Pagi ini Rayyan bersiap lebih awal.. Dia rasa bersemangat..mana tidak.. orang yang dia suka..sudi berkawan dengan nya.. Tak apalah kalau sekadar berkawan sahaja.. kalau jodoh tak akan kemana..
Rayyan cuma mengenakan baju kameja putih berseluar slack hitam..neck pula dia pilih warna biru.. biar tak nampak kosong sangat.. Rambut pula di sikat rapi.. Selesai bersiap..Rayyan turun kebawah untuk bersarapan pagi.. Sepanjang dia berjalan menuju kedapur..senyuman tak lengkang di bibirnya.. Puan Lina yang melihat akan kepelikkan perangai anak keduanya Rayyan..
" hai yan.. mama tengok yan happy semacam je.."
" ye ke mama.. yan nampak happy ke.."
" aa..ada apa apa ke yan nak kongsi dengan mama.."
" tak ada mama.. salah ke kalau yan happy mama.. " Rayyan menayangkan segaris senyuman pada Puan Lina..
" salah tu tak yan.. tapi..mama lama tak tengok yan happy macam ni.. mama suka yan happy..tak lah macam selalu..serabai..monyok..bad mood..Yan happy mama happy la".. Puan Lina tersenyum..
" itu dulu ma.. sekarang yan rasa ok..sebab yan dah jumpa bidadari yang sangat cantik.." Rayyan menghadiakan segaris senyuman kepada ibunya..
" waaa...patut lah yan happy semacam.. bila nak kenalkan bidadari yan kat mama.. boleh la mama jumpa calon menantu.." Puan Lina tersenyum ..
" eh mama ni..ke situ pula.. belum masa jadi calon menantu ma..tapi..akan jadi juga..nanti yan kenalkan mama kat bidadari yan..ok la ma..yan pergi kerja dulu.. assalamualaikum mama.."
" waalaikumussalam..hati hati di jalan.."
-----------------/--------------------
Sebuah kereta Mercedes masuk keperkarangan rumah kediaman Tuan Herman.. Elina yang baru hendak masuk kedalam kereta..Dia keluar kembali.. Elina tersenyum senang.. Kelihatan kelihat mama nya turun dari perut kereta..
" mama.. rindu mama.." elina terus memeluk Puan Hidayah..
" ish kamu ni El.. kalau ya pun rindu..bagi la salam dulu.. Assalamualaikum ...." Sempat lagi mamanya mencubit lembut pipi Elina..
" waalaikumussalam..mama.. " Elina tersengih..
" awal keluar ni nak kemana El.. " giliran papanya pula yang bertanya..
" nak pergi kerja la papa..pergi mana lagi.. El kan pekerja papa yang paling menepati masa.." Elina tersengih..sebenarnya dia tak lah menepati masa sangat..sebab dia mesti akan singgah di butiknya dulu..
" ya la tepati masa.. nasib baik El boss kat office tu ..kalau tidak..memang El akan dikenakan tindakkan.. " Herman tersengih.. Dia tahu kemana Elina akan pergi sebelum ke pejabat.. Tapi dia tak kisah sangat..Elina sayang sangat pada butik nya ..maklum lah dia pun modeling untuk memperagakan busana yang dikeluarkan oleh butik nya sendiri..
" ala papa ni.. El bukan kemana pun.. El singgah butik dulu..itu pun sekejap je pa.. ok la ma..pa.. El pergi dulu.. bye..assalamualaikum..."
" ya la..hati hati..waalaikumussalam.." jawab mereka serentak..
Kereta yang Elina pandu pun lama kelamaan hilang dari pandangan mereka..
" tengok la..perangai anak awak yang seorang tu.. awal lagi dah keluar..entah sarapan ke tidak..sama la perangai dengan dua lagi anak teruna abang tu..macam abang la..tak menyempat bersarapan dah keluar pergi kerja.." bebel Hidayah pada suaminya..
" kita pula yang kena ye.. " Herman menggelengkan kepalanya..
Mereka pun masuk kedalam rumah.. Mak cik Som setia menanti.. Dia sedikit resah..takut pula kalau majikkan nya bertanya sesuatu..
" assalamualaikum som.. macam mana keadaan rumah bila kami tak ada.. Elina ok.." Soalan pertama yang diajukkan oleh Hidayah kepada Mak cik som..
Namun mak cik som tidak langsung menjawab pertanyaan dari majikkan nya..
" Tuan dengan Puan ..nak saya sediakan minuman.. mesti Tuan dan Puan belum sarapan lagi.." Mak cik som cuba mengelak dari soalan yang diajukan padanya sebentar tadi..
" boleh la juga ..kami pun tak sarapan lagi.." Kata Herman..
Herman dan isterinya pun melabuhkan punggung mereka diatas kerusi.. mereka menantikan sarapan mereka dihidangkan.. Mak cik som pula sengaja menyibukkan diri nya.. Takut kalau soalan yang tadi diajukkan semula.. Sudah lah Elina menghalangnya untuk tidak memberitahu mereka akan cerita tadi malam..
" kak som.. meh sini kejap.." panggil Puan Hidayah..
" ya puan.. ada apa apa nak ditambahkan.." Mak cik som berpura pura bertanya..
" kak som .. saya tengok kak som gelisah semacam je.. ada apa apa yang kami tak tahu ke kak som.." Hidayah cuba memerangkap Mak cik Som.. Walaupun bukan ibu kandung tetapi naluri keibuan nya tetap kuat menyatakan ada sesuatu yang dia tak tahu..
" tak ada apa puan.. " Mak cik som tersenyum kelat..
" betul ni kak.. kalau ada apa apa.. kak som kena bagitahu kami.. takut kalau sesuatu yang tak diigini berlaku.." ujar Puan Hidayah..
Mak cik Som sudah tidak senang hati.. Mungkin betul juga apa yang majikkan nya kata.. tapi dia sudah berjanji pada Elina untuk tidak memberitahu mereka.. Kalau tak bagitahu.. takut pula kalau sesuatu berlaku..tambahan pula benda tu merupakan satu ugutan..
" kalau saya bagi tahu Tuan dengan Puan.. nanti Cik El marah saya.." Kata mak cik som sedikit serba salah..
" Cik El akan marah.. maksud kak som" giliran Tuan Herman pula yang berbicara..
" macam ni kak som.. kalau kak som bagitahu kami..kami janji tak akan bagitahu El yang kak som ceritakan semua tu.." kata Hidayah..
" hurmmm.. " sempat lagi mak cik som mengeluh.. mungkin dia perlu memberitahu perkara itu kepada mereka..
" sebenarnya Tuan..Puan.. malam semalam.. Cik El nanggis ..takut takut.. selepas dia dapat satu mesej tidak tahu siapa penghantar.."
" El nanggis..takut.. mesej tu kata apa kak som.." soal Hidayah.. Kalau tadi dia dalam keadaan yang tenang..kini dia menjadi resah..gelisah..
" cik El kata..mesej tu bunyi dia macam ni puan..tuan.. ( kalau kau tak datang jumpa kami..kami akan datang cari kau..dan akan bunuh kau..) ha..macam tu la cerita nya Tuan Puan.." terang mak cik som kepada mereka..
Herman dan isterinya sudah melihat sesama sendiri.. Mereka pula yang merasa takut..
" kenapa kak som tak bagitahu kami awal..boleh kami terus balik semalam.." Kata Hidayah..
" kak som minta maaf Tuan..Puan.. bukan kak som tak nak bagitahu..tapi Cik El yang tak bagi.. maafkan saya Tuan Puan.." Pinta Mak Cik Som..
" tak apa kak som..bukan salah kak som.. terima kasih kak som..sebab kak som cerita semua ni..dan kak som jaga Helina dengan baik selama ni..kak som jangan risau..nanti saya akan fikirkan cara macam mana nak pastikan Helina selamat.." ujar Herman..
Mak Cik Som berasa sedikit lega..Apa yang terbuku di hati nya sebentar tadi akhirnya diluahkan jua..
Share this novel