BAB 4

Drama Completed 6235

Seperti hari-hari nya yang lain..Elina bangun awal untuk menyiapkan sarapan pagi buat keluarga nya.. Setiap hari ..sarapan ..makan tengah hari..makan malam dan macam-macam kerja yang Elina harus lakukan..kalau dia tak buat..dia akan di marahi..Sepatutnya gadis seusia dia..keluar berjalan-jalan..sambung pengajian..namun tidak bagi Elina.. tiada istilah sambung belajar..berjalan-jalan mahu pun kemana-mana.. Bukan nya dia tidak mempunyai cita-cita.. dan inginkan kehidupan sendiri.. Tapi hari itu merubah segala kehidupan nya.. hari itu juga dia di halau keluar dari rumah keluarga Encik Ehsan.. Awal pagi itu..sham datang jumpa El.. seperti biasa sham selalu bertanya khabar kepada Elina.. sedang mereka rancak berbual di halaman rumah.. Adiknya Erine ternampak kakaknya Elina sedang asyik berbual dengan sham..seperti sepasang kekasih yang melepaskan rindu..Tiba-tiba..niat jahat muncul di benak fikiran Erine.. Dia mahu Elina di marahi..dia cemburu melihat kemeseraan Sham dan Elina.. Erine yang juga menaruh hati pada Sham..jejaka tampan di kampung itu..Anak kepada ketua kampung.. Sungguh ketampanan lelaki itu mampu menarik perhatian mana-mana gadis di kampung itu..tapi Sham hanya mencintai Elina.. Namun perasaan itu tidak pernah di luahkan nya..biar lah dia hanya sekadar teman bagi Elina..
Dengan perasaan yang cemburu.. Erine pergi ke arah mak dan ayah nya yang berada di ruang tamu untuk mengatakan Elina dan Sham melakukan perkara yang tidak senonoh..

" mak..ayah.. cepat itu akak.. ada sesuatu yang akak nak tunjukkan pada mak dan ayah.." kata Erine sambil tersenyum puas..pasti Elina akan di marahi nanti..

Ehsan dan Manisah bergegas mengikuti anak nya Erine..untuk mengetahui apa yang berlaku.. saat tiba di muka pintu.. Ayah nya Ehsan melihat Elina dan Sham sedang bergelak sakan.. Apa lagi mak nya Manisah..terus menjerit memanggil nama Elina..

" elina..elina..!!! ooo...disini rupa nya kau ya.. patut aku cari kau tak ada.. rupa nya kau sedang bermadu asmara di sini..kurang ajar punya budak..siap kau!!!!" marah ibunya pada Elina..

Sham dan Elina terkejut akan panggilan itu membuatkan mereka berdua mati akal.. sham pula..elina suruh pergi..tak mahu dia Sham tengok dia di pukul.. Tapi Sham tidak berganjak..

" sham ..pergi sham.. pergi cepat.." rayu Elina..

" macam mana aku nak tinggalkan kau seorang..lagi pun kita tak buat salah apa pun..kita cuma berbual sahaja..biar aku yang bagi tahu mak dan ayah kau ok.." pujuk Sham..

" tapi sham.. aku tak nak kau kena pukul dengan bapa aku.. yang lain nanti aku uruskan lah ..kau pergilah sham..please..." kini Elina merayu kepada sham..

Sham yang mendengar rayuan Elina pun pergi meninggalkan Elina..namun dia tidak terus pulang..dia berselindung di sebalik pokok besar yang tidak jauh dari rumah Elina..takut kalau-kalau Elina di apa-apakan nanti dia boleh lari balik menolong Elina..
Manisah datang lalu memukul Elina.. Eshan pula membawa sebatang kayu.. Elina yang merayu-rayu kesakitan tidak di dengari lagi.. tidak sampai hati sham melihat Elina di perlakukan sebegitu.. pantas dia berlari di saat Ehsan sudah mengangkat kayu hendak di pukul kepada Elina..namun pantas Sham menghalang nya..

" pak cik..pak cik.. berhenti..jangan pukul Elina lagi.." rayu sham ..

" kalau kau tak nak kena tibai dengan kayu ni..kau blah sekarang" bentak Ehsan marah..

" kalau pak cik nak pukul juga..pak cik pukul saya sekali.. saya yang ajak Elina berbual kat sini tadi pak cik..mak cik" Sham cuba menghentikan amarah Ehsan dan Manisah..

" baik lah.. aku tak akan pukul kau..atau pun dia.. tapi aku nak ..dia keluar dari rumah aku sehelau sepinggang.. aku tak nak tengok muka dia lagi.. sebelum dia menconteng arang ke muka saya..lebih baik dia keluar dari rumah aku.." kata Ehsan kepada Elina..

" ayah... tolong lah..jangan halau el..el merayu sangat kat ayah..mak..tolong el.." rayu Elina meminta simpati kedua orang tua nya..

" aku tak kira..aku nak kau berambus dari sini.." bentak Ehsan lagi..

" kalau el pergi dari sini..el nak duduk mana ayah.. tolong lah el mak..pujuk ayah..jangan halau el.." rayu Elina lagi sambil melutut di kaki mak nya..

" lepas lah bodoh!!!... siapa mak kau.. ada aku peduli kau nak duduk mana..dasar budak tak kenang budi..berambus kau!!" marah Manisah lalu menolak Elina jatuh..

" mulai saat ini..detik ini..kau bukan lagi anak aku.. aku tak pernah ada anak macam kau".. kata Ehsan pula.. Sungguh pujuk rayu Elina tidak diperdulikan..tanggisan Elina langsung tidak di endahkan oleh nya..mahupun isterinya Manisah..yang dia tahu.. dia tak nak tengok lagi muka anak nya itu..

Sham merasa sedih dan terkilan akan tindakkan Ehsan dan Manisah yang sanggup menghalau anak nya tanpa membiarkan anak nya memberi penjelasan..Melihat keaadaan Elina yang menanggis sambil menahan kesakitanya menambahkam lagi pilu di hatinya..

" dah el.. jom ikut aku.. aku bawa kau jumpa mia.." ujar sham lalu menghulurkan tangan nya kepada Elina.. Elina hanya mengikut sahaja kemana Sham membawa nya.. baginya dia kini hanya sebatang kara.. tiada lagi tempat menumpang.. perkara kecil yang terjadi begitu di anggap besar oleh kedua orang tua nya.. Elina yang hanya menanggis sepanjang perjalanan menuju ke rumah mia membuatkan Sham tak mampu hendak memujuk nya lagi..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience