BAB 16

Drama Completed 6235

Kereta Audi milik Elina di parkingkan di sebelah kereta papanya.. Hari ini dia tidak dihantar mahu pun ditemankan oleh sesiapa..tidak seperti hari hari lain.. Papa dan mamanya memberikan kelongaran padanya untuk memandu sendiri disebabkan pak cik mat cuti balik ke kampung..anak nya sakit.. bodyguard nya pula bercuti..cuti emergency..mak dia sakit.. Harris dan Hafiz pula outstation ke kawasan pendalaman.. papa dan mama nya..pergi ke rumah saudara papa..mungkin esok diorang balik..tinggal lah dia dengan mak cik som.. itu pun mak cik som sibuk dengan kerja dia.. Elina keseorangan malam ni..

Elina menghempaskan badan nya di atas katil nya.. Seluruh badan dia terasa sakit.. baru dia mahu melelapkan mata..dia terdengar bunyi mesej masuk.. Cepat cepat dia menekan skrin telefon nya..saat dia terbaca akan teks yang dihantar padanya.. perasaan takut mula menyelubungi diri nya.. Elina merasa sangat takut saat dia terbaca teks tersebut.. dia oun mematikan telefon nya.. lalu dia pun cepat cepat bingkas dari pembaringannya..laju langkah dia menuruni setiap gigi anak tangga.. dia berlari ke aeah mak cik som.. lalu di peluknya orang tua itu.. Mak cik som yang sedikit terkejut akan tindakkan Elina ..lalu bertanya pada elina..apa yang membuatkan gadis itu memeluk nya seperti itu..

" Cik El tak apa apa ke..cik.."

" mak cik..saya takut ..tolong saya mak cik.." kata Elina dalam tangisan ..

"bawa bertenang cik..mengucap..istifar banyak banyak..dan pandang mak cik nak.. cerita pada mak cik.. apa yang membuat cik El takut dan kenapa cik El minta tolong mak cik.." Wanita itu cuba memujuk elina..

" ada orang hantar pesanan ringkas kat el.. pesan tu berbaur ugutan mak cik.." Elina meneruskan tangisan nya..

" maksud cik.. pesanan apa..apa orang tu cakap pada cik.. bagitahu mak cik.." sambil menggosok gosok belakang gadis itu..

" orang tu hantar mesej seperti ini mak cik.. ( kalau kau tak datang jumpa kami..kami akn datang jumpa kau..dan akan bunuh kau..) " Lagi kuat esakkan tanggisan Elina..

" kita bagitahu tuan dan puan ya cik.. kita tak boleh diamkan benda ni.."

Elina menggelengkan kepalanya tanda tidak setuju dengan apa yang mak cik som cadangkan pada nya..

" tak payah mak cik.. jangan la buat mereka susah hati.. El tak nak susahka mereka.." Rayu Elina agar mak cumik som tidak memberitahu sesiapa termasuk mama dan papanya..

" tapi cik.."

" tak ada tapi tapi mak cik..El merayu kat mak cik..jangan bagitahu mama dan papa..ok..kita tunggu mereka balik esok.." kata Elina sedikit tegas..

Mak cik Som sekadar hanya mengganguk sahaja..bukan dia tidak peduli tapi Elina sendirj yang tidak mahu dia bagitahu mama dan papa nya..Dengan cara apa sekali pun orang memujuknya ..dia tetap dengan keputusannya.. Itu lah Helina..kalau dia kata putih..putih la jawab nya..kalau hitam..hitam lah jawab nya.. Malahan dia sendiri belum pasti siapa yang menghantar pesanan ringkas itu padanya..

" mak cikk... boleh tak kalau malam ni.. El tidur dengan mak cik.. El tak nak tidur kat atas..boleh ke.." Elina mempamerkan muka minta belas kasihan..

" boleh cik.. tak ada masalah..nanti mak cik temankan cik El..dah ..pergi naik atas..mandi..lepas tu turun makan.." Mak cik som tersenyum pada nya..

" thank tou mak cik..sayang mak cik.. El naik dulu..sekejap lagi El turun..kita makan sama sama.." Elina pun berlalu pergi meninggalkan mak cik som..

Mak cik Som tersenyum melihat kemanjaan anak majikan nya.. Bukan sekali dua Elina minta dia temankan Elina tidur..makan bersama..bercerita dan sebagainya.. Gadis itu memang rapat dengannya semenjak dia mengikuti Elina ke luar negara dahulu.. Dia diminta untuk menguruskan kehidupan Elina disana..dan akhirnya dia diminta untuk terus bekerja dengan keluarga Elina.. Mak cik Som lah yang menyediakan makan minum Elina dan keluarga nya walaupun dia sebenar nya tidak ditugaskan untuk melakukan perkara itu..di atas faktor kesihatan dan mereka sekeluarga ada mengambil pembantu rumah yang lain untuk menggantikan kerja mak cik som..Mak cik Som hanya sekadar melakukan kerja yang lebih ringan.. Dia hanya diminta untuk menemani Elina di saat mereka pergi kemana mana..supaya Elina tidak berseorangan di rumah.. tetapi maklumlah ..orang tua..mana nak duduk diam..ada saja kerja yang dia nak buat..

Elina yang baru selesai bersiap ..lalu turun kebawah.. Saat dia menuju ke dapur dia melihat mak cik som sedang sibuk menyiapkan meja makan.. Elina tersenyum.. niat nakal nya muncul..
Elina berjalan perlahan lahan ke arah mak cik som..lalu dipeluk nya mak cik som.. mak cik som yang terkejut terus memukul tangan Elina sambil mulut nya melatah.. membuatkan Elina ketawa riang mendengar latah mak cik som..

" ishhh..cik el ni.. terkejut mak cik tau..kalau mak cik ni ada sakit jantung tak ke terus jalan tadi.." sambil membuat aksi ko..

" hehe..sorry mak cik.. mana El tahu mak cik terkejut sampai macam tu sekali.. " Elina mempamerkan satu senyuman tersengih pada mak cik som..

" mesti la mak cik terkejut Cik El.. dibuat nya mak cik ni pegang benda tajam..habis la cik.. mak cik masuk jail la jawab nya.." mak cik som masih lagi mengelus dada nya..

" sebab El tahu mak cik tak pegang benda yang tajamla El berani buat.. kalau tak .. habis la El.." Elina ketawa geli hati..

" ada saja cik ni..dah ..pergi makan.. mak cik nak sambung buat kerja dulu.."

" ehhh...mak cikk.. El tak nak makan seorang.. jom temankan El mak cik..kita makan sama.." Elina tersenyum manis..

Mak cik Som akur dengan permintaan Elina.. Dia pun sudah lama tidak makan bersama Elina..ya la..Elina selalu sibuk..tiada masa untuk makan..keluar awal pagi..balik pula lewat malam..

" baik lah cik.. mak cik temankan cik makan.." Mak cik som tersenyum..

" thanks mak cik.. emmm...sedap nya lauk lauk ni.." Elina bertambah selera..lama dia tak rasa masakkan mak cik som.. Tersenyum senang Elina..Mak cik som juga sepertinya.. Gembiranya dia melihat Elina berselera makan..mana tak..tadi gadis itu muram dan kini kembali ceria..

Selesai makan..mak cik som mengemas meja makan..mana kala Elina turut membantu Mak cik som mengemas meja makan.. Tidak lama kemudian.. Elina pergi keruang tamu sementara dia menunggu mak cik som selesai membuat kerja..Dia melabuhkan punggung nya di atas sofa.. Dia menghidupkan kembali telefon yang ditutup nya tadi.. Elina terkejut melihat banyak mesej masuk menggatakan panggilan tidak dijawab..diantara nya panggilan dari papa.. mama..mia ..kak Aida dan paling tidak disangka panggilan masuk Rayyan.. Dia menekan butang dail ke pada mama nya.. lama juga panggilan nya tidak di angkat..kemudian dia cuba mendail lagi nombor mama nya..dan akhir nya di angkat..

" assalamualaikum mama.."

" waalaikummussalam El.. El tak apa apa ke kat sana.." tanya mama nya dengan nada sedikit risau..

" El tak apa apa ma.. tadi telefon El tutup.. sebab tu mama tak dapat call El.." terang Elina..

" macam tu ke El.. tapi betul El tak apa apa.. atau El nak mama dan papa balik sekarang.."

" tak apa mama.. lagi pun dah malam ni kan.. El ok ma.. mak cik som ada ..mama jangan risau la.."

" baik la El.. kalau macam tu ..mama letak dulu..El tidur..jangan lupa doa sebelum tidur..jaga diri ya nak..esok mama dengan papa balik.. bye sayang..assalamualaikum.."

"ok ma..mama dan papa pun jaga diri.. bye ma..salam kat papa..Waalaikumussalam ma.."

Tidak sampai beberapa saat dia meletakkan telefon nya..telefon berdering lagi..kali ini lain orang.. Namun panggilan itu tidak segera diangkat nya dek kerana tiada nama pemanggil tertera di skrin telefon nya.. Panggilan dibiarkan sahaja.. Elina mengeluh perlahan..akhir akhir ni banyak panggilan yang masuk tiada bernama..dia bukan tak mahu mengangkat tapi dia takut..kalau kalau orang tu..orang yang sama selalu hantar teks ugutan padanya.. namun lamunan nya terhenti disaat dia terdengar bunyi mesej masuk.. Cepat cepat dia membuka skrin telefonnya..untuk melihat siapa yang chat dia waktu macam ni.. Elina tersenyum di saat dia melihat nama Rayyan tertera di chat..

" hai..awak..dah tidur..?"

Elina membalas..

" hai juga.. saya baru nak masuk tidur.."

" ye ke..maaf lah kalau saya ganggu awak malam macam ni..saya cuma nak tanya ..kenapa awak tak angkat call saya tadi.."

" tak apa..awak..saya bukan tak nak angkat call..tapi saya mati kan phone.."

" kenapa awak matikan phone..ada orang ganggu awak ke Helina.."

" tak..tak..bukan macam tu..mana ada orang ganggu saya.."

" awak..kalau saya tanya awak satu soalan..awak marah tak.."

" kenapa saya nak marah awak ..awak tanya pun belum..macam mana nak marah.." Elina tergelak sedikit..

" betul awak tak marah.."

" betul la..tak kan saya nak marah kalau benda tu tak menyakitkan hati saya.."

" good.. macam ni.. saya nak tanya.. awak ada boyfriend tak..??" berserta dengan satu emoji smile..

" itu je yang awak nak tanya.. kata nya awak kenal saya.. tak kan la awak tak tahu saya ada boyfriend ke tak.." Elina meletakkan emoji tersenyum sengih dihujung chat nya..

" saya memang kenal awak..tapi mana saya tahu orang tu ada boyfriend ke tak.. nanti tak pasal pasal saya kena tibai..tak holeh kawan demgan awak..jawab la betul betul awak.."

" untuk pengetahuan awak Encik Rayyan Bin Adam.. saya Helina Herman Bt Ehsan..belum berpunya..jadi tak perlu risau nak terus berkawan dengan saya.."

" wahh.. siap letak full name pula.. thank you cik helina.. So..boleh la kalau saya nak cuba mengorat awak.." Rayyan menyelitkan emoji mengenyitkan mata..

Elina tersenyum senyum membaca chat Rayyan.. Sampaikan mak cik som datang pun dia tak perasan..membuatkan Elina tidak lagi reply chat Rayyan..

" hai cik El.. tersenyum senyum..ada apa apa ke.." Mak cik som tersengih..

" mana ada mak cik..kawan El ni..cakap yang bukan bukan..tu yang El tersenyum.."

" kawan ke lawan cik El.. " mak cik som mengenakan nya ..

" kawan la mak cik.. siapa la yang nakkan El ni.."

" tak baik cik cakap macam tu.. mana tahu suatu hari nanti jodoh cik El sampai.. aminn..."

" amin...mak cik.. jom la mak cik..kita masuk tidur..El ngantuk sangat ni.." Elina cuba berdalih..tidak mahu dia untuk meneruskan topik jodoh..

" ya la cik El..jom.."

Elina dan mak cik som berjalan beriringan masuk kedalam bilik.. Hari ini Elina tidur dengan mak cik som dek kerana Elina takut berseorangan..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience