Rayyan dan Elina pergi keluar bersama..selesai makan..dan membeli belah..mereka meluangkan masa bersama di salah satu tempat kegemaran mereka.. Di sebuah taman yang di penuhi pelbagai kaum ..pelbagai bangsa..dan lain lain.. Mereka duduk di salah saru kerusi yang ada di taman itu..
" Sayang.. tengok tu.. comel kan.." Rayyan menunjukkan jari nya ke arah seorang budak kecil yang berlari lari di sekitar tapak permainan sambik dikejar lagi seorang budak kecil..
" Betul tu biey.. cute sangat.." kata Elina..
Mereka tersenyum ..ketawa melihat aksi kanak kanak kecil di depan mereka.. Mereka bercerita macam macam..sehingga kan tidak perasaan waktu hampir senja..
" ermm..awak.. jom balik.." kata Elina lembut..
" ok..jom.."
Rayyan dan Elina berjalan menuju ke tempat letak kereta..
------------------------------
Herman sekeluarga duduk bersama di ruang tamu.. Suasana sedikit riuh..bermacam macam cerita..
Kedengaran bunyi enjin kereta milik Rayyan berhenti di luar rumah.. Elina keluar dari perut kereta.. Tidak sampai beberapa saat Elina turun..kedengaran bunyi seperti sesuatu di langgar.. Herman sekeluarga terkejut mendengar bunyi dari luar.. Mereka bergegas keluar rumah untuk melihat apa yang berlaku.. Alangkah terkejutnya mereka disaat mereka melihat sekujur tubuh berlumuran darah.. Bagaikan hilang arah mereka disaat mereka melihat Elina terbaring kaku..
" ya allah..bang.. anak kita.." kata Hidayah..terus memeluk tubuh Elina..
Hafiz menghubungi ambulance.. Mereka sekeluarga seakan mati akal..melihat apa yang terjadi kepada Elina.. tidak sampai beberapa bulan dia beransur pulih dari kemalangan ..kali ini dia di timpa kemalangan lagi.. Beberapa minit kemudian.. Ambulance pun tiba.. Elina di larikan ke hospital dengan segera di temani oleh ibunya Puan Hidayah.. Rayyan dan Tuan Herman mengekori mereka dari belakang menggunakan kereta Rayyan..
Harris dan Hafiz pula meminta agar kak som menjaga isteri mereka sementara mereka ke balai polis..
" kak som.. kami pergi dulu.. tolong tengok kan isteri kami.. jangan lupa kunci semua pintu..jangan bagi sesiapa pun yang masuk.." Arah Harris kepada mak cik som..
Harris dan Hafiz pun berlalu pergi meninggalkan Aida..Mia dan Mak cik Som..
Mia dan Aida pula merasa risau melihat keadaan Elina.. kalau boleh.. mereka juga mahu ikut sama ..namun keadaan mereka yang sarat menggandung tidak mengizinkan mereka untuk kemana mana..
-----------------------
Harris dan Hafiz tiba di balai polis..Mereka membuat laporan polis tentang kejadian tadi..Mereka menyatakan bahawa kes langgar tadi ada motif membunuh adik mereka..
" Maafkan saya Encik.. ada apa yang kami boleh bantu.." tanya salah seorang pegawai disitu..
" kami datang..nak buat laporan tentang kes kemalangan langgar lari.." ujar Hafiz
" Ok Encik Hafiz.. Silakan duduk.. dan teruskan aduan.. saya akan mengambil semua laporan Encik.." kata pegawai tesebut..
Hafiz dan Harris meneruskan laporan mereka.. mereka menerangkan satu persatu apa yang berlaku..
" baiklah Encik Harris dan Encik Hafiz.. kami akan siasat kes ini secepat yang mungkin.."
" thank you Sir.. kalau boleh..saya nak Pelaku tu ditangkap dengan segera..kerana saya mahu tahu apa tujuan dia mencederai adik saya.. " Harris menghulurkan tangan nya untuk bersalaman dengan Pegawai yang mengambil keterangan mereka tadi..
------------------/----------------
Keadaan menjadi huru hara.. lepas satu..satu lagi masalah yang menimpa mereka.. Elina di uji sekali lagi.. Di dalam mereka di timpa masalah..ada yang bergembira dengan apa yanv berlaku..
Ehsan dan dua orang lagi anak nya..Erine dan Elias sedang bergembira dengan kejayaan mereka..
" kau dah buat apa yang aku arahkan pada kau.." tanya Ehsan kepada anak lelaki nya..
" dah ..aku pasti perempuan tu tak akan hidup lagi.. aku yakin sangat.." ujar Elias dengan penuh yakin..
" macam mana kalau dia hidup lagi.. aku akan bunuh kau ..!!" Tambah Ehsan kepada Elias..
" aku yakin..dia tak akan hidup.. keadaan dia parah masa aku langar dia..percaya la.." sambung Elias lagi..
" ayah.. kenapa ayah nak sangat hancurkan Elina.." Erine cuba bertanya kenapa ayah nya begitu membenci Elina..
" korang nak tahu kenapa.. Sebab Elina bukan anak aku..!!! dia anak abang aku..arwah pak cik kamu..!! apa yang ayah benci sangat pada dia.. semua harta arwah atuk kamu..diwariskan pada budak tak guna tu..di sebabkan dia juga mak kamu sakit..faham tak!!!!" bentak Ehsan kepada kedua anaknya..
" tapi..ayah.. tak kan di sebabkan itu ayah mahu membunuh Elina.. kami pun tahu Elina bukan kakak kami.. tapi pasal harta tu..orang kampung semua cakap harta tu bukan atuk yang punya..semua tu milik Elina..dari arwah pak cik dan mak cik..Elias tak faham lah ayah.." ujar Elias berpanjangan..mencentuskan lagi kemarahan ayahnya..
" semua tu tipu..!!!! atuk kamu ada janji dengan ayah..akan bahagikan harta tu dengan ayah..kalau ayah jadikan Elina sebagai anak angkat ayah..tapi atuk kamu tipu ayah..dia serahkan semua harta tu pada Elina.." getus Ehsan geram..
" hurmm..ayah..bukan ke bagus kalau ayah minta je terus dari kakak.. mesti dia bagi punya..tak perlu la nak membunuh bagai.. " Erine memberi cadangan namun ditentang keras oleh ayah nya..Bagi orang tua itu..kalau itu yang dia hendakkan maka itu lah jadinya..Tiada siapa yang berani menghalang apatah lagi mahu menegur..
Sejujurnya Erine dan adiknya tidak lah segamak mahu membunuh Elina..tetapu mereka terpaksa..jika mereka tak melakukannya..mereka pula yang di ugut..mereka lah tempat ayahnya melepaskan kemarahan..Disebabkan tidak mahu ayah nya marah kepada mereka..mereja lakukan juga hal hal yang di minta oleh ayah mereka.. Yang menjadi mangsa..Elina..dia yang tidak tahu akan dendam Ehsan menjadi mangsa orang tua itu.. selagi Elina masih hidup dia akan terus terseksa.. sampai lah Elina menyerahkan semua benda yang dia mahukan.. Tapi Ehsan tidak lah sebijak mana.. Belangnya di ketahui oleh orang kampung.. Disebabkan malu hendak berhadapan dengan penduduk kampung.. Anaknya Erine dan Elias menjadi tulang belakang nya untuk melakukan jenayah untuk kepuasannya sendiri..
Share this novel