BAB 24

Drama Completed 6235

Hari demi hari berlalu..Bulan berganti bulan..Di hari sepatutnya Elina dan Rayyan di satukan hanya tinggal kenangan sahaja..memandangkan Elina sehingga ke saat ini masih lagi dalam keadaan koma..Elina masih dalam keadaan yang tidak sedarkan diri.. kecederaan serius di kepalanya dan di bahagian badan nya menyebabkan gadis itu hanya terlantar di katil hospital.. Pelbagai cara mereka lakukan untuk sedarkan Elina..namun semua itu tidak menunjukkan kesan yang positive kepada Elina..malah keadaan nya semakin hari semakin merisaukan.. Elina hanya dibantu oleh alat bantuan untuk terus bernafas.. Dia tidak ubah seperti mayat hidup.. Tiada sebarang tindakbalas yang dia berikan.. Doktor yang merawatnya juga pernah mencadangkan agar alat bantuan Elina di matikan.. Tetapi keluarga Elina tidak mahu..kerna mereka percaya Elina akan sedar suatu hari nanti.. Mereka sekeluarga juga tidak lupa untuk mendoakan Elina agar terus di beri kekuatan..Kehadiran orang baru di keluarga itu..sedikit mengubah kesedihan mereka..tinggal lagi beberapa hari ..Mia pula melahirkan anaknya.. Harris dan Aida telah di kurniakan seorang anak lelaki yang di beri nama Hattar.. Kelahiran Hattar di keluarga itu sedikit sebanyak mengubat duka lara mereka sekeluarga..

Di hari Mia melahirkan puteri nya.. Mereka sekeluarga diberi keajaiban dimana Elina memberikan tindak balas walaupun hanya sedikit namun sudah cukup memadai buat mereka..Mereka tahu Elina seorang gadis yang sangat kuat seperti mana mereka menjadikan dia sebagau anak angkat suatu ketika dahulu..dimana Elina terpaksa hidup sebatang kara..berjuang untuk hidup dan akhirnya dia berjaya di gelar sebagai jutawan muda pada usia mudanya .. Di hari yang sama mereka menerima dua berita yang sangat baik.. Kelahiran puteri sulung Hafiz dan Mia.. memberi sinaran baru kepada keluarga itu.. Respond positive yang Elina berikan seolah dia merasakan ada sesuatu yang berlaku..

Anak sulung Hafiz dan Mia diberi nama Nur Damia.. Kini mereka di hadiahkan dua orang baru.. Hattar dan Nur Damia.. Walaupun Elina tidak dapat melihat kehadiran mereka.. Setiap kali mamanya Puan Hidayah bercerita tentang kedua cucunya.. Elina pasti akan mengalirkan air mata..dan jari jarinya bergerak kecil.. Mungkin dia tidak sedar..tetapi komunikasi antara mereka cukup memberitahu yang Elina mencuba untuk berjuang demi hidupnya.. Rayyan juga tidak pernah tinggal walau seharipun untuk melawat Elina.. Cinta yang dia curahkan pada Elina semakin bertambah..meski pun hala tuju gadis itu tiada siapa yang mampu menduga.. Ehsan dan dua lagi anak nya juga telah di tangkap oleh pihak polis dan telah di jatuhkan hukuman penjara seumur hidup diatas kesalahan seperti cubaan membunuh dan niat membunuh yang dilakukan oleh Ehsan keatas arwah kedua ibu bapa Elina..

-------------------------

Puan Hidayah leka membaca surah surah untuk Elina dengan harapan semoga Elina kembali padanya.. Doa seorang ibu memberi kesan pada Elina..dan akhirnya dia berjaya melawan kesakitannya.. Elina sedar dari komanya bagaikan satu nikmat besar buat mereka..

Puan Hidayah memegang tangan Elina..untuk meminjamkan kekuatan seorang ibu kepada anaknya.. Tidak kan itu dirasai oleh Puan Hidayah.. Elina membuka matanya sedikit demi sedikit..dengan perasaan yang begitu teruja..Puan Hidayah terus memanggil doktor.. Doktor yang ditugaskan untuk merawat Elina bergegas setelah mendengar panggilan dari Puan Hidayah..

Doktor muda yang melakukan pemeriksaan pada Elina..menghadiakan sekuntum senyuman manis kepada Puan Hidayah..

" well done..alhamdulilah ..Puan Hidayah.. Mengikut pemeriksaan yang saya lakukan keatas anak puan..menunjukkan Elina seratus peratus telah sedar dari koma panjang nya.. apa pun saya akan terus memantau keadaan anak puan dari masa ke masa.. " kata nya pada Puan Hidayah..

" syukur ..alhamdulilah doktor.. terima kasih doktor di atas segalanya.. hanya Tuhan yang mampu membalas nya..anak saya sudah sedar..alhamdulilah.." kata Puan Hidayah ..Dan doktor muda tadi pun berlalu pergi meninggalkan Puan Hidayah dan Elina ..

"Ya Allah ya Tuhanku.. terima kasih hamba ucapkan padamu.. sungguh besar nikmat yang Engkau berika pada kami..amin.." kata Puan Hidayah.. Dan Elina juga mengaminkan doa ibunya.. Dia juga bersyukur kerana masih diberi peluang untuk melihat keindahan dunia.. Puan Hidayah yang sangat gembira telah memberitahu ahli keluarga mereka yang lain.. Perasaan yang sama juga dilahirkan oleh ahli keluarganya yang lain..

" El.. thank you sayang.. sebab El tidak berputus asa.. mama tahu El kuat.. " Dia lalu memeluk erat anak nya..Elina juga membalas pelukkan ibunya..

" Sepatutnya El yang berterima kasih pada mama..sebab mama sudi jaga Elina sepanjang Elina tidak sedarkan diri.. Thank you mama ku sayang ..mama bucuk.." sempat lagi dia menyakat ibunya..

" El ingat lagi perkataan itu..anak mama bucuk.." Kini puan Hidayah pula yang menyakat anaknya.. Dia sangat teruja.. Di dalam keadaan Elina seperti itu..dia diberikan kembali ingatan nya..

" El ingat ma.. El ingat semua kenangan kita..dari mula El jumpa mama..sampai El jadi seperti ini.." kata Elina sedikit sedih..

" syukur El.. mama happy sangat tengok El boleh ingat semuanya.."

" ma.. mana anak buah Elina.. mama selalu cerita tentang mereka pada El.." ujar El ingin tahu.. Memang dia tidak sedarkan diri ..namun dia tahu dan mendengari setiap kata kata yang mereka katakan padanya..

" El.. el dengar apa ibu cerita pada El..alhamdulilah sayang.." kata Puan Hidayah lalu mencium dahi Elina..

" Nanti..kalau El dah betul betul sihat..El jumpa mereka ok.. mereka tunggu kepulangan mak su mereka yang cantik ni.."

Elina ketawa kecil mendengar mamanya memanggil nya sebagai mak su.. Walaupun dia tidak merasakan di awal kelahiran mereka.. Dia bersyukur kerana terus diberi nikmat dan peluang untuk menjalani kehidupan di dunia ciptaan yang sangat indah..

" ma.. El rindu mama..sangat sangat.."

" mama pun rindu El.. cepat sembuh ya.. "

" aik..rindu mama je ke.. dekat papa tak.." ujar Herman yang baru sampai ..

" papa... awal pula papa balik hari ni.." Elina menyakat papanya..

" mesti la awal balik.. mama call papa..kata El dah sedar.. sebab tu papa balik awal..papa teruja sangat bila dapat tahu berita baik ni.." Dia mengosok manja kepala anaknya..

" papa..thank you.. papa dengan mama jaga El masa El sakit.. El sayang papa dengan mama..so much.." sempat lagi dia buat flying kiss.. padahal tangan nya susah mahu bergerak disebabkan benda benda yang melekat di tangan nya..

" El.. jangan banyak bergerak sangat.. El bukannya sihat sangat.." tegas Puan Hidayah kepada Elina..

" ala mama.. letih la macam ni selalu.. gerak sana pun tak boleh..sini pun tak boleh.." dia membuat gaya bosannya..

" jangan nak mengada ngada Helina Herman.. nanti mama suruh Doktor tu inject kamu.." kata Hidayah sedikit geram..

Herman dan anaknya Elina ketawa mendengar bebelan Puan Hidayah.. Macam macam perbualan mereka.. Perbualan mereka terhenti takkala pintu diketuk.. Kelibat seorang doktor..

" Hai Cik Helina.. apa awak rasa .." tanya doktor muda..

" alhamdulilah doktor..saya rasa okey sikit.." ujar Elina..

" bagus la kalau Cik Helina rasa okey.. Sekejap lagi saya suruh nurse cabutkan semua ni.." menunjuk kearah wayar yang ada di badan Elina..

" thank you doktor.. urm..doktor..bila saya boleh discharge.." tanya Elina

" kalau tak ada apa apa..mungkin lusa awak boleh discharge..tapi jangan lupa untuk buat checkup nanti..lagi satu..rehat cukup cukup.." nasihat doktor muda itu pada Elina..

" okey doktor.. saya akan ikut semua saranan doktor..asalkan saya boleh discharge.. "

" good.. okey..Cik Helina..saya minta diri dulu..ada apa apa..panggil saya.."

" okey..thank you doktor.."

Doktor muda tersenyum pada mereka lalu pergi meninggalkan mereka..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience