanya Elina..
" Mama sihat ..alhamdulillah..El balik ni kenapa tak bagi tahu mama dengan papa ..kalau El bagi tahu awal-awal papa atau abg kamu boleh ambil kamu kat airport..mama pun boleh masakkan makanan kegemeraan El.." kata Puan Hidayah seakan-akan merajuk..
" ala ma.. El bukan tak nak bagitahu..El saja nak surprise kan mama..mama macam tak suka je El balik..tak pa la..El balik sana lagi la macam ni.." Elina pula yang buat-buat merajuk..sengaja dia nak kenakan mama nya..
" sepatutnya mama yang merajuk bukan nya El.. Mama suka El balik..suka sangat..ada juga yang temankan mama nanti..dah lah..tak payah nak mengada-ngada buat muka macam tu..jom masuk..cair pula El kat bawah panas ni..maklumlah baru balik dari luar negara.." ajuk puan hidayah pada anak nya..
" haha..kesitu pula..ingat kite ni gula-gula ke boleh main cair-cair.. jom..sayang mama.." Elina memeluk mama nya lalu masuk ke dalam rumah..
Bahagia yang Elina rasakan walaupun bukan dengan keluarga sebenar nya..Sungguh besar nikmat Tuhan yang di anugerahkan pada nya.. Di saat dia menderita..Tuhan telah hadirkan dia sebuah keluarga yang benar-benar menyayanginya.. Terlepas segala rindu nya .. Jauh di sudut hatinya..dia lagi merindui keluarga sebenarnya..yang tidak diketahui khabar berita semenjak dia meninggalkan kampung halamannya satu ketika dahulu.. Macam-macam yang Elina dan Puan Hidayah sembangkan..sampaikan kehadiran suaminya Encik Herman..
" assalamualaikum..seronok bersembang" kkata Herman yang baru balik dari pejabatnya..
" waalaikumussalam" jawab mereka serentak..
" ehh..papa...El rindu papa".. ujar Elina kepada Herman..
" El.. bila sampai..kenapa tak bagitahu papa nak balik..boleh papa jemput El kat airport tadi..Papa pun rindu El.." ujar Herman pada Elina sambil tersenyum..
" rindu papa je ke..abang harr dan abang fiz tak rindu.." kata Harris menyapa di muka pintu.. dia dan Hafiz melangkah masuk ke dalam rumah..
" abb..bannnggg... Mana ada.. El rindu semua orang..rindu sangat-sangat.." bicara Elina..
suasana riuh rendah dengan kehadiran Elina.. Mana tidak..kehadiran yang keluarga mereka tunggu-tunggu selama 8 tahun.. meriah sungguh keluarga Herman sekeluarga menyambut kepulangan Elina..dalam mereka bergembira.. Elina mengalirkan air mata..membuatkan semua ahli keluarga nya tertanya-tanya kenapa dia menanggis..
" kenapa el menanggis ni sayang..ada masalah ke..cerita la kat mama.." Puan Hidayah cuba bertanya..
" ya lah dik.. kenapa nanggis..kami ada buat salah ke" tanya Hafiz pula..
" cerita la dik" ujar si Harris pula..
Herman hanya memandang wajah Elina yang sudah pun dibasahi dengan air mata..Dia menunggu jawapan dari Elina..
" eh..tak ada lah El nanggis..El ok ni.." Elina menujukkan lagak seperti tiada apa-apa padahal hati nya lain.. dia mengelap air matanya..
" kalau El ok..kenapa muka El nampak macam sedih nak.." kini giliran Herman pula yamg bersuara..tidak puas hati dia mendengar jawapan anak angkatnya itu..walaupun Elina bukan anak kandung nya tetapi dia tahu akan perangai anak angkat nya itu seperti mana..
" El ok la.. El tak sedih..El gembira sangat..Selama 8 tahun El menumpang kasih di keluarga ini..El banyak terhutang budi dekat mama..papa..abang harr dan abang fiz..El malu..segan dengan apa yang El perolehi sekarang ni.. El banyak susahka keluarga ni.. Papa bagi El belajar tinggi-tinggi sampai keluar negara.. Mama belikan semua keperluan El.. Abang harr dan abang fiz bagi El sebuah butik.. Semua tu El dapat dari keluarga yang bukan darah daging El sendiri.. Keluarga ni banyak berjasa pada El.." kata Elina dengan nada sedih..
" tak ada nama nya terhutang budi El.. papa dan mama buat semua ni sebab El anak kami..sama macam Abg Harr dan Abg Fiz kamu.. Kasih sayang papa dan mama dekat anak-anak tak ada berbelah bagi..semua sama rata.. El jangan lah rasa macam tu..papa tak suka".. pujuk Herman..
" betul tu El.. abg harr dan abg fiz bagi butik tu kat El sebab El adik kami.. abg nak El uruskan butik tu baik-baik.." ujar Hafiz kepada Elina..
" lagi satu.. lepas ni kalau ada mana-mana lelaki yang ada niat nak meminang el..mereka kena jumpa abg dan abg fiz dulu.." kata Harris..menceriakan suasana..
" habis lah El ma.. kesian calon suami El nanti" kata Elina pada Puan Hidayah..
Mendengarkan ungutan Elina..mereka sekeluarga ketawa.. suasana menjadi ceria kembali..
" nasib lah El..dapat abg-abg macam mereka berdua.." Kata Herman menambahkan lagi gelak ketawa mereka sekeluarga..
" ish..kamu semua ni.. suka sangat usik anak dara saya..dah-dah la usik El..nanti denga mama sekali yang merajuk.. kini giliran Hidayah pula yang backup anak dara nya..
" haa..padan muka..mama bagi warning.." Elina mencebikkan mulut nya..
Sungguh suasana dirumah itu riuh dek gelak ketawa mereka sekeluarga..
Share this novel