BAB 21

Drama Completed 6235

Mereka sekeluarga tiba di hospital seperti yang diberitahu kepada mereka tadi.. Hafiz terus berlari anak menuju ke kaunter pertanyaan..

" Excuse me nurse.. boleh saya tahu dimana Cik Helina Herman dirawat.."

" Encik ni siapa..apa hubungan encik dengan pesakit.."

" saya abang dia.. "

" okey Encik.. sekejap.. saya check dulu.."

" tolong cepat sikit nurse.."

" Encik.. Cik Helina masih dirawatan rapi.. Encik boleh pergi kesebelah kiri sana.." Nurse itu menunjukkan tempat yang dituju..

" thank you nurse.. ma ..pa.. kita pergi sana.."

Mereka sekeluarga pun pergi ke tempat dimana Elina dirawat.. Setiba mereka disana ..seorang doktor lelaki keluar dari unit rawatan rapi.. Mereka sekeluarga mempercepatkan lagi langkah mereka..

" maaf doktor.. doktor ke yang rawat anak saya Helina.." tanya Herman..

" ya encik..saya doktor Rafi..saya yang bertanggungjawab merawat cik Helina.."

" macam mana keadaan anak saya doktor.. dia baik baik saja kan.." tanya Hidayah pula..

Doktor yang tadi tersenyum kini dia sedikit serius ..

" macam ni Encik..Puan.. Cik Helina masih lagi belum sedarkan diri.. dia banyak kehilangan darah..dan luka dibahagian kepala nya agak serius.. kami akan buat imbasan pada bahagian kepala Cik Helina nanti..untuk memastikan tiada sebarang kecederaan di bahagian otaknya.." Terang doktor Rafi kepada mereka..

" bang..anak kita .." kata Hidayah

" sabar yah.. Urmm doktor.. anak saya akan sembuh ke.." tanya Herman sedikit risau..

" setakat ini..pihak kami tidak dapat memastikan keadaan Cik Helina.. Setakat ini..dia masih belum melepasi tahap kritikal..dan kami mahu penderma darah.. ada sesiapa di antara kamu semua boleh menderma.. Golongan darah cik Helina..jenis A.. " tanya doktor meminta kepastian..

" sebenarnya doktor.. Helina bukan anak kandung saya.. golongan darah saya dan keluarga saya jenis B.. saya merayu pada doktor.. carikan penderma untuk anak saya.. berapa pun bayarannya saya akan tanggung semua kos nya nanti.." kata Herman..

" saya akan cuba tanya kepada pihak atasan..untuk menghubungi hospital lain.. Saya harap Encik sekeluarga bertabah dan tenang..".

" maaf doktor.. kalau saya penderma..boleh ke.." kata seorang lelaki bersama seorang perempuan..

" mia..rayyan.. " kata harris..

" maaf bang.. Abang Hafiz yang bagitahu kami tadi.." kata Mia..

" encik ni siapa..dan apa golongan darah Encik.." tanya doktor Rafi..

" Saya Rayyan..kawan cik Helina.. kebetulan golongan darah saya jenis A..sama dengan Cik Helina.. Saya boleh jadi penderma doktor.." tanya Rayyan mahukan kepastian..

" kalau macam tu..Encik ikut saya.. kita akan buat beberapa ujian dulu sebelum Encik Rayyan menjadi penderma.."

" baik lah doktor.. Uncle auntie.. saya minta izin untuk jadi penderma Helina.." kata Rayyan..

" sila kan yan.. terima kasih nak.. sudi hulurkan bantuan.. terima kasih sangat sangat.." ucap Herman menepuk bahu lelaki muda yang mahu menjadi penderma anaknya..

Doktor Rafi membawa Rayyan ke bilik pemeriksaan untuk melakukan ujian sebelum menjadi penderma.. Setelah selesai semua ujian.. Rayyan menjadi penderma darah kepada Helina.. Rayyan di minta untuk berehat seketika setelah selesai menderma.. Rayyan berasa sangat lega..jika tadi dia sedikit takut untuk melakukannya namun demi cinta dia pada Helina..dia lakukan juga.. Takdir Tuhan menemukan mereka dan mungkin juga akan menyatukan mereka..

-------------------------

Herman sekeluarga masih belum dapat melawat Elina.. dek kerana Elina di letakkan di ruangan khas.. Takut ada sebarang kecemasan.. Kelihatan seorang nurse keluar dari bilik Elina.. Hidayah lalu bertanya..

" Excuse me nurse..macam mana keadaan anak saya.. saya boleh masuk kedalam ke nurse..saya nak tengok anak saya.." pinta Puan Hidayah kepada Nurse yang baru keluar tadi..

" maafkan saya Puan.. buat masa sekarang.. Doktor tidak membenarkan sesiapa datang melawat.. Keadaan anak puan masih lagi kritikal ..kami akan sentiasa memantau keadaan anak puan.. Saya harap pihak Puan akan bersabar..berdoa banyak banyak puan..saya pasti anak puan kuat melepasi sakit nya..Saya minta diri dulu puan.." Nurse tadi pun berlalu pergi..

" abang.... kesian El bang.. Yah nak pergi lawat anak kita bang.." Tanggis Hidayah

" sabar yah.. mari kita pergi solat yah.. " Ajak Herman..

Mereka sekeluarga pergi menuju ke bilik khas yang sudah di sediakan untuk umat islam menunaikan solat..
Mereka sekeluarga bersolat jemaah bersama..
Selesai berjemaah.. Mereka berdoa untuk kesihatan Elina..

" Dari Mu kami datang ..kepada Mu jua kami kembali.. Dengan perintahMu kami sakit.. Dengan perintahMu jua kami memohon kesembuhan.. Kau sembuhkan lah anak ku Helina.. Aku memohon padaMu..berikanlah kami kekuatan untuk menempuhi dan menghadapi dugaan dari Mu.. Kau sembuhkan lah anakku Helina ya Allah..amin yarabbi alamin.." Pinta Herman..

Selesau bersolat..seorang nurse datang ke arah mereka..

" maaf kan saya.. kamu semua keluarga Cik Helina..?" tanya Nurse..

" ya betul..kami keluarga nya..ada apa nurse.." tanya Harris..

" macam ni.. Doktor Rafi minta saya sampaikan pada kamu semua.. Doktor Rafi mahu berjumpa dengan Ibu dan bapa Cik Helina sekarang..ada perkara yang harus dibincangkan..mari Puan..Tuan.." Nurse tadi mengiringi Herman dan Hidayah.

Sesampai di bilik Doktor Rafi.. Doktor Rafi meminta mereka untuk duduk ..Kemudian dia memulakan perbincangan mereka..

" EN.Herman..Pn.Hidayah.. terlebih dahulu..saya minta agar Encik Dan Puan bersabar.. Menurut dari laporan yang saya terima..mendapati anak Encik mungkin akan mengalami....." tidak sampai hati Doktor Rafi mahu meneruskan kata katanya..

" mengalami apa doktor.." tanya Hidayah..

" anak puan..Cik Helina mungkin akan mengalami amnesia.. disebabkan hentakkan yang terkena dibahagian kepala nya agak serius.. tapi puan..itu hanya sementara.. jika dia terus menjalani rawatan susulan .."

" Amnesia doktor.. maksud nya anak saya tak akan ingat kami.." tanya Herman mahukan kepastian..

" betul Encik.. bukan hanya tidak ingat akan encik sekeluarga ..malah dia sendiri juga tidak akan dapat mengingati diri nya sendiri.. Selain dari amnesia.. Cik Helina juga mengalami komplikasi di bahagian matanya.. kecederaan yang terkena dibahagian matanya di sebabkan serpihan kaca.. tapi pihak kami tidak dapat mengesahkan yang anak puan akan mengalami kebutaan.. kita tunggu dia sedar dulu.. baru kami akan lakukan ujian yang lain.."

" ya allah .. besar sungguh ujian yang engkau berikan pada kami.. " kata Hidayah..

" Doktor..saya merayu..sembuhkan lah anak saya.. saya akan tanggung semua kos perubatan nya.. asalkan anak saya sihat seperti selalu..tolong sembuhkan anak saya .." rayu Herman pada Doktor muda itu..

" saya akan cuba lakukan yang terbaik untuk anak encik.. Sama sama kita berdoa semoga dia akan sembuh seperti sediakala.." kata Doktor Rafi..

Perbualan mereka terhenti disaat seorang nurse memanggil doktor muda itu..

" doktor..maafkan saya..menggangu..pesakit doktor Cik Helina.."

Mendengarkan apa yang nurse sampaikan padanya.. Doktor muda itu pun bergegas menuju ke bilik Helina..untuk memeriksa keadaan Helina..

" apa yang jadi kepada pesakit nurse.."

" tekanan darah nya menurun secara tiba tiba..dan nadi nya seakan terhenti seketika.."

Doktor Rafi melakukan pemeriksaan ke atas Elina sambil sesekali matanya memerhatikan mesin yang berada di tepi katil Elina..

" kita kena lakukan sesuatu kepada pesakit ini.. dia mengalami komplikasi yang sangat mengkhuatirkan..nurse ambilkan saya defibrilator..cepat.." Doktor tadi mengarahkan nurse yang ada di situ..

Dengan hitungan tiga ..dia meletakkan alat yang diminta nya tadi kearah bahagian jantung..untuk memberi bantuan ke jantung Elina.. kali pertama doktor rafi melakukan kejutan kearah jantungnya..tidak menunjukkan sebarang response..kali kedua juga seperti itu.. dan kali yang terakhir juga tidak menunjukkan sebarang kesan..malah denyutan jantung nya menurun mendadak.. Doktor Rafi menggelengkan kepala nya kepada nurse yang berada disitu.. Doktor Rafi mengesahkan Elina sudah tiada.. Dia meminta nurse menanggalkan semua alat bantuan yang ada di tubuh badan Elina.. Nurse tadi pun mencabur satu persatu wayar alat bantuan di badan Elina.. Namun siapa sangka.. Dengan keajaiban Tuhan.. Elina tersedar..membuatkan semua yang ada disitu mengalirkan air mata melihat keajaiban Tuhan..

" doktor.. Dia sedar doktor.."

Doktor Rafi yang tadi mahu melangkah keluar..langkah nya terhenti disaat dia mendengar nurse memanggilnya..

" betul ke.. kalau macam tu..sambungkan semula alat bantuam kepada nya..Alhamdulilah.. " kata Doktor Rafi dengan gembira..

Semua mereka yang berada disitu juga turut melahirkan perasaan yang sangat gembira.. mana tidak.. tidak sampai beberapa saat doktor mengesahkan Elina telah tiada.. namun keajaiban Tuhan..Elina tersedar...Doktor Rafi melakukan sedikit pemeriksaan kepada Elina..untuk memastikan keadaan Elina betul betul ok..
Setelah semuanya selesai ..doktor Rafi keluar dari bilik Helina..
------------------------

" macam mana anak saya doktor.." tanya Herman..

" syukur alhamdulilah Encik.. Anak encik..Helina..dia dalam keadaan yang stabil.. Cik Helina berjaya melepasi tahap kritikalnya.. Nanti saya akan arahkan staff saya untuk memindahkan Helina ke ward biasa.. saya minta diri dulu Encik.." Doktor tadi pun berlalu pergi meninggalkan mereka..

Harris dan Hafiz sudah terduduk lega saat mendengar Elina kembali stabil.. Begitu juga dengan Mia..Aida dan Rayyan.. tidak henti henti mereka mengucapkan syukur kepada Ilahi..

Puan Hidayah memeluk suaminya .. mereka berasa lega..mendengar akan keadaan anak mereka..

" syukur ya Allah.. kau telah memeperkenan kan doa kami.. alhamdulilah yah..anak kita selamat.." kata Herman pada isterinya..

Mereka sekeluarga merasa sedikit lega..Keajaiban Tuhan menyedarkan Elina.. Tiada kata yang mampu di ucapakan melainkan syukur ke hadrat ilahi..di atas limpah rahmat yang diberikan Nya..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience