Elina menghempaskan badan nya di atas katil..
" letih nya...tak sangka banyak customer hari ini.. alhamdulillah..dengan rezeki yang Engkau limpahkan pada ku dan keluarga ku.." kata Elina berbicara sendiri..
Saat dia asyik berbaring..tiba-tiba dia teringatkan Mia..
" apa khabar lah Mia sekarang ni ya.." bicara Elina di dalam hati..
Elina bingkas bangun menuju ke meja solek nya untuk mengambil telefon bimbitnya.. Dia pun cuba membuat panggilan kepada Mia.. Sudah lama dia tidak menghubungi sahabatnya itu semenjak dia belajar di luar negara..last dia berhubung dengan mia melalui telefon 2 tahun yang lalu.. tidak lama kemudian..panggilan nya di angkat..
" hello..siapa ni??" tanya mia..
" assalamualaikum mia.. Ni El..ingat lagi tak..Elina.." balas Elina
" waalaikummussalam ..eh..El..betul ke ni El" ..Mia cuba hendak memastikan sama ada itu Elina sahabatnya ..
" ya mia..ni El.. aku dah balik malaysia tau.. kau apa khabar Mia.." Elina bertanya..
" ya Tuhan ku.. aku ..alhamdulillah ..sihat El..kau macam mana El.. Ye ke kau dah balik sini.. ee...rindu nya aku kat kau el.." kata mia teruja..
"Aku macam ni la Mia..sihat je..aku baru sebulan sampai sini.. kau kat mana sekarang ni mia.." tanya Elina..
" sebulan.. amboi El..sebulan kau dah sampai malaysia baru sekarang kau cari aku..kau dah lupakan aku ke El.. aku..aku kat kampung la..aku cuti.. aku kerja kat KL..kat syarikat papa kau.. tapi kenapa papa kau tak bagitahu aku kau ada kat sini.." kata mia pelik..
"mana ada aku lupakan kau mia..kau lah sahabat aku dunia akhirat.. Mia..kau betul kerja dengan papa aku..papa aku tak pernah cakap pun kau kerja kat sana.. Sebenarnya Mia..aku yang tak bagi papa bagitahu siapa-siapa yang aku dah balik Malaysia..aku takut kalau keluarga aku cari aku..aku masih takut nak jejakkan kakiaku ke malaysia.." kata mia sedikit sedih..
"ooo..macam tu el..tak pa la..yang penting kau selamat sampai kat sini.. tapi kan El.. kau nak takut apa dengan keluarga kau.. mereka pernah ugut kau ke sampai kau takut hendak berjumpa mereka..kata mia lagi
" kau lupa ke mia.. apa aku pernah bagitahu kau dulu.. Erine dan Elias ada datang cari aku kat KL.. mereka cuba nak bunuh aku mia.. sebab tu aku takut nak balik sini.." dengan suara yang perlahan Elina menyatakan apa yang berlaku pada nya 8 tahun yang lalu..
" bunuh kau..!!! taoi kenapa..??" tanya mia penuh tanda tanya..
" kau ingat lagi tak dengan harta pusaka arwah atuk aku punya.." tanya Elina hendakkan kepastiaan dari Mia..
" aku tahu hal tu El.. tapi apa kena mengena harta tu dengan kau sampaikan kau nak kena bunuh bagai.." tanya Mia lagi..Pening kepala dia memikirkan apa yang Elina cuba sampaikan pada nya..
" emmm..tak apa la mia..nanti aku cerita kau kau..Mia..kau balik sini bila..kalau kau balik sini..kau call aku..aku nak jumpa kau.." kata Elina..
" aku..petang esok kot.. ya la..Isnin kan kerja.. nanti aku call kau..kalau aku dah sampai KL.. " kata mia lagi..
" ok..kalau macam tu ..nanti kita jumpa..ok la mia.. aku pergi dulu..nanti kita sembang lagi..assalamualaikum mia.." ujar Elina..
" waalaikumussalam El..oh ya El..jangan lupa cerita kat aku apa yang sebenar nya yang jadi ok..bye.." Mia mematikan perbualan mereka..
Terlepas juga rindu Elina pada Mia.. Perbualan mereka menambahkan lagi kerinduan Elina pada Mia..satu-satunya sahabat dari kecil sampai ke sekarang..Dan kerana Mia juga dia berjumpa dengan keluarga angkatnya En.Herman.. Di saat dia hendak melelapkan mata..tiba-tiba pintu biliknya diketuk..
" El..nak..mama ni..anak mama dah tidur ke.." tanya Pn.Hidayah dari luar bilik..
" mama.. masuk la..pintu tak kunci.." kata Elina..lalu dia pun bingkas bangun..
Puan Hidayah lalu menguak pintu bilik anak nya.. Saat itu matanya terlihat akan Elina yang masih lagi berbaju kerja nya..
" bertuah punya anak dara..mama ingat El dah mandi.. rupa nya dia bersantai di sini.. " kata Hidayah lalh mencubit lembut pipi Elina..
Elina hanya sekadar tersenyum mendengar bebelan mama nya ..Sungguh dia merindukan perhatian dari seorang ibu kepada anaknya..
" ouchh mama..sakit la.." Elina buat-buat sakit dek kerana pipu nya dicubit mamanya Hidayah..
" eleh..mengadanya dia..padahal mama tak cubit kuat pun.." kata Hidayah lalu tersenyum melihat karenah anak angkatnya itu..Elina memang manja dengannga semenjak dia di angkat oleh dia dan suaminya..Puan Hidayah pula amat menyayangi Elina seperti anak kandungnya sendiri..
" ala mama.. Elina gurau je..mama.. kalau Elina tanya mama satu benda..mama marah tak .." Elina cuba bertanya sesuatu pada Puan Hidayah..
" Elina nak kata apa.. kalau benda baik..mama tak akan marah..cakap la.."
Elina memulakan pertanyaan nya.. Wajah Puan Hidayah berubah takkala dia mendengar kan apa yang Elina katakan pada nya.. Apa yang Elina minta amat sukar hendak diturutkan nya..ya lah..selama kehadiran Elina di keluarga mereka..dia amat menyayangi Elina tanpa berbelah bagi..Namun dia sudah dapat mengagak perkara seperti itu akan dipersoalkan suatu hari nanti..
Share this novel