BAB 5

Drama Completed 6235

" mia..mia...assalamualaikum mia..pak cik..mak cik.." Sham memberi salam..

"assalamualaikum mia..".. sham cuba memberi salam lagi namun masih tidak berjawab..

" macam tak ada orang je kat rumah ni el.. mana mia pergi ni.." kata sham kepada Elina yang membatukan diri nya..

Tidak lama kemudian..pintu rumah dibuka..

" waalaikumussalam " seorang wanita tua menyahut salam nya tadi..

" ehh ..mak cik.. mia ada..mak cik apa khabar..sihat.." tanya sham kepada wanita tadi lalu diapun menyalami wanita itu di ikuti dengan elina..

" ooohh...kamu rupa nya sham.. mak cik sihat..sham macam mana..Mia..ada ..kat dalam bilik.. nie datamg dengan Elina nie nak kemana.." tanya ibu mia..

" saya pun sihat mak cik.. kami datang nak jumpa mia.. boleh mak cik tolong panggilkan mia.." pinta sham ..

" oo..macam tu..ya lah.. sekejap mak cik panggilkan mia...kamu berdua..jemput lah naik ke rumah..nanti mak cik buatkan minuman ya..jemput lah naik." kata ibu mia kepada mereka berdua..

" tak payah susah-susah mak cik..mak cik benarkan kami masuk pun dah bersyukur"..kata sham..

" ehh.. apa yang susah nya.. tak apa.. naik dulu..mak cik panggilkan mia ya." katanya sambil tersenyum..

Syam hanya membalas dengan anggukkan..
Tanpa berlenggah lagi..wanita itu pun pergi untuk memanggil anak nya mia..

" mia..mia.. ada kawan mia datang nak jumpa mia..mereka tunggu mka kat ruang tamu ya nak.." kata mak nya pada mia..

" kawan..em..baik lah mak..sekejap lagi mia keluar.." balas si mia..

" siapa agak nya..sham ke.. tapi kalau sham ..mesti dia dah call aku cakap dia nak datang..El..tak mungkin juga.. dia mana boleh keluar semata-mata nak jumpa saya..ahh..baik aku pergi tengok cepat.." tutur mia sendirian..

Saat mia keluar dari bilik..mia terserempak dengan mak nya yang sedang berjalan menuju ke ruang tamu sambil membawa dulang air..

" mak..mak..sekejap la.. siapa yang datang pagi-pagi ni mak.." tanya mia..

" ish kamu ni.. ingatkan kamu dah duduk dengan diorang kat sana..kawan kamu la..siapa lagi kalau bukan sham dan elina..macam la kamu tu ada banyak kawan.." kata mak nya menggelengkan kepala..

" sham dan el.. kenapa diorang datang tiba-tiba mak.." tanya mia ingin tahu..

" kamu pergilah tanya mereka..yang kamu banyak tanya kenapa mia..buang tabiat ke apa..selalu nya kamu la orang yang paling suka kalau sham dan elina datang..ini tak..banyak tanya lagi..dah..pergi depan tu sekarang..bawa ni sekali..mak nak ke kebun dulu..assalamualaikum.." ujar ibu nya lalu menyerahkan dulang air kepada mia..ibu nya pun pergi meninggalkan dia terpinga-pinga..

" ya lah mak..orang tanya je..kot-kot mak tahu ke.. waalaikumussalam mak.." balas mia lagi..

------------------

Mia pun berjalan masuk ke ruang tamu.. Sampai sahaja dia melihat sham yang sudah tersenyum pada nya.. mia melajukan langkah nya..

" ooohh..kau sham..el..ingat siapa yang datang tadi.." kata mia..

" kau tunggu orang ke mia.." Sham cuba meneka..

" mana ada aku tunggu orang sham.. kamu berdua kemari pagi-pagi ni kenapa..ada nak pergi mana-mana ke.." tanya mia pula pada sham..

" emmm..tak lah.. sebenar nya.. aku nak minta tolong kau mia.." ujar sham sambil mulut nya di muncungkan ke arah Elina..

Mia yang seakan mengerti akan apa yang si Sham tunjukkan padanya..lalu mia berpaling ke arah Elina.. Saat itu..baru dia perasn keadaan Elina yang seperti orang baru kena pukul.. Mia pun melabuhkan punggung nya di kerusi sebelahan dengan Elina.. Mia memegang tangan mia yang kelihatan ada sedikit luka.. Tidak semena-mena Elina lalu menanggis.. sungguh saat itu..perasaan sedih nya tak mampu hendak di bendung lagi.. air mata yang ditahan sejak tadi akhir nya jatuh membasahi pipi nya.. Tidak sampai hati Mia hendak memulakan bicara nya..sebalik nya dia membiarkan sahaja Elina menanggis sepuas-puas nya.. Mia hanya mampu menggosok-gosok belakang Elina.. Namun mia masih tak puas hati.. apa sebenarnya yang berlaku kepada Elina sehingga menyebabkan gadis itu menangvis seperti itu.. Lalu mia memandang sham dengan muka ingin tahu.. Sham pula memahami isyarat pandangan mata mia lalu mengajak mia berborak di luar..

" mia..kau ikut aku sekejap..kita cakap kat luar.." pinta sham pada mia..

" baik lah..sekejap.. El..kau tunggu sini kejap..aku nak cakap sikit dengan sham..ada benda aku nak tanya sham..sekejap erk..tak lama..aku janji sekejap je.. kalau kau haus..kau minum la air tu..makan kuih muih tu ke." bicara mia pada elina..namun elina hanya mendiamkan diri ..dia masih lagi dengan tanggisan nya..

" sham.. apa jadi..kenapa kau boleh bawa el sampai sini..mak ayah dia tak marah ke kau bawa dia ke sini.." tanya mia..

" itu lah masalah nya mia.. macam mana aku nak cerita kat kau ni.." kata sham sambil menayangkan muka keliru nya..

" alah ..kau ni sham.. cakap je la..susah sangat ke.." gesa mia lagi..

" macam ni mia.. sebenar nya..el kena halau dengan keluarga dia tadi.." bisik sham pada mia namun masih boleh di dengari Elina dari dalam..

" haa..betul ke.." separuh menjerit mia mendengar apa yang sham kata pada nya..

" ishh kau ni mia..perlahan la sikit ..buat nya Elina dengar macam mana.." bisik sham lagi..

" sorry sham.. aku terkejut sangat dengar apa yang kau bagi tahu aku ni.. tapi kan Sham.. kenapa pula keluarga dia halau elina.. Elina buat apa sampai kena halau macam ni.." tanya mia penuh tanda tanya..

" hurmm.. sebenar nya mia.. kecik je masalah tu.. pagi tadi aku jumpa Elina .. Tak tahu pula akan perkara itu membuatkan mak dan ayah diamarah kat Elina sampai macam tu sekali..padahal kami tak buat salah pun..kami cuma berborak kosong je mia.." kata sham sambil mengaru-garukan kepala nya..

" macam tak logik je mereka halau dia hanya di sebabkan kau berbual dengan dia je sham..mesti ada orang lain yang hasut mak ayah dia.." kata mia pelik..

" yang tu aku tak tahu la.. mungkin betul apa kau cakap..yang tu tak penting mia.. sekarang ni macam mana.. aku tak boleh la bawa El balik ikut aku..tak manis la..nanti apa pula orang cakap.. apa kata kau tumpangkan dia kat rumah kau malam ni..esok-esok kita fikirkan apa nak buat.." Sham memberi pandangan nya..

" betul juga tu sham.. tapi aku kena bincang dengan mak dan ayah aku dulu.." kata mia lagi..

" kau buatlah apa saja..janji Elina ada tempat berteduh malam ni.. dah la..kita masuk lagi..kau pujuk la elina..jangan suruh dia nanggis lagi..tak sanggup aku tengok dia nanggis macam tu.." ujar sham pula..

" ye lah..nanti aku cuba pujuk dia.. jom la masuk..kesian el tunggu kita lama-lama kat dalam tu.." kata mia..

mereka pun berlalu masuk ke dalam rumah.. Elina yang masih lagi menanggis ..dan hanya membisu tanpa bicara .. Sungguh saat itu dia tak mampu hendak berdepan dengan semua orang..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience