BAB 18

Drama Completed 6235

Elina dan Mia berjalan menuju ke sebuah cafe.. Elina menghubungi Mia sebelum keluar pagi tadi.. Hanya Mia sahaja yang boleh membantu nya saat ini..Mereka masuk ke sebuah cafe.. Suasana di cafe agak sedikit tenang..mungkin masih terlalu awal.. Mereka memesan latte coffee sahaja.. Seperti biasa dua gadis itu memang hanya akan minum coffee di awal pagi..

" El.. apa yang mustahak sangat kau nak jumpa aku awal pagi macam ni.." tanya Mia lembut..

" sebenar nya mia.. Aku ada masalah sikit.."

" masalah.. cerita la kat aku El..mana tahu aku boleh tolong kau.."

" mia..kau ingat lagi tak aku pernah cakap kat kau pasal harta pusaka arwah atuk aku..kau ingat tak.." Elina cuba mengingatkan Mia..

" Ingat......tapi kau...tak cerita lagi..apa kaitan harta pusaka tu dengan kau.." Tanya mia pelik..

" sebenar nya.. arwah atuk aku ..dia wariskan semua harta harta tu kat aku.. disebabkan aku cucu sulung dia.. dan dia pernah pesan kat aku..untuk jaga semua tu dan usahakan harta pusaka dia kearah kebaikan..dia letakkan semua kepercayaan nya pada aku Mia.. "

" dah tu El.. kalau kau waris sebenar kenapa ..yang ni aku nak minta maaf dulu.. aku harap kau tak tersinggung dengan apa aku nak cakap ni.." Mia meminta maaf terlebih dahulu..

" cakap je mia.. aku tak akan marah.." kata Elina..

" aku nak tanya la.. kalau kau memang waris sebenar harta pusaka atuk kau.. kenapa mak ayah kau tak suka kau..sepatutnya diorang jaga kau..bukan seksa kau.. aku hairan la El.. "

" kalau kau nak tahu Mia.. Masa aku masih dekat overseas dulu.. aku terima satu surat dari peguam arwah atuk aku.. Dalam document tu cakap.....aku ni...bukan...anak Ehsan mia.."

" chop chop..El.. bukan anak pak cik Ehsan..maksud kau..??"

Elina pun menyerahkan sebuah document pengesahan kepada Mia.. Teragak agak Mia mahu mengambil document dari Elina..namun dia gagahkan diri juga untuk melihat apa isi document itu.. Mia membuka helaian demi helaian document tersebut satu persatu.. Tiba di satu muka surat.. Riak wajah Mia berubah.. di dalam document itu atuknya mengesahkan yang Elina bukan anak pak cik Ehsan tapi dia anak kepada arwah abang pak cik Ehsan.. Ibu dan ayah kandung Elina telah lama meninggal akibat kemalangan jalan raya.. masa tu Elina baru berumur lima bulan lebih.. Semenjak kematian orang tua Elina.. atuknya menjaga Elina dengan penuh kasih sayang.. Dan atuknya meminta agar Ehsan mengambil Elina sebagai anak angkatnya.. Nama ayah Elina ditukar kepada nama Ehsan..untuk mengelakkan Elina tahu siapa dirinya yang sebenar..

Sebelum atuknya meninggal dunia..Elina berumur 10 tahun.. atuk nya telah mewariskan semua harta pusaka milik ayah dan ibu kandung Elina kepada Elina.. tetapi Ehsan dan isterinya tidak tahu bahawa harta itu sememang nya milik keluarga Elina..mereka menyangka harta itu milik ayahnya.. Di sebabkan harta warisan itulah..Elina didera..disiksa dan sebagainya.. Dan akhirnya Elina dihalau dari rumahnya sendiri..

" El.. kenapa kau tak ambil tindakkan.."

" aku bukan tak nak mia.. tapi aku takut.. mereka ugut aku.. kalau aku ambil tindakkan undang undang mereka nak bunuh aku.." Kata Elina agak sedikit perlahan takut kalau ada yang dengar..

" kau ada bukti diorang ugut kau.." Tanya Mia..

" kau baca ni.." Elina nyerahkan telefon bimbit nya kepada Mia..

Mia mencapai telefon bimbit Elina.. Lalu dia membaca setiap mesej yang dihantar kepada Elina..

" Sekarang kau dah tahu kenapa mereka nak sangat tengok aku terseksa...mereka cuba untuk membunuh saya supaya harta pusaka tu jatuh ketangan mereka.. Kalau mereka nak semua tu..mereka boleh minta dari aku dengan cara yang baik.. Atau saya sendiri yang akan berikan semua tu pada mereka.. aku sayang mereka Mia.." Airmata yang dari tadi di tahan akhirnya jatuh jua membasahi pipinya..

" sabar El.. kau kena lebih hati hati lepas ni.. mungkin aku tak dapat nak tolong kau dari segi lain..tapi aku akan selalu berdoa untuk kau..aku akan selalu ada dengan kau..dah jangan nanggis..nanti orang tengok malu tau.. anak dara nanggis awal pagi.." Mia tersenyum nipis cuba mahu memujuk Elina dan menyerikan keadaan yang tadi tegang..

" thanks mia.. kau banyak tolong aku..sekarang aku susah kan kau untuk dengar semua ni.."

" tak apa El.. lagi pun kita kan kawan.. kau kena ingat.. Seorang sahabat tak akan biarkan sahabat nya susah.. Kau ingat lagi tak janji kita dulu.. Susah sama sama..senang sama sama.." Mia menghadiahkan segaris senyuman kepada Elina..

" aku ingat semua tu..kan best kalau Sham masih ada dengan kita..aku rindu sham mia.."

" aku pun rindu sham juga El.. apa kata hujung minggu ni ..kita pergi menziarah kubur Sham nak tak.."

" boleh juga.. nanti kita pergi ok.."

Mereka meneguk sisa air coffee tadi dan mereka pun berlalu pergi meninggalkan cafe tadi.. Masing masing membawa haluan masing masing.. Miake pejabat..Elina pula seperti biasa..dia akan ke butik dulu..

------------------//-----

Mia melangkah masuk ke pejabat nya.. Di pejabat dia terserempak pula dengan tunang nya Hafiz.. Abang Elina..

" Hai sayang.. how are you today..i miss you so much.." bisik Hafiz kepada Mia..

" Hai..bila sampai..tak bagitahu pun.." Mia berdalih topik.. Dia malu mahu menjawab soalan dari lelaki itu lebih lebih staff yang lain memandang ke arah mereka..

" lain yang abang tanya lain pula yang sayang jawab..Abang cium kat sini nanti baru padan muka.." Hafiz tergelak ..Suka dia mengusik Mia di pejabat.. Dia suka tengok gadis itu malu malu kucing..

Mia yang mendengar perkataan "cium" terus mukanya terasa panas.. Tidak semena mena..lengan Hafiz menjadi mangsa cubitan nya.. Lelaki itu ketawa puas melihat perlakuan tunangnya..

" awak jangan macam macam kat sini.. kita belum sah lagi tau.. jaga sikit perangai tu.." bisik Mia lalu menghadiahkan satu lagi cubitan dilengan lelaki itu..

" ouchh sayang.. sakit la.."

" tu la..jangan nak mengatal sangat pagi pagi macam ni..kan dah kena .." Kata mia perlahan sambil mulutnya dimuncungkan tanda merajuk..

" Ala ..sayang.. abang mengatal pun dengan bakal isteri sendiri.. Sayang..tengah hari nanti ..ikut abang.." Pinta Hafiz..

" nak pergi mana.." Mja bertanya..

" adalah.. surprise .. see you later babe.." Hafiz berlalu pergi..sempat lagi dia menghadiahkan flying kiss kepada Mia yang tersipu malu..

Mia pula..menayangkan penumbuk kepada Hafiz.. semakin galak Hafiz membuat flying kiss..menyebabkan staff di pejabat itu tersenyum senyum.. Mana tidak..pagi pagi lagi sudah tengok drama cintan cintun.. Mia pula menahan malu melepasi staff disitu menuju kebilik nya..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience