Boutique Helina Herman dipenuhi ramai pengujung..mana tak..Boutique itu akan mengadakan sales hujung tahun.. Memang Elina akan selalu mengadakan sales menjelang tahun baru..pada waktu perayaan..dia mahu semua orang boleh mengenakan jenama pakaian yang dikeluarkan oleh butik nya tanpa mengira pangkat darjat kepada siapa yang mahu mengenakan busana dari butik nya.. Hari yang sangat memenatkan tapi sungguh menyeronokkan buat mereka..terutama Elina.. Elina tersenyum puas melihat akan kegigihan semua staff nya.. Semua staff sangat berdedikasi dan cekap..bijak melayan karenah setiap pelanggan yang datang ke butik mereka.. Berpuas hati dia dengan setiap staff nya..hasil kerja mereka sangat memuaskan untuk Elina.. Namun dia tetap merasa kesian akan pekerja butik nya..mana tak ..Elina tak punya masa untuk berada lebih lama di butik..dia harus lebih menguruskan pejabat nya.. Saat itu dia mula terfikir mahu menyerahkan salah satu kerja nya pada seseorang..namun dia masih belum menjumpai siapa yang harus dia percaya untyk menguruskan segala kerja nya nanti..
" hai.. kenapa nampak macam muram je..boleh saya bantu.." sapa seseorang dari belakang..
Elina lalu menoleh kearah orang yang menyapanya..Dia terkedu seketika.. Dia ingatkan pekerjanya yang menyapa..rupa rupa seorang lelaki berkemeja putih .. Lelaki itu tersenyum ke arah nya..
" hai.. tak jawab pun soalan saya.." tanya lelaki itu lagi..
" sorry.. awak kenal saya ke.." tanya Elina.. Hairan dia melihat lelaki itu.. senang sahaja dia menyapa Elina..seolah olah lelaki itu sudah lama mengenalinya..
" siapa yang tak kenal CIK.. Semua orang tahu siapa Cik .." kata lelaki itu lagi..
Elina semakin pelik..siapa kah gerangan lelaki itu..
" maaflah Encik.. saya tak tahu apa tujuan encik menegur saya.. tapi boleh saya tahu..siapa nama Encik dan apa tujuan Encik ke mari.." kata Elina lembut..
" ok.. macam ni.. kita berkenalan dulu..nama saya Rayyan Adam..Tujuan saya datang ke mari..saya nak kenal dengan pemilik butik ini.." Katanya..
" i see.. kenapa nak kenal dengan pemilik butik ni..ada masalah ke Encik Rayyan Adam.." Elina cuba bertanya..
" sebelum saya teruskan apa sebab saya nak kenal dengan pemilik butik ni.. boleh tak kalau cik jangan panggil saya dengan tittle Encik.. panggil Rayyan atau ray je.. " ujar lelaki itu pada Elina..
" baik lah Rayyan.. sekarang sila nyatakan apa tujuan sebenar awak.." Tanya Elina masih tak puas hati..
" macam ni lah Cik Helina Herman.." belum sempat lelaki itu menghabiskan ayat nya.. Elina memotong ..
" Sorry.. macam mana awak tahu nama saya.." Tanya Elina..
" seperti yang saya cakap tadi.. semua orang kenal cik.. Cik kan modeling terkenal..pemilik perusahaan yang terkenal dan pemilik butik yang sangat terkenal ..Gadis yang sangat cantik.. Dan merupakan usahawan muda yang terkenal.. betul kan apa saya cakap.." kata lelaki itu slamba..
Detail sungguh pengetahuan lelaki itu tentang diri nya.. membuatkan Elina mati akal ..siapa lelaki itu ..
" wow.. hebat nya awak ni..semua awak tahu ..by the way..thanks..untuk semua yang awak katakan.." kata Elina tersenyum..
Rayyan terpegun melihat keayuan gadis yang bernama Helina.. Senyuman nya sahaja sudah mampu membuat degupan jantungnya berdegup kencang..
" tak apa cik.. saya nak kenal dengan cik..boleh kan..??" tanya rayyan..
" nak berkenalan..urmm.." Elina sengaja tidak meneruskan kata kata nya..
" tak apa la cik..kalau cik tak sudi nak berkawan dengan saya..saya tahu saya tak layak jadi kawan cik..betul kan.." Rayyan lalu mengorak langkah nya berkira mahu pergi ..namun langkah nya terhenti di saat Elina memanggil namanya..
" ehhh...Rayyan.. tunggu..saya tak cakap pun yang saya tak nak berkawan dengan awak.." kata Elina sedikit rasa bersalah..
Rayyan cuba mengawal senyuman nya..padahal dihati sudah berbunga bunga..mana tak nya.. sudah lama dia ingin cuba untuk mendekati gadis itu..namun setiap kali dia melihat gadis itu..pasti lidah dia terkelu tak tahu nak kata apa..Pernah satu kali dia berdepan dengan Elina..masa di sebuah restaurant ..masa tu zul yang menegur Elina dan kawan nya..dia pula tidak berkata apa.. fokus nya hilang saat matanya bertembung dengan mata Elina.. seperti ada sesuatu yang masuk ke dalam diri nya.. Baru sekarang dia memberanikan dirinya untuk mendekati gadis itu lalu menyapa nya..
" betul cik sudi nak berkawan dengan saya.." rayyan cuba bertanya mahukan kepastian..
" kalau saya cakap tak sudi nanti ..ada orang akan cakap saya sombong..pilih pangkat darjat ..tak mahu berkawan dengan orang sebarangan..tak ke habis saya..tak pasal pasal nanti saya kena cop perempuan sombong.." Elina cuba mengusik rayyan..
Usikkan Elina tadi membuatkan lelaki itu tersenyum..dan mungkin lelaki itu berfikir apa yang dia katakan tadi ada betul nya..
" awak ni..memang macam ni ke..i mean.. suka buat orang tertanya tanya dan suka mengenakan orang.."
" ehh..tak lah.. mana ada.." Elina cuba berdalih..
" ya lah tu cik Helina.." kata Rayyan
" jangan lah bercik cik dengan saya.. tadi awak minta jangan panggil awak dengan title Encik..macam tu la saya..saya tak nak awak panggil saya cik.. panggil El je.." Elina tersenyum..
" baik lah awak.. Urmm..jom kita keluar.." Rayyan cuba mengajak..
" keluar..nak kemana..tapi saya....."
" tak lama..sekejap je..dekat cafe depan tu je.." Rayyan menunjuk kearah cafe yang betul betul berada di depan butik Elina..
Lama Elina mendiamkan diri..dan rayyan masih menanti jawapan dari Elina..
" tak apa El.. kite orang ada..El pergi la keluar dengan Rayyan.. " kata Mia..dan Aida tersenyum..
Elina hairan melihat perangai dua bakal kakak ipar nya..Elina mengangkat keningnya tanda mahu kepastian dan penjelasan dari mereka berdua..
" kamu berdua ada apa apa nak cakap ke..??" Sekali lagi dia cuba mahu kepastian..Cepat cepat mia dan aida melarikan pandangan mereka dari Elina..
" dah dah.. kau pergi la..kesian rayyan tunggu kau lama.." kata mia lagi..
Elina terpaksa akur dengan permintaan kedua bakal kakak ipar nya itu..
" ok..aku pergi..tapi aku balik nanti..siap lah korang.." Elina memuncungkan mulutnya..
Rayyan yang dari tadi menjadi pemerhati hanya sekadar tersenyum melihat karenah tiga orang perempuan di depannya..
" jom.." kata Elina kepada Rayyan ..membuatkan lelaki itu terkejut..
" jom..maksudnya..awak sudi keluar dengan saya.." tanya Rayyan mahukan kepastian..
" yess.. jom la..nanti saya ubah fikiran baru padan muka awak.." sengaja Elina mahu mengenakan lelaki itu..
" ok..jom..jom.."
Rayyan terus membukakan pintu untuk Elina..
" silakan..cik Helina.." rayyan tersenyum manis..
Elina membalas senyuman Rayyan..
" manis nya senyuman gadis ni.." getus hati kecil Rayyan..
Mereka berdua berjalan beriringan menuju ke cafe yang dicadangkan oleh Rayyan..Mia dan Aida ketawa puas.. Segala yang dirancang menjadi lancar.. Sebenarnya.. pertemuan diantara Elina dan Rayyan adalah dirancang oleh mereka berdua..itu pun di atas persetujuan keluarga Elina sendiri.. Mereka mahu Elina dijodohkan dengan Rayyan.. Rayyan pun bukan orang lain.. Rayyan anak kawan baik kepada Herman..bapa angkat Elina.. Rayyan juga merupakan sepupu kepada Mia..kawan baik Elina.. Lagi pun Rayyan juga memang minat pada Elina..lebih lebih lagi bila Mia selalu menceritakan kisah Elina pada nya.. Disebabkan itu lah Rayyan teringin sangat mahu mengenali gadis itu dengan lebih rapat lagi..
--------------------
" Emm.. Helina.. boleh saya tanya awak satu soalan.." Tanya Rayyan..Dia membuat muka sedikit serius..
" Awak nak tanya apa..tanya la..kalau ada jawapan saya jawab..kalau tak ada..kita skip soalan...ok.." Sengaja Elina mahu mengusik lelaki itu..lagi pun dia memang seorang yang jenis tak pandai nak duduk diam..ada sahaja niat nakal nya mahu mengusik siapa sahaja di depan nya.. Tapi Elina menjadi takut saat dia teringat akan keluarga kandungnya.. Sungguh layanan dan perbuatan keluarganya selalu menghantui fikiran dan kehidupan Elina..
" ok ..macam ni..kalau saya jadi boyfriend awak..awak nak tak.. " Rayyan berterus terang..apa nak jadi..jadi lah..
Elina tersentak..seakan tidak percaya apa yang didengarinya sebentar tadi.. Gila ke apa mamat tu..baru kenal dah ajak aku couple..apa la mamat tu fikir.. Namun lamunan nya terhenti disaat namanya di panggil..
" hello..Helina.. Helina Herman.." Rayyan memanggil Elina yang tidak menjawab pertanyaan nya..
" ooohh..sorry... awak tanya apa pada saya tadi.." Elina cuba mahu memastikan apa yang lelaki itu katakan pada nya..
" saya tanya.. kalau saya jadi boyfriend awak..awak sudi ke.." Rayyan mempamerkan sebuah senyuman kepada Elina..
" awak..awak nak jadi boyfriend saya.. no..no..itu tak mungkin.." Elina menggelengkan kepalanya..
" tak mungkin..what are you mean.." Rayyan mengangkat keningnya mahukan jawapan yang tepat..
" maksud saya..macam ni.. mana boleh awak jadi boyfriend saya..padahal saya tak kenal awak pun..dan awak pun tak kenal saya..macam mana kalau saya dah berpunya atau awak yang dah berpunya..tak ke jadi masalah nanti..betul kan.."
" sebab awak tak kenal saya la saya nak awak jadi girlfriend saya ..supaya awak boleh kenal saya..dan saya akan lebih mengenali awak.. Untuk pengetahuan awak..saya tidak berpunya..dan tak akan ada masalah pada awak atau saya..kecuali..awak memang betul betul sudah berpunya.." Rayyan cuba menduga..
" tapi tetap saya katakan tak.. kalau betul awak nak kenal saya..ok ..kita kawan dulu..macam mana.." Elina pula yang bertanya..
" ok deal.. saya suka idea itu.. kita mulakan dari awal.. nama saya Rayyan..Rayyan bin Adam.. dan awak.." Sambil menghulurkan tangannya ..
Namun huluran tangannya tidak langsung disambut oleh Elina.. Rayyan yang menantikan tangan nya di sambut akhir nya ditarik..Rayyan mengukirkan segaris senyuman pada Elina..
" Rayyan bin Adam..nice.. Oohh..kenalkan..nama saya Helina Herman binti Ehsan.." Elina membalas lalu dia juga menghadiahkan satu senyuman manis pada Rayyan..
" Helina Herman..kenapa dia tidak berbintikan Herman..tapi berbintikan Ehsan..adakah dia...." Rayyan berkata didalam hati..siapa sebenar nya gadia itu..
Elina yang perasan akan tingkah laku Rayyan..lalu bertanya pada lelaki itu..
" hai..hello...kenapa awak diam.. ooohhh...i see... mesti awak fikir..kenapa saya tidak berbintikan Herman kan..lets me explain to you.." kata Elina lembut..
Rayyan tidak menyangka yang gadis itu dapat meneka apa yang sedang bermain di fikiran nya..
" kalau awak tak kisah..awak boleh terangkan..saya ok.." kata Rayyan..
" sebenar nya..saya ni..anak angkat kepada papa.. sebab tu nama saya tidak berbinti kan dia.. Ayah kandung saya nama dia Ehsan.. bukan Herman.. dan apa yang saya ada sekarang ni semua milik papa.. awak masih nak kawan dengan saya..saya tak ada apa apa tau.." Sengaja Elina ingin menduga lelaki itu..
Namun Rayyan hanya tersenyum.. Elina pula hairan kenapa dia tersenyum..
" saya tak kisah lah awak berbintikan siapa.. saya ikhlas nak berkawan dengan awak.. lagi pun saya memang dah lama sukakan awak.."
" lama sukakan saya..maksud awak..saya tak faham..sejak bila.." Elina bertanya pada Rayyan..
" awak ingat tak lagi..masa awak pergi rumah saya dengan mia beberapa tahun lepas..awak ingat lagi tak lelaki yang suka kacau awak masa kat overseas dulu..dan awak ingat lagi tak ..waktu dekat restaurant ada dua orang lelaki yang tegur awak dengan mia..awak ingat tak.."
Elina diam..cuba mengingati apa yang Rayyan kata padanya.. Tidak lama kemudian Elina bersuara kembali..
" oooo..jadi awak sepupu mia.. anak pak su mia.. budak lelaki yang suka mengunakan jaket biru yang ala ala kpop..dan awak lelaki yang tidak pandai nak senyum ..antagonis.." kata Elina slamba..
" amboi..sedap dia je panggil jaket biru ala kpop ..antagonis la.. Sepupu mia tu je yang betul..yang lain semua salah.. Pertama..jaket biru itu favorite saya..dan antagonis tu tak..saya bukan antagonis..saya orang baik baik.." Kata Rayyan..
Elina tergelak kecil mendengar akan pengakuan lelaki itu..
" ok..saya minta maaf sebab panggil awak antagonis..tp betul apa saya cakap..dah la tak pandai nak senyum..nak menegur pun payah.."
Elina tersenyum sengih..
"mana ada.. itu semua tak betul.."
Mereka berdua tergelak disaat masing masing tak mahu mengalah..
" rasanya dah lama kita kat sini..kesian staff saya ..jom balik.." ujar Elina..
" ok..jom..saya hantar awak balik.." Rayyan mempelawa nya..
" eh..tak apa..lagi pun bukan nya jauh..depan tu je..by the way..thanks for..coffee.."
" sama sama..tapi saya tetap akan hantar awak sampai depan butik awak.. nanti apa pula yang staff awak cakap lebih lebih lagi mia dan aida.." ujar Rayyan sedikit risau.. ya la..walaupun tak jauh..dia kena hantar Elina balik kesana semua sendiri..sperti yang sedia maklum..Dia sudah di ingatkan untuk tidak membiarkan Elina berjalan sendiri.. dengan siapa dia keluar dengan orang tu juga dia balik..
Share this novel