BAB 19

Drama Completed 6235

Suasana pagi yang sangat meriah.. Hari yang di tunggu pun kunjung tiba.. Harris dan Aida akan disatukan.. Ahli keluarga yang lain sibuk melayan tetamu yang datang.. Harris kelihatan sedikit gelisah.. tinggal beberapa minit lagi dia akan di ijab kabulkan.. Elina..Mia pergi ke bilik pengantin perempuan.. Aida terlihat sangat angun .. Aida mengenakan busana yang di reka khas oleh Elina untuknya.. Busana pengantin berwarna unggu bertemakan songket sangat indag tersarung di tubuh wanita itu.. Elina dan Mia turut memuji kecantikkan Aida yang sangat menyerlah ..

" kak Aida.. cantik nya .. Tahniah kak.. " ujar Mia..

" betul tu kak.. kak Aida cantik sangat.. Tak sabar nak tunggu akak rasmi jadi kakak ipar El.." Elina menayangkan segaris senyuman.. Aida kelihatan agak malu malu.. sekadar hanya tersenyum..

" thanks Mia..El.. doa kan akak dengan abang..semoga pernikahan akak berjalan dengan lancar.."

" ya ka.. El dan Mia akan doa kan semoga semuanya berjalan dengan lancar.." Kata Elina..

Perbualan mereka terhenti takkala pintu diketuk.. Puan Hidayah dan Puan Meriam masuk untuk menjemput Aida turun ke bawah..

" Aida dah sedia nak..senyum la sikit.." kata Puan Meriam kepada anak tunggal kesayangannya..

Aida turun kebawah sambil di iringi oleh ibu dan bakal mak mertua nya.. Elina dan Mia mengekori dari belakang.. Semua mata memandang ke arah pengantin yang terlihat sangat anggun sekali..

Aida duduk di antara ibu dan ibu mertua nya.. Di belakang nya pula..Mia dan El.. Aida sedikit gelisah saat matanya bertentang dengan bakal suami nya Harris.. Harris tersenyum melihat keanggunan wanita yang bakal milik nya..Tok kadi menghulurkan tangannya kepada Harris untuk mengijab kabulkan mereka..

" Aku nikahkan akan dikau Harris bin Herman dengan Aida binti Rahman dengan mas kahwinnya dua ratus ringgit dibayar tunai.."

" Aku terima nikahnya Aida binti Rahman dengan mas kahwin dua ratus ringgit dibayar tunai.."

Tok kadi menoleh ke kiri dan ke kanan.. Sah..
sah..
" alhamdulilah.." kata tok kadi.. mereka pun membaca doa syukur ..

Harris tersenyum indah.. Dengan sekali lafaz Aida sah menjadi isterinya.. Dia melangkah ke arah Aida untuk menyarungkan cincin.. Aida mengalirkan air mata.. tanpa di duga ..perkenalan yang di atur oleh keluarga mereka akhirnya menjadi satu keluarga baru..

" assalamualaikum sayang..izinkan abang untuk menyarungkan cincin ini kejari manis sayang.." Harris memegang sebentuk cincin belah rotan untuk disarungkan ke jari manis Aida.. Aida menghulurkan tangan nya untuk bersedia menerima sarungan cincin dari lelaki yang baru sebentar tadi di ijab kabul kan dengannya..Cincin tersarung indah di jari manis Aida.. Aida lalu tunduk mencium tangan suaminya.. Kini giliran Aida pula menyarungkan cincin ke jari manis suaminya..

" Waalaikumussalam abang.. izinkan saya untuk menyarung cincin ini kepada jari manis abang.." kata Aida sedikit perlahan namun masih boleh didengari oleh mak dan ibu mertuanya..
Tersarunglah cincin di jari manis harris.. dengan izin Tuhan semuanya berjalan lancar.. Harris mencium lembut dahi isterinya..Air mata lelaki nya jatuh jua..sungguh indah nikmat yang diberikan pada nya..

Aida menyalami tangan ibunya dan seterusnya tangan ibu mertuanya..begitu juga Harris... Sesi bergambar pun bermula.. Mereka sekeluarga mengambil gambar dengan raja sehari.. Mia dan Hafiz juga ada mengambil gambar bersama raja sehari.. begitu juga Elina dan Rayyan ..tidak mahu melepaskan peluang untuk bergambar dengan raja sehari..

" haa.. dah selesai kahwin abang .. giliran kau pula Fiz.. kau dengan Mia jangan lah bertunang lama sangat.." Kata Harris mengusik adiknya Hafiz..

" Hafiz pun nak kahwin cepat cepat bang..tapi tu la.. Pengantinnya belum bersedia.. kena tunggu sebulan lagi.. apa pun selamat pengantin baru abang..kak aida.." Hafiz menjeling ke arah Mia di sebelah nya..

" Mia.. jangan la tunggu lama lama.. nanti melepas.." Kini giliran Elina pula yang mengusik sahabat nya..

" kau ni El.. kalau Mia ajak abang kahwin malam ni..malam ni juga abang minta tok kadi nikahkan abang dengan Mia.." Ujar Hafiz.. Mia sudah malu malu di sisinya..

Mereka semua ketawa riang.. Rayyan yang dari tadi berdiam lalu bersuara..

" Harris.. dan Aida.. tahniah.. semoga perkahwinan korang diberkati..sehingga ke jannah..selamat pengantin baru bro.." Rayyan menghulurkan tangan nya mahu bersalaman dengan Harris..

" Thanks bro.. kau pula bila bro..takkan tak ada calon.." Harris mengusik Rayyan..sahabat nya.. Rayyan tersenyum ..

" bukan tak ada Ris.. calon yang ada belum makan umpan.." kata Rayyan..

Rayyan dan Harris ketawa.. Memang betul.. Rayyan cuba mahu memikat Helina namun belum ada tanda tanda gadis itu suka padanya.. Aida menjeling ke arah Elina..

" kenapa akak jeling El semacam.." Elina bertanya kehairanan melihat Aida tiba tiba menjeling kepadanya..

" takkan El tak suka Rayyan.." bisik Aida pada Elina..

" ish akak ni.. jangan la cakap macam tu.. nanti orang dengar.." kata Elina perlahan..

" yan.. hai bro..lama tak jumpa kau.. " Tanya Hafiz yang tadi tidak perasan akan kehadiran lelaki itu..

" hai bro.. aku pun lama tak jumpa kau.. amacam sekarang bro.. " Rayyan bertanya..

" aku.. macam ni la bro.. tinggal nak tunggu hari kahwin lagi.." Hafiz tergelak kecil..

" wow.. mana calon nya bro.."

" ni ..sebelah aku ni.. Kenalkan.. Ini Mia..tunang aku.. Mia..ini Rayyan kawan abang masa kat u dulu.."

Rayyan dan Mia bertukar senyuman..

" cantik orang nya bro..by the way.. congratz.. jangan lupa jemput kahwin nanti.."

" tak ada hal bro.. memang di alu alu kan..jangan tak datang pula.." Kata Hafiz..

" ok .. Eh bro.. aku nak tanya kau satu benda.. jom ikut aku sekejap..

Hafis dan Rayyan pergi ke tempat lain..jauh sikit dari kumpulan yang tadi..

" ha..bro..kau nak tanya apa.
bunyi macam serius je.."

" macam ni bro.. Aku berkenan kat adik kau Helena.. tapi dia macam tak layan je.. dia ada boyfriend ke bro.."

" kau..kau suka adik aku.. aku ingatkan apa tadi.. alah bro..biasa la perempuan.. tapi adik aku tu lain sikit bro.. "

" lain..lain macam mana bro.."

" macam ni.. kalau kau betul betul suka kat adik aku.. better kau bagi dia sedikit ruang.. Dia tu jenis yang tak suka benda mengejut dan terlalu cepat.. Helina tu jenis yang slow and steady.. kalau kau ajak dia pergi ke shopping mall dia tak berapa suka sangat.. kau kena masuk dunia dia.. dia suka budak budak.. dia suka tolong orang.. tempat yang selalu dia pergi.. rumah anak yatim..rumah orang orang tua.. dan sebagainya.. kiranya macam Charity la.."

Dengan tekun Rayyan mendengar apa yang dikatakan Hafiz kepada nya..

" thanks bro .. sebelum tu.. aku nak minta izin kau la bro.. aku nak sangat kat adik kau..kalau boleh aku nak jaga dia.." ujar Rayyan dengan yakin..

" aku tak kisah bro.. janji orang tu boleh jaga adik aku sebaik yang mungkin..macam aku dan keluarga aku jaga dia.. kalau boleh..aku tak nak dia terluka.. aku sayang adik aku bro.."

" kau jangan risau bro.. aku janji aku akan jaga dia.."

" aku pegang janji kau.. apa lagi..pergi la sana berbual dengan dia.. jangan tenung je dia.. tapi kau kena ingat.. selagi dia tak jadi isteri kau yang sah.. kau jangan sesekali sentuh dia walau sehelai rambut pun.." Hafiz memberi warning..

" ok bro.. aku tak akan buat punya.. macam lah kau tak kenal aku macam mana bro.."..

Rayyan dan Hafiz kembali lagi ke kumpulan yang tadi.. agak lama mereka berbual..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience