BAB 22

Drama Completed 6235

Beberapa bulan telah berlalu..Elina sudah beransur pulih..cuma ingatan nya sahaja yang masih tidak dapat mengingati semua perkara.. Perkahwinan diantara Hafiz dan Mia tetap dilakukan..di atas permintaan Elina sendiri..meskipun dia tidak dapat mengingati apa apa.. Dan Aida juga di sahkan hamil dua minggu.. Kemeriahan majlis dirumah kediaman Tuan Herman dengan tetamu yang datang.. Selesai sesi bergambar..Elina meminta izin untuk duduk di luar..dan keluarga nya juga tidak memaksa dia malah memberikan ruang untuk Elina menyesuaikan diri.. Untung sekali dia tidak buta..

Elina duduk termenung di luar rumah.. Elina bukan lagi seorang gadis yang ceria..periang seperti dahulu.. dia banyak menyendiri..mungkin disebabkan ingatan nya.. Rayyan melihat Elina duduk bersendirian.. Tergerak hati nya mahu mendekati Elina.. Lamunan Elina juga terhenti di saat dia di sapa oleh Rayyan..

" Hai ..awak..boleh saya duduk sini.." pinta Rayyan..

Elina hanya tersenyum lalu mengangguk tanda mengizinkan lelaki itu untuk duduk disampingnya..

" awak.. kenapa awak nampak macam sedih.." Rayyan cuba menduga..

" Saya sedih..sebab saya tak mampu untuk mengingati siapa saya..dan siapa mereka..kenapa saya di sini..dan kenapa saya jadi macam ni.." Air mata yang dari tadi ditahan ..akhirnya jatuh jua..membasahi pipinya..

Rayyan lalu bingkas bangun dan melutut di hadapan Elina..sambil tangan nya mengesat air mata Elina dari terus mengalir..Soalan yang di ajukan Elina bertalu talu tidak langsung dijawab nya..dia sendiri juga tidak tahu untuk menjelaskan nya seperti mana..

" Awak...suusshhh... jangan nanggis.. saya mungkin tak dapat jelaskan siapa awak.. tapi saya cuba untuk bantu awak.." pujuk Rayyan

" macam mana awak nak bantu saya kalau awak tak tahu siapa saya..dan saya tak tahu siapa awak.." kata Elina perlahan..

" suatu hari nanti awak akan kenal siapa awak dan siapa saya.. Saya bukan lah lelaki yang sempurna untuk awak.. tapi saya mahu awak tahu.. yang saya akan selalu ada di sisi awak.. I love you Helina.. dari pertama kali kita berjumpa.. mungkin awak tak ingat.. tapi.. Sudikah awak menjadi permaisuri di hati saya.." Rayyan melamar Elina ..bukan dia mahu mengambil kesempatan kepada gadis itu.. tapi dia mahu jadikan Elina..halal buat nya..dia mahu menjaga Elina sehingga Elina sembuh..

" maaf awak.. saya tak dapat beri jawapan saya sekarang.. saya takut saya akan lukakan awak nanti.. saya mungkin bukan wanita yang baik untuk awak.." Elina menolak lamaran Rayyan..

" awak jangan cakap macam tu.. Saya ikhlas nak jadikan awak sebagai isteri saya.. saya janji akan jaga awak sebaik yang mungkin.. lagi satu.. tentang lamaran saya..awak fikirkan lah dulu.. saya akan tunggu jawapan dari awak.." Rayyan menghadiahkan segaris senyuman pada Elina..

Elina juga membalas senyuman Rayyan.. Mereka berkongsi cerita.. macam macam cerita yang mereka kongsi..ada kala mereka terlihat ketawa.. Gelagat mereka diperhatikan ahli keluarga Elina dari jauh..

" tengok bang.. Ini kali pertama saya tengok El ketawa macam tu..saya rindu anak kita yang periang dulu bang.." kata Hidayah..

" abang pun sama yah.. abang rindu perangai kebudak budakkan dia.. kita doakan semoga dia akan ingat kembali memori dia bersama kita..atau mungkin kita akan mencipta memori baru dengan nya.." ujar Herman..

Sungguh mereka berasa sangat senang dengan perubahan Elina setakat apa yang mereka lihat.. cukup lah sekadar dapat melihat Elina ketawa tersenyum walaupun dari jauh..

-------------------------

Setiap pagi setiap malam Rayyan akan menghantar pesanan ringkas atau menghubungi Elina.. Sedikit demi sedikit..terputik jua bunga bunga cinta mereka.. Makin lama makin serasi mereka dengan sikap masing masing.. Elina sudah kembali bekerja seperti biasa namun dia akan di jemput dan di hantar oleh Rayyan..dan kemana sahaja ..mereka akan bersama.. Hubungan mereka juga di ikat dengan ikatan pertunangan..hubungan mereka di restui kedua belah keluarga mereka.. Namun pernikahan mereka akan di langsungkan enam bulan lagi..

Elina masih lagi bersiap siap di meja soleknya.. namun solekkannya terhenti apabila telefon nya berbunyi.. Seperti biasa setiap pagi Rayyan yang akan menghubunginya..

" assalamualaikum sayang..how your feel today.."

" waalaikummussalam biey.. Sayang okey je hari ni..biey macam mana..sihat.."

" biey sakit la sayang.." kata Rayyan sambil membuat suara sakit..

" sakit.. sakit apa..kenapa tak bagi tahu sayang awal awal..isshhh.. sayang pergi rumah biey ok.." kata Elina sedikit cemas..

Namun kedengaran bunyi Rayyan ketawa di hujung talian membuatkan Elina curiga..

" sayang.. biey sakit sebab biey rindukan sayang.." gurau Rayyan sambil menahan ketawa nya.. Tidak sah kalau dia tidak membuatkan gadis itu cemas..dan setiap kali dia akan selalu mengusik Elina..

" awaaaaakkkk.... jaga awakk nanti..buat risau je.." kata Elina sedikit tegas..

" ala sayang.. gurau pun tak boleh.. sayang dah ready.. biey jemput sayang kat rumah ya.."

" gurau tak salah la.. tapi jangan buat orang risau.. Sayang dah siap dah.. biey datang la..hati hati di jalan.. bye ..assalamualaikum.."

" waalaikummussalam sayang.. eh sayang..kejap.."

" ya ..kenapa.."

" i love you.. you love me.."

" i love you more my boo..."

Kedengaran Rayyan ketawa.. kemudian panggilan di matikan.. Elina tersenyum senyum sambil menyambung solekkannya.. Puan Hidayah menyapa anak nya dari luar bilik Elina..

" hai anak mama.. happy je..boleh mama masuk.."

" ma..masuk la..El tengah siap..nak keluar dengan Rayyan..boleh ke ma.." pinta Elina..

" patutlah anak mama ni tersenyum sampai ke telinga ..nak jumpa buah hati rupanya..mama izinkan..tapi dengan syarat.."

" ok..apa syarat nya.." Elina tersenyum manis..

" syarat nya.. Elina kena jaga diri .. dan.. jangan terlalu letih ..ok anak mama.."

" ok boss.. El setuju.." Lalu mencium pipi ibunya..

" ma.. mungkin sekarang ni El tak ingat apa apa.. tapi El sayang mama.." Elina memeluk mamanya sepuas hatinya.. Pelukkan nya dibalas Puan Hidayah.. Meski pun dia sedikit sedih..namun dia tabahkan hatinya untuk Elina..

" aik..sayang mama je ..dengan kakak kakak ni ke.." kata Mia..

Elina dan mamanya ketawa..

" masuk la mia.. kak Aida.." kata Elina..

" opppss.. bukan mia.. Kak Mia.." Mia mengenakan Elina..meskipun dia sebaya dengan Elina namun dia berpangkat kakak ipar kepada Elina selepas menikahi abang nya..

" hehe..sorry kak mia.." ujar Elina..

Mereka berempat ketawa.. kandungan Aida yang sudah masuk ke tujuh bulan.. dan kini..Mia pula yang hamil..kandungan Mia sudah pun dua bulan.. Mereka akan menerima dua lagi orang baru.. Elina apa lagi..memang dia yang paling excited ..

" oohh ya..El.. Rayyan dah sampai tau.." kata Aida..

" Ye ke kak..ok.. El turun dulu.. assalammualaikum ma..kak Aida..kak Mia..bye.. love you all..muahh.." ujar Elina..

" bye..hati hati tau..waalaikummussalam El.." kata Puan Hidayah..

" jom kita turun.. " ajak Puan Hidayah..

Mereka bertiga turun bersama.. Sesekali Puan Hidayah berpaling..takut takut kalau menantunya kenapa kenapa..

" hati hati Aida ..Mia.. kalau macam ni la..mama ingat nak kamu berdua guna kan bilik di tingkat bawah.. nanti mama minta tolong kak som kemas dua bilik kat bawah tu.. senang kamu berdua mahu kemana mana.." bebel Puan Hidayah..

" kami ok je ma.. asalkan selesa.." kata Aida.. Mia cuma mengganguk..

" nanti mama cakap dekat Harris dan Hafiz.. mama bukan apa.. mama nak menantu mama selesa dan senang pergi ke mana mana.. Jaga cucu mama baik baik tau.." kata Puan Hidayah Lagi..

" thanks ma.. kami sayang mama.." kata Mia..

Mereka duduk di ruang tamu .. bercerita macam macam.. Riuh rendah rumah tu dengan suara senda gurauan mereka bertiga..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience