BAB 12

Drama Completed 6235

Mia dan Elina berada di sebuah restaurant.. Mereka sedang asyik menikmati makan tengah hari.. Di saat mereka sedang asyik menjamu selera.. dua orang lelaki yang duduk tidak jauh dari meja mereka.. Dari tadi lagi dua orang lelaki itu memerhatikan Mia dan Elina..
Elina dan Mia agak sedikit kekok takkala gerak mereka di perhatiakan.. Mereka cepat cepat mahu beredar pergi dari tempat itu.. Namun langkah mereka terhenti disaat salah seorang lelaki tadi menyapa mereka..

" hai cik adik.. nak balik dah ke.." tanya lelaki itu pada mereka berdua..

" aa..kami dah habis makan..jadi kami kena balik dulu ..jumpa lagi Encik.." balas mia kepada lelaki tersebut..

" ala..sabar la.. kenalkan nama saya Zarul..dan yang ini Rayyan..dan cik berdua siapa nama " kata Zarul sambil menghulurkan tangan tanda mahu bersalaman..

Namun huluran tangan Zarul tidak di sambut oleh Mia mahupun Elina..

" maaf Encik...siapa tadi.." ujar Elina

" Tak perlu berencik encik..Zarul .." katanya lagi..

" macam ni En.Zarul..kita orang dah lambat..kalau ada masa kita jumpa lagi ok..kita orang gerak dulu .." kata Elina ..Dia dan Mia pun berlalu pergi meninggalkan dua orang lelaki yang mahu berkenalan dengan mereka..

" ishhh..lawa la awek dua orang tu bro..cantik pula tu..tergugat iman aku..haha" kata Zarul memuji kecantikkan Elina dan Mia..

" lawa tu memang la lawa..tapi sombong.." kata Rayyan..

" ish kau ni yan.. pantang tengok awek..mesti kau akan kata diorang tu sombong la apa la.. " kata Zarul geram..

" dah memang betul sombong kan.. bukti nya ..kau nampak tak cara diorang layan kau macam mana tadi.." ujar Rayyan..

" mana kau tahu ..kalau betul diorang busy..nak cepat..kita ni bro..jangan cepat menilaj orang..dibawa nya kau melekat dengan salag seorang awek tadi tu apa macam.." ejek Zarul..

" aku..aku nak melekat dengan diorang..memang tak la..bukan taste aku.." kata Rayyan padahal dalam hati dia juga memuji kecantikka dua gadis tadi..

" ya la bukan taste..minta minta la Tuhan jodohkan kau dengan salah seorang dari mereka nanti..amin.." Zarul berdoa ..

" kau cakap macam tu lagi ..siap kau..apa apa la doa kan aku macam tu.. kan bagus kalau kau doa kan macam mana kita nak dapatkan tender syarikat dari Herman'z Company.. lagi afdal Rul..dah jom balik.." kata Rayyan..

" apa aku doakan tadi tu baik tau yan..jodoh tu..haha..ok la..jom balik..malas aku nak layan kau..chau bro.. malam nanti jangan lupa.." Kata Zarul mengingati Rayyan..

" ok..bye..!! " Singkat sahaja Rayyan membalas..

--------------

" assalammualaikum mama.." Elina memberi salam..tapi bukan mamanya yang menjawab.. mak cik Som yang menjawab..

" waalaikumussalam cik El.. baru sampai.." tanya Mak cik Som pada anak majikkannya..

" eh..mak cik som..bila sampai..bukan mak cik masih cuti lagi ke.." tanya Elina lalu dia pun memeluk mak cik som.. Elina memang rapat dengan mak cik som..ya la..Mak cik som yang uruskan dia masa dia kat luar negara..kemudian mak cik som berkhimat di rumahnya pula.. Mak cik som diupah oleh Herman untuk menjaga Elina disana.. tapi mak som balik ke malaysia selepas Elina tamat belajar dek kerana suami mak cik som sakit..tak lama kemudian ..suami mak cik som meninggal dunia.. di sebabkan faktor usia..mak cik som bekerja di rumah keluarga Herman sebagai pembantu rumah..

" mak cik.. mama papa pergi mana ??" tanya Elina..

" tak tahu la.. tuan dengan puan tak bagitahu mak cik pun tadi..adalah tu kemana mana cik El.." katanya lagi..

" oo..ok.. mak cik..apa khabar..sihat..lama El tak jumpa mak cik..bertambah cantik mak cik sekarang.." Elina mengusik mak cik som..

"mak cik ..alhamdulillah sihat.. mak cik dah tua mana nak nampak cantik nya ..Cik El lagi cantik..kulit putih..tinggi lampai..body slim.. semua lah nampak cantik..tapi satu je kurang.." kata mak cik som memuji Elina..

" terima kasih puji El cantik..mak cik cakap kurang satu..apa yang kurang??" tanya Elina ingin tahu..

" ermmm..apa ya..sekejap..mak cik fikirkan..haaa... satu Cik El kurang..teman lelaki tak ada ke.. " sengaja mak cik som mengusik Elina..

" kesitu pula mak cik ni.. ada ke orang nak kat El ni mak cik.." katanya ..elina membuat muka sedih..Geli hati mak cik som dibuatnya..

" amboi cik El.. siapa cakap tak ada orang nak kan..ada ..cuma cik el tu je..jual mahal.." perli mak cik som..tahu benar dia perangai Elina macam mana..bukan dia tak tahu ..ada seorang budak lelaki yang suka kan Elina masa kat luar negara dulu..tapi elina tak layan..katanya nak tumpukan perhatian pada pelajaran ..

" bukan jual mahal mak cik.. kalau ada jodoh ada la tu..dah la mak cik..El naik atas dulu nak mandi..busuk dah badan ni.." Elina cuba menukar topik ..buka dia tak nak cakap pasal teman lelaki ..tapi dia malu..itu lah Elina..

" baik lah cik El.. naik lah.. berehat cukup cukup.." kata mak cik som ..tahu benar dia Elina menukar topik setiap kali soalan teman lelaki keluar..dia akan cuba cari alasan untuk keluar dari topik yang sedia ada.. Mak cik som tersenyum nipis melihat akan karenah Elina..

------------------

" tak guna kau Elina..siap kau..aku bunuh kau..bunuh kau..kau..!!!" kata orang itu pada Elina..

" jangan bunuh saya.. tolong la..saya merayu..kesian kan lah saya..tolong..tolong.."

Elina terjaga dari tidur nya.. peluh memancur di dahi nya.. Air mata Elina mengalir pelahan.. Takkala itu juga dia merasa tidak sedap hati.. Elina bingkas bangun dari peraduan nya lalu matanya mengerling kearah jam yang ada di bilik nya..jam menunjukkan pkul 7 malam..

" aduhh..terlajak tidur ..kenapa la mak cik som tak kejutkan aku.." getus Elina di dalam hati..

Elina bangun lalu keluar dari bilik.. Elina hairan melihat akan keadaan rumah nya tika itu..dah lah sunyi..gelap pula tu..laju laju dia turun melangkahi anak tangga rumah nya.. setiba dia di anak tangga yang terakhir..lampu rumah pun menyala dengan sendiri dan kedengaran bunyi suara ahli keluarga nya yang lain menyanyikan lagu happy birthday..

" happy birthday to u..happy birthday to u..happy birthday to El..happy birthday to you.."

" tunggu apa lagi..tiup la lilin tu nak.." kata papanya tidak sabar melihat Elina meniup lilin..kali terakhir diamelihat Elina meniup lilin itu..masa dia berumur 18 tahun dulu..kali pertama sambutan hari kelahiran nya di sambut..dan sekarang Helina berumur 26 tahun..selama berapa tahu dia menjadi ayah kepada Elina..

" selamat ulang tahun El..mama dan papa doakan semoga Elina sihat sejahtera..dilimpahkan rezeki dan segala rahmat dari Nya.. amin.." kata Hidayah kepada Elina..lalu dia pun memeluk anak nya Elina..

Ahli keluarganya yang lain juga turut mengaminkan apa yang puan hidayah doa kan.. Saat itu airmata Elina mengalir perlahan..dia terharu sebab keluarga angkat nya mengingati hari kelahiran Elina..

"dah besar panjang pun nak nanggis bagai..tak malu ke .." perli Hafiz..

" El bukan nya nangis pun..habuk masuk mata.." kata Elina..

" habuk la sangat..haha.." kini giliran harris pula yang mengenakan elina..

Mereka sekeluarga ketawa riang.. sambutan hari jadi Elina membuatkan dia merasa dihargai oleh keluarga itu..sungguh dia merasakan bertapa bertuah nya dia saat ini..

" El.. papa ada hadiah untuk El.. " kata Herman..lalu menyerahkan segugus kunci dan satu document..

" apa ni pa..lain macam je..kunci..dan..document.." Elina bertanya dengan penuh tanda tanya..

" El baca la dulu..lepas tu El sign kat document tu.." kata Herman..

" ok ok.. El baca dulu.." kata Elina pelik..

" jom kita duduk kat sini.. mari" kata Hidayah..

Elina membaca keseluruhan isi document yang papanya berikan..tidak lama kemudian Elina tersenyum..tapi riak mukanya tidak menampakkan wajah Elina sedih.. Isi kandungan document tersebut tertera nama dia sebagai pemilik syarikat Herman'z sdn bhd..anak cawangan besar syarikat Herman'z company..dan sebuah apartment .. Papanya menghadiakan dia sebuah syarikat dan sebuah rumah..

" El.. kenapa sedih..el tak suka ke hadiah yang papa bagi ni ke.." Herman bertanya untuk memastikan samaada dia suka atau tak..

" El bukan sedih pa.. tapi hadiah ni terlalu besar dan berharga untuk El..El tak layak terima semua ni..El cuma anak......." belum sempat dia menghabiskan kata kata nya..Herman mencelah..

" El.. jangan cakap macam tu nak.. El jangan anggap yang El anak angkat .. El anak papa..anak mama.. adik kepada Harris dan Hafiz.. Apa yang papa bagi pada pada abang abang kamu..seperti itu juga papa akan beri apa yang abang kamu dapat itu juga yang kamu dapat.. kamu anak papa..ahli keluarga Herman..bukan orang lain.. El..sign dan terima semua tu.. itu hadiah untuk El..jangan fikir yang bukan bukan lagi ok.." ujar papanya..

" betul tu nak.. kami tak pernah anggap kehadiran El dalam keluarga ni seperti mana yang El fikirkan.. kami semua terima El seikhlas hati kami..Apa yang papa bagi pada El sebaba semua itu selayaknya milik El.. dah la..jangan sedih macam ni.. " Hidayah cuba memujuk anak nya..

" thanks ma..pa.. hadiah ni sangat berharga buat El.. ini lah hadiah yang terindah buat El.. El sayang mama..El sayang papa..thank you sebab sudi terima El dan sudi mencurahkan kasih sayang mama dan papa untuk El.. Hanya Tuhan yang mampu membalas semua kebaikan mama dan papa pada Helina.." ujar Elina.. bagi dia semua itu anugerah dan nikmat yang dihadiahkan padanya disaat dia berduka..

Puan Hidayah memeluk Helina kejap..sayang nya pada Helina tidak pernah berbelah bagi meskipun Helina cuma anak angkatnya.. Elina menurun kan tandatangan nya ke atas document yang papa nya sediakan untuknya ..Dengan itu..sah lah dia sebagai pemilkm sah kepada Herman'z Sdn Bhd dan sebuah apartment..

" haaa..kek ni bila nak potong..?" kata Harris dan Hafiz serentak..

" alah abg ni.. orang baru nak manja manja ngan mama dan papa..sibuk je.." ujar Elina lalu menghadiakan satu senyuman kepada mereka..

" nak bermanja..tak payah.. dah boleh jadi mak budak dah El..tak payah nak manja manja.." kata Hafiz mengusik Elina..

" ma.. pa.. tengok tu.. abang kata Elboleh jadi mak budak.." Elina memuncungkan mulut nya sambil tangan nya memotong kek..

" merajuk..mulut tu dah macam muncung itik dah abang tengok.." giliran Harris pula yang mengenakan Elina..

pang.. singgah lah satu pukulan kepada kedua abang nya .. dek kerana Elina merasa sangat geram akan usikkan kedua abangnya..bahu kedua abang nya menjadi mangsa persinggahan jari Elina..

oucchhhh...adikkkkk.. kata harris dan hafiz serentak.. namun Elina lebih cekap bertindak dengan menyembunyikan diri nya di antara mama dan papanya.. membuat kan kedua abang nya tidak dapat membalas balik.. Herman dan Hidayah hanya sekadar ketawa melihat akan karenah ketiga tiga anak mereka.. Bahagia yang datang menerpa tanpa diduga.. benar lah kata orang tua tua.. kalau kita menjaga kebajikkan seseorang yang kurang bernasib baik..maka akan dihadiahkan limpah rahmat kepada mereka yang merelakan diri menjaga kebajikkan orang lain ..

Walaupun dia bukan lahir sedarah dengan kita .. dan walaupun setiap rezeki yang datang juga ada miliknya.. Menjaga mereka bukan semata mata mahukan kebanggaan namun sebalik nya sebagai tanggungjawab.. maka akan hadir sebuah kebahagian dan rezeki yang tidak akan pernah putus..dan selalu diberkati..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience