Hari yang ditunggu pun tiba.. Helina discharge.. Rasa bahagia di hati Elina dapat kembali ke rumah nya setelah beberapa bulan dia terlantar di hospital.. Kereta Mercedes milik Tuan Herman tiba di perkarangan rumah.. Kedatangan mereka disambut meriah ahli keluarga yang lain..terutama Mia..
" Welcome back my princess.. " Harris menyakat Elina..
" abang.. malu la El abang cakap macam tu..El kan dah besar la.."
" Eh..Adik ingat lagi ..abang selalu cakap macam ni kat El.." Tanya Harris mahukan kepastian.. mereka tidak tahu ingatan Elina sudah pulih..
" Elina ingat..semua benda El ingat.. "
" yang kamu semua berdiri kat luar ni kenapa..masuk la.. kesian Elina.." ujar Hidayah..
" oohhh..sorry.. lupa.. jemput masuk Elina..ma..pa.." kata Hafiz..
-------------------
Selepas beberapa bulan kemudian.. Keadaan Elina semakin membaik.. Elina pulih sepenuh nya.. Di hari yang sememang nya di tunggu akhirnya kunjung tiba jua.. Rayyan dan Elina akan disatukan .. Mereka akan dinikahkan berwalikan tok kadi sendiri memandangkan Elina adalah anak yatim piatu.. Suasana di perkarangan rumag yang sangat meriah menambahkan lagi gelisah di hati Elina.. Sementara menunggu rombongan pengatin tiba.. Bermacam ragam yang Elina lakukan untuk menghilangkan rasa gelisahnya..
Hattar dan Nur Damia menjadi mangsa usikkan Elina.. Mia dan Aida sengaja membawa dua budak kecil itu kebilik Elina..
" hello anak anak mak su.. apa khabar hari ni..mak su nervous la baby.." ujar Elina sambil dia mencuit pipi gebu Hattar dan Damia..
" El..tenang la..kami dulu pun nervous tau.. lagi lagi masa akad nikah nanti.." ujar Aida.. Mia pula hanya sekadar mengganguk mengiakan apa yang Aida katakan..
" Rugi kan ..El.." Kata Elina tiba tiba..
" rugi..kenapa El.." tanya mia kehairanan..
" Rugi la.. masa kau khawin dulu..El tak ingat apa apa pun.. sama la dengan hari kelahiran dua orang anak buah mak su yang comel ni.." kata Elina pada Mia..
" Ala ..El.. masa tu kan kau sakit..Tapi aku bersyukur la..kau ada masa khawin aku walaupun masa tu kau tak ingat apa pun.. Dan pasal kelahiran Hattar dan Damia.. nanti kau akan rasakan bila kaubada anak sendiri.." Kata Mia..
" betul tu.. El nak tahu..masa tu El dah lama dalam keadaan koma..Doktor ada mencadangkan pada kami..untuk menghentikan semua alat bantuan El.. disebabkan El tak pernah menunjukkan apa aoa tindak balas..tapi semua tu tak jadi.. Masa El mula mula memberi respond pada kami.. Hattar lahir pula dilahirkan.. Masa tu kami dapat dua berita baik.. pertama Hattar kedua El.. dan lagi satu.. keajaiban berlaku sekali lagi bila Damia dilahirkan.. Masa yang sama juga.. El tersedar dari koma sebaik sahaja Damia dilahirkan.." ujar Aida teruja..menceritakan apa yang berlaku..
" betul tu El.. Kelahiran mereka seolah olah memberi keajaiban..betul lah kata orang.. kalau sudah keluarga..dimana jua tetap akan di satukan.. Heboh satu hospital kata yang Hattar dan Damia..Miracle baby.. Masa tu mana orang tahu yang mereka anak buah awak El.. Kelahiran mereka memberi tindak balas pada awak..ibarat nafas baru.." kata Mia..
" Itulah kuasa Tuhan yang maha Esa.. Masa El koma.. mama selalu cerita pasal Hattar dan Damia.. setiap kali mendengar cerita tentang mereka ..El akan memberikan kami tindak balas.. dari situ lah..hampir setiap hari mama ceritakan telatah Hattar dan Damia..mama selitkan sedikit dia untuk anak mama.." Kata Puan Hidayah yang dari tadi mendengar perbualan mereka bertiga..
" thank you semua.. banyak doa kan El.. thank you juga pada dua baby boo mak su..sebab meminjamkan mak su sedikit kekuatan..mak su sayang korang..muah muah.." habis pipi comel mereka dicium bersilih ganti..
" sudah la tu..kesian dengan pipi cucu nenek.. Urm..El..dah sedia.. Rombongan dari pengantin lelaki dah sampai.. kalau El dah sedia..jom kita turun.." kata Puan Hidayah..
" El takut la ma.." Dia berdiri sambil mengatur baju pengantinnya agar terlihat lebih rapi..
" El jangan la takut.. mama kan ada..kak aida ada..kak mia pun ada..papa..abang abang El pun ada.. bawa mengucap okey.."
Mereka pun turun tingkat bawah untuk majlis ijab kabul.. Elina yang tampak anggun mengenakan busana bewarna putih yang di rekaan khas Aida dan di bantu oleh Mia.. Begitu juga dengan Rayyan..tampak kacak mengenakan busana putih..
" kamu sedia.." tanya tok kadi pada Rayyan yang nampak sedikit gelisah..
Rayyan hanya mengganguk tanda dia juga bersedia..begitu juga dengan tetamu yang hadir..mereka juga bersedia untuk menyaksikan pernikahan diantara Rayyan dan Elina..
" baik lah..kalau macam tu.. Saya mulakan..kamu ikut apa saya katakan selepas saya.." ujar tok kadi pada Rayyan..
" baik lah.." ringkas sahaja Rayyan membalas..dia tersenyum nipis mungkin kerana takut atau sebagainya..
" Aku nikahkan akan dikau Rayyan Bin Adam dengan Helina Herman Binti Ehsan dengan mas kahwinnya satu ribu ringgit dibayar tunai........" ucap tok kadi..
" Aku Rayyan bin Adam terima nikahnya Helina Herman bin Ehsan dengan mas kahwinnya Satu ribu ringgit dibayar tunai.." kata Rayyan sedikit tenang..
" sah.." tok kadi memandang ke kiri dan ke kanan..rata rata yang menyaksikan perkahwinan mereka mengesahkan pernikahan mereka..
Dengan sekali lafaz sah lah Helina bergelar seorang isteri kepada Rayyan.. Mereka membacakan doa kehadrat ilahi..
Elina sedikit kaku takkala cincin tersarung rapi di jari manis nya.. Dia malu hendak mencium tangan suaminya.. Dan dia juga menyarungkan sebentuk cincin ke kari manis suaminya.. Suaminya mengucup kejap dahinya.. membuatkan Elina terasa panas seluruh badan dek kerana itu kali pertama dia diperlakukan sebegitu di hadapan ramai..Sempat lagi Rayyan menyakatnya..menambahkan lagi rasa malu pada diri Elina..
" Sayang..you are mine now .. and i will take care of you.. may be I'm not a perfect husband for you but i would try my best..I'm forgot how many people in the world..but my love just for you..from now until forever and ever.." ujar Rayyan..
" thank you for everything .. Saya hargai segala pengorbanan awak pada saya.." balas Elina perlahan namun masih boleh didengari orang sekelilingnya membuatkan mereka terasa aura pengantin baharu..
Dua mempelai duduk bersanding tersipu malu..
Bagai pinang dibelah dua .. Suasana meriah dengan para tetamu.. sanak saudara..sahabat handai.. semua meraikan hari pernikahan mereka..
----------------------
" Assalammualaikum Sayang.." kata Rayyan.
" waalaikumussalam " jawab Elina malu malu..
" jom solat sayang.." ajak Rayyan..
Rayyan dan Elina menunaikan ibadah bersama..
" thanks sayang.. sudi terima abang seadanya.." ujar Rayyan lalu memegang erat tangan isterinya..
" sayang yang sepatutnya berterima kasih pada abang.. Abang sanggup tunggu El.. Abang jaga El masa El sakit.. Abang buat macam macam untuk El.." kata Elina lalu mencium lembut tangan suaminya..
" lepas ni..sama sama kita berusaha untuk membina rumah tangga kita.. Apa yang kurang pada abang..sayang lengkapkan..dan apa yang sayang kurang..abang akan lengkapinya.." Dia pula yang mencium lembut tangan isterinya..
" emmm..abang.. El nak minta izin.. El nak pergi mandi dulu.. lepas tu kita turun bawah.." pinta Elina malu malu..
" sayang.. kita mandi sama la nak.." usik Rayyan..
" ish abang ni.. mana boleh.."
" boleh la.. sayang kan isteri abang.. abang suami sayang..halal untuk kita sayang.." menambahkan lagi usikkan nya..
" tak nak.....malu.." Elina pun berlari anak menuju ke bilik air.. Degupan di jantung nya terasa mahu berhenti mendengar usikkan suaminya..
" haha.. tak apa sayang.. banyak lagi hari kita boleh mandi sama.." usik rayyan lagi..
Namun semua itu hanya sebuah kenangan buat Rayyan.. Lamunanya terhenti di saat namanya dipanggil..
" papa.. mari la sini.. tengok apa adik buat.. ujar anak kecil..
Elina dan Rayyan di kurniakan sepasang cahaya mata setelah setahun bernikah.. Mereka dikurniakan sepasang kembar yang diberi nama Risna dan Hayyad.. Namun kehadiran cahaya mereka tidak dirasai oleh Elina.. Rayyan membesarkan mereka tanpa kasih sayang seorang ibu.. bagi anak mereka.. Dialah ayah dia juga ibu..Elina pergi meninggalkan Rayyan dan anak mereka buat selamanya.. Elina disahkan meninggal selepas dia melahirkan putera dan puterinya untuk suami tercinta..
Pengorbanan seorang ibu amatlah bermakna.. Elina mengalami komplikasi semasa proses kehamilannya disebabkan oleh kesan sampingan sewaktu Elina ditimpa dua tragedi yang hampir meragut nyawanya.. Doktor juga telah memberitahu bahawa Elina tidak disarankan untuk hamil disebabkan kondisi badannya agak lemah dan tidak mengizinkan..Namun keinginan nya untk menjadi seorang ibu mendorongnya untuk meneruskan proses kehamilannya..
Namun itulah takdir hidup .. Ada yang pergi ada juga yang hadir.. Selepas pemergian Elina..Rayyan berjanji akan memberi sepenuh kasih sayangnya pada kedua anaknya.. Itu lah amanat terakhir yang ditinggalkan oleh Elina untuknya..
Share this novel