Aida salah seorang pekerja yang sudah lama menguruskan segala perihal butik Elina semenjak Elina menyambung pelajaran nya keluar negara.. Aida juga merupakan seorang pekerja sangat berdedikasi dan cekap dalam menangani setiap masalah butik Elina itu.. Aida juga bukan setakat seorang pekerja di butik itu malah dia juga merupakan tunang kepada abang Harris..Dan akan memutuskan untuk berkahwin dalam masa yang terdekat ini.. Pertunangan mereka di restui oleh kedua orang tua Harris meskipun Aida sekadar anak yatim piatu..Bagi mereka asal usul gadis itu bukan penghalang buat mereka..gadis itu sungguh baik orang nya..tiada calar cela sedikit pun.. Aida melihat bakal adik ipar nya termenung jauh..Hairan dia melihat perangai Elina hari ini..biasa nya Elina lah orang yang selalu meriuhkan suasana butik itu..lain pula pagi ini..Aida merasa ada sesuatu yang mengganggu fikiran gadis itu.. Seaakan tidak puas hati Aida melihat kebisuan Elina lalu dia mengambil keputusan untuk bertanya kepada Elina..
" hello..boss.. El.." Kata Aida cuba memanggil Elina..
Namun masih tiada sebarang respon.. Aida mencuba lagi..kali ini dengan nada yang lebih kuat sedikit dari yang tadi.. Elina tersentak di saat dia mendengar suara Aida yang begitu nyaring di tepi telinga nya membuatkan angan Elina hilang sebegitu sahaja..
" awak ni Aida.. terkejut saya tau..nasib baik saya tak ada sakit jantung..kalau tak naya awak kena tuduh membunuh.." kata Elina lalu tersenyum nipis..masih sempat lagi dia mengusik Aida saat melihat muka Aida sedikit panik dek kerana Elina memukul lengan nya.. Tapi Elina bukan lah marah pada Aida..sebaliknya Aida pula di usik nya..
" dengar pun.. boss tu la.. saya panggil tak dengar ..nak kena jerit juga..lepas tu ..kesian saya kena pukul dengan boss.." Aida berkata seakan akan merajuk..
Geli hati Elina melihat gelagat Aida..Dia tersenyum manis..kali ini lebih manis..
" tu la awak Aida.. kejutkan saya lagi..kan dah kena.. awak ni pun satu..banyak kali saya cakap jangan panggil saya boss..panggil El cukup la..tak pun panggil adik ipar ku sayang.." Elina kembali mengusik Aida.. Aida yang mendengar usikkan Elina merasa malu malu takkala perkataan adik ipar keluar dari mulut Elina..membuatkan dia terdiam seketika..
" elehhhh....malu la tu..kite suruh panggil adik ipar.. apa salah nya.. dah memang betul awak akan kahwin dengan abg Harr..jadi kena la biasakan diri jangan panggil saya boss.." sengaja Elina mengusik Aida..suka benar dia melihat wajah Aida yang malu malu kucing..
" hehe..boss......" belum sempat Aida menghabiskan ayat nya.. Elina sudah memotong saat dia mendengar perkataan BOSS ..
" baru sekejap tadi saya cakap jangan panggil saya boss.. saya bagitahu abg Harr...awak tak dengar arahan saya baru padan muka awak Aida.." Elina mengugut Aida..sengaja dia hendak melihat reaksi Aida..
" alah boss.. eh bukan.. El adik ipar ku sayang.. jangan la mengadu dekat abg harr awak ya.." pujuk Aida ..bukan dia tak tahu perangai dua beradik tu..tak pasal-pasal dia diusik pula dengan si abang dia pula..
" tahu takut.." Elina ketawa ..
" bukan takut..tapi..." belum lagi ayat Aida habis..dia terdengar suara harris..
" tapi..apa sayang.." ujar Harris..
" ehh ..abang..kenapa abang datang butik El tiba-tiba.." tanya Elina hairan..
" aik..abang datang pun tak boleh ..abang balik la kalau macam tu.." Harris buat buat merajuk..
" eleh..merajuk pula dia.. bukan macam tu abang.. kalau abang datang sini..kak Aida mesti cakap yang abg datang kemari.." Elina hairan..hiasa nya abg harr akan bagitahu Aida dia nak datang..sebab Aida akan minta izin Elina untuk keluar kemana mana..
" bukan abg tak bagitahu abg datang.. abg dah col Aida..tapi tak berangkat..tu yang abg risau..takut ada apa apa berlaku.." ujar Harris..
Aida lalu mengeluarkan hp nya dari handbag.. Dia tekan skrin hp nya..alangkah terkejutnya dia melihat beberapa panggilan yang tidak dijawab..
" ha..aa... saya tak tahu..kesayanga merajuk.." Elina mengenakan Aida..
" ish..el ni.. sebab El saya tak dengar bunyi phone.." kata Aida.
" el pula.. dia yang letak dalam tu buat apa.." Elina membalas..
" ya la..salah saya.." kata Aida sedih..
Mendengarkan keluhan Aida..membuatkan mereka bertiga ketawa puas.. Memang rutin harian mereka kalau mereka bertiga bersama..riuh la suasana butik dibuat mereka bertiga..
" sayang.. kita keluar.. ada benda saya nak bincang dengan sayang.." ujar Harris sedikit serious..
" ok sekejap.. El..akak keluar dengan abg sekejap boleh.." pinta Aida pada Elina..
Elina sekadar mengangguk sahaja..tanda memberi izin padanya..
" El..abg pinjam buah hati abg dulu..nanti abg pulangkan balik.." kata Harris..
" ok.. hati-hati bawa anak dara orang abg.." kata Elina mengusik Harris..
" ya la.. bye..assalamualaikum.." kata Harris pda Elina..
" waalaikumussalam" balas Elina lalu melambaikan tangan nya kepada mereka ..
Baru Elina hendak melabuhkan punggung nya di atas kerusi..dia terdengar bunyi pintu butik dibuka..Elin melihat susuk tubub seorang perempuan yang seakan dikenalinya..
" assalamualaikum.. hello..ada orang tak??" tanyanya dengan lembut..
" waalaikumussalam.." selamat datang ke butik Elina.. kata Elina lagi..
" thank you.. boleh tolong saya tak..saya nak cari seorang pemilik butik ini.." ujar wanita tadi..
" maaf..cik..puan..saya lah pemilim butik ini.." ujar Elina sedikit pelik..kenapa wanita itu mahu berjumpanya..
" ooo..awak Elina..pemilik butik ini..kenalkan..saya.. sekejap..betul awak tak kenal saya.." tanya wanita tadi mahu kan kepastian..
" macam pernah tengok muka cik..tapi...." Elina berfikir seketika.. tiba tiba dia teringatkan mia..ya mia..
" Mia..mia..kamu Mia..Miyasara bt Lokman.." tanha Elina mahukan kepastian..
Wanita tadi lalu tersenyum..dan dia pun membuka kaca mata hitam nya..dan ya..itu betul mia..
" ini aku la El.. muka aku pun kau tak ingat El.." kata mia..
" maaf la mia.. aku bukan tak ingat.. tapi kau cantik sangat.. " Elina memuji mia..
" mana ada cantik El..biasa sahaja..kau lagi cantik dari aku El.. dengan gaya kau..almaklum..modeling katakan..mesti la cantik.." Kata mia..
" ke situ pula..ehhh..jom kita duduk kat sana.. kita sambung sembang kat dalam..rindunya aku kat kau mia.." kata Elina lalu memeluk bahu Mia..
Mereka berjalan masuk ke dalam ruangan khas dibutik itu..
" Mia..ni air kau.. jemput la minum mia.. kau apa khabar..sihat.." tanya Elina..
" thank you.. Aku sihat sahaja El.. kau macam mana..sihat.." kata mia
" sama sama mia.. aku..macam yang kau tengok sekarang.. aku sihat je.. oh ya..macam mana kau tahu butik aku kat sini mia.." Elina cuba bertanya.. ya la..masa mereka berbual hari tu..tak ada pula Elina mengatakan yang dia ada sebuah butik..
" aku tahu la..siapa yang tak kenal dengan BOUTIQUE HELINA HERMAN ..Satu KL tahu yang butik ni anak bongsu Tuan Herman yang punya.." kata mia slamba..
Walaupun dia bukan anak sebenar Herman dan Hidayah .. Namun dia merupakan anak angkat yang sah kepada keluarga itu.. Cuma nama nya ditambah dengan permulaan huruf H di hadapan..Bagi untuk menyamakan dia dengan nama abg abg Elina..dulu nama dia ELINA BINTI EHSAN..dan kini nama nya HELINA BINTI EHSAN.. walaupun secara islam..nama nya masih lagi berbinti kan ayah kandung nya dan dia tidak boleh diwalikan oleh Herman disaat dia hendak menikah nanti..
" ya ka mia.. pelik kan.. aku yang tiada kaitan darah dengan mereka pun orang boleh kenal aku ".. kata elina ..dia sendiri pun tidak menyangka yang dia dikenali ramai kenalan keluarga Herman..
" apa nak pelik El.. dah memang kau anak dia.. gambar kau dekat majalah..pun ada tertulis HELINA HERMAN .. lagi la orang dapat cam kau el..
" syukur pada Tuhan mia.. mereka terima aku macam aku ni betul betul anak mereka.. aku bersyukur dengan nikmat dan apa yang aku ada sekarang ni..tapi ..ada satu benda yang aku tak ada mia.." ujar Elina sedikit sedih..
" keluarga sebenar kau El.. aku bukan la nak kata kau tak boleh fikirkan mereka atau buang mereka dari hidup kau macam tu je..tapi kau kena ingat satu benda.. mereka tak pernah fikir pasal kau..kau sihat ke tidak..kau itu ke ini ke..diorang tak ambil kisah pun pasal kau El.. Aku respect kau El.. dalam mereka buang kau dari hidup mereka kau masih lagi peduli kan mereka..kalau aku jadi kau..aku dah lama buang mereka dari hidup aku jauh jauh El.." kata mia..
" aku tak boleh la nak buang mereka dari hidup aku mia..kau pun kenal aku macam mana kan.. walaupun mereka tak suka aku..mereka tetap keluarga kandung aku mia.. aku sayang diorang.. tapi..tu la.. takdir yang masih belum satukan kami lagi.." kata Elina lembut..
" sebab aku kenal kau la aku cakap macam tu El.. aku tahu kau tak akan buat macam yang aku cakap tu.. El..aku nak tanya kau satu benda.." mia bertanya..
" ermmm... kau nak tanya apa mia".. ujar Elina ingin tahu..
" seandainya la kan..suatu hari nanti.. ayah kau atau ahli keluarga kau yang lain mahu kan kau balik..kau sanggup tak tinggalkan keluarga angkat kau El..?? " tanya Mia cuba menduga apa yang ada di benak fikiran sahabatnya itu..
Lama Elina mendiamkan diri dengan soalan yang di ajukan pada nya ..Mati akal dia hendak memutuskan apa yang mana satu harus dia pilih.. Mia yang melihat akan kebinggungan Elina lalu bertanya pada Elina..
" El.. dalam hidup kita ni..kita hanya ada dua pilihan..pilihan pertama..berserah pada takdir dan yang kedua ..menerima hakikat .. " kata mia..
" maksud kau mia.. berserah dan menerima.." tanya Elina..
" ok ..kau dengar aku cakap apa.. Berserah pada takdir tak semestinya kau kena kembali pada mereka..mungkin takdir kau memang tertulis untuk hidup bersama keluarga angkat kau..dan yang kedua..menerima hakikat..juga tidak semestinya kau harus terima sahaja sedangkan hati kau berkehendak lain.. kau faham maksud aku El.." Bicara mia membuatkan Elina terangguk angguk ..mungkin dia juga mengiakan kata kata mia itu..
" jadi maksud kau..aku kena ikthiar cara lain..dimana aku harus mencari pilihan sendiri..macam tu ke mia.." tanya Elina..
" ya El.. kau kena buat keputusan kau sendiri.. sama ada kau nak terima atau tak takdir hidup kau.." Ujar Mia..
" nanti aku fikirkan..thank you mia..kau banyak bantu aku..aku banyak terhutang budi kat kau mia..tanpa pertolongan kau mungkin aku tak berdiri kat sini.." Kata Elina lalu memeluk sahabatnya..
" tak pa El.. aku tolong kau ikhlas..lagi pun kau kan sahabat aku dunia akhirat.." kata mia lalu membalas pelukkan Elina..
Tidak lama kemudian..Elina teringatkan sesuatu..
" mia.. aku nak tanya kau satu lagi soalan.." rayu Elina..
" apa dia ..tanya la" jawab Mia lembut..
" dari tadi kita berdua berborak..aku lupa nak tanya.. Sham macam mana..dia sihat tak..diakat mana sekarang mia" tanya Elina ingin tahu..
Namun riak wajah mia yang tadi ceria bertukar kepada sedih..Elina yang perasan akan perubahan riak wajah Mia ..hati nya berdegup kencang..seperti ada sesuatu yang gadis itu sembunyikan dari pengetahuan dia..
" mia..kau ok tak ni..aku tanya sham kat mana..mia jawab la aku.." ujar Elina merayu..
" betul kau nak tahu El.." tanya Mia..
" wait.. mia..kau ada sembunyikan apa apa dari aku ke mia.." ujar Elina takkala dia melihat Mia tidak menjawab pertanyaannya..
" El.. sham dah tak ada .." kata mia perlahan..
" tak ada..maksud kau dia pergi ke tempat lain..macam tu ke mia..eee...kau ni..cakap la betul betul ..jangan bagi aku nervous mia.." Elina cuba memujuk..
" sham..dia..tak pergi kemana mana El.. dia dah pergi tinggalkan kita untuk selamanya..2 tahun yang lepas dia mengalami pendarahan otak akibat satu kemalangan jalan raya dari KL balik ke kampung.. Dia dilanggar lori.. dia meninggal kat tempat kejadiaan..masa tu dia nak cari kau..tapi kau tak jumpa..dia buat keputusan balik ke kampung..masa tu la dia kemalangan El.." terang mia pada Elina..Air mata Mia mengalir perlahan membasahi pipi..
" ya Tuhan ku.. betul ke apa yang aku dengar ni mia.. kesian sham.. aku minta maaf ..aku tak tahu.. tapi kenapa kau tak bagitahu aku mia.." tanya Elina lagi..
" aku bukan tak nak bagitahu kau.. waktu tu kau masih kat luar negara ..aku ada call kau tapi tak dapat.." kata mia..
" akh minta maaf mia..aku tak tahu lun benda tu semua mia.. " kata elina dengan hati yang kecewa..
" tak apa el.. bukan salah kau pun..dah la..jangan sedih lagi.. kita pergi makan nak..alu lapar la El.." mia cuba memberi alasan..
" ok jom.. aku belanja tapi kau bawa aku kat kedai makan yang paling sedap kat sini.." pinta Elina kepada mia..
" beres boss.." ujar mia.. Meledak ketawa Elina ketika dia mendengar perkataan boss keluar dari mulut mia..baru tadi dia menegur staff untuk tidak memanggil dia dengan gelaran boss...sekarang sahabat nya sendiri yang memanggil nya Boss..haha..
Mereka keluar beriringan dari butik.. Elina mengunci butik nya ..lalu meninggalkan butik dia menuju ke tempat makan..
Share this novel