Setiba di rumah.. Mia menghempaskan badan nya ke atas sofa.. Fikiran nya masih lagi terkenangkan perkara yang berlaku pada elina siang tadi.. Siang tadi Mia datang melawat Elina di butik nya.. Masa dia berjumpa dengan Elina.. Elina kelihatan tidak berapa sihat.. Dia juga sudah memujuk Elina untuk pergi berjumpa dengan doktor tapi Elina menolak..katanya dia tidak apa apa..Saat mereka hendak keluar makan tengah hari.. Elina pengsan.. dan Elina telah ditahan di wad .. Mia tidak tahu apa yang membuatkan Elina seperti itu..dia kelihatan seperti banyak mengalami tekanan..
---------------
" maa... "..panggil Elina perlahan ..mungkin di sebabkan dia baru sedar..
" ya sayang ..anak mama.. El dah bangun.." kata Hidayah lembut..
" El kat mana mama.."Tanya Elina..
" El..kat hospital nak..Mia yang hantar El ke mari..Mia cakap El pengsan masa nak pergi keluar makan tengah hari tadi .. kenapa El tak bagitahu mama kalau El tak sihat..Hidayah cuba menduga..
" tak tahu ma.. El rasa tak sedap badan beberapa hari ni.. kepala El sakit sangat.." kata Elina perlahan..
" El ..mama nampak El macam stress je..El tak ada benda nak share kat mama.." Hidayah cuba hendak menduga lagi..
" maksud mama.." Elina seakan dapat menangkap sesuatu apa yang mama nya maksudkan..
" tak ada la..mama pun ada perasan juga.. dua tiga hari yang lalu ..El nampak macam ada masalah.. El tak nak cerita kat mama..atau..macam ni.. kalau El tak sedia nak cerita kat mama.. mama boleh tunggu sampai El nak ceritakan pada mama ok sayang.." Hidayah mencium dahi Elina..setitik air mata nya terkena dahi Elina..
" mama..kenapa mama macam nanggis.. mama.." tanya Elina..
" Tak ada apa El.. mama cuma rasa ..mama gagal jadi mama yang baik untuk El.. bukti nya..mama buat El sakit.." Kata Hidayah.. memang dia merasakan sedih yang teramat sedih ..
" mama.. bukan salah mama pun .. mama lah mama yang terbaik untuk El.. El bukan nya sakit teruk pun mama..cuma sakit kepala biasa je kan..tengok El dah sihat.." kata Elina...
" ok ok.. mama tahu ..el kuat.. tapi el kena rehat juga.. tak payah pergi kerja buat sementara waktu ni.. lagi pun.. kalau tak ada masalah.. Esok pagi El boleh discharge ..kata Hidayah kepada anaknya..
" ya ke mama.. bagus lah.. lama lama kat sini bosan.." ujar Elina..
Elina mungkin boleh sembunyikan masalah nya..tetapi dari air mukanya..Hidayah sudah pasti anak nya ada masalah..Dan malam itu dia ada bermimpi kan perkara yang sama..dia bermimpi dia akan dibunuh..
" jangan..jangan bunuh saya..saya merayu..tolong....!!!! " elina tersentak..
Puan Hidayah yang mendengar jeritan anak nya lalu cepat cepat dia mendapatkan Elina..
" hey..hey.. kenapa ni..El mimpi apa..siapa yang nak bunuh kamu..Elina.." Hidayah bertanya pada Elina..
" tak ada apa ma..sorry kalau El ganggu tidur mama.." kata Elina..
" betul tak ada apa apa ni El.. kalau macam tu..El sambung tidur balik nak.." Pinta Hidayah pada Elina..
-------------
Welcome back El..
Herman dan ahli keluarga nya yang lain membuat ketujan untuk nya..sebagai tanda kesyukuran bahawa Elina sudah beransur sembuh..
" Hai El.. adik abang.. adik nak apa apa.. nanti abang sedia kan.." tanya Hafiz kepada nya..
" tak.. thank you abang.. El cuma nak selalu ada di sini.." kata Elina sedih..
" kenapa El cakap macam tu.. macam El nak tinggalkan kami.." Harris pula yang bertanya..
" tak..bukan macam tu.. El cuma nak buat sesuatu sebelum ......mana tahu suatu hari nanti El akan pergi jauh.. El ..." tidak sanggup dia hendak meneruskan kata kata nya.. Dia sendiri pun takut akan keadaannya sekarang ini..
" El.. dengar cakap abang ni baik baik.. abang tahu apa yang El nak buat.. kalau boleh ..abang akan bantu El.. boleh kan.." pinta Hafiz
" betul tu el.. abang pun akan tolong El..tapi kalau El ada masalah ..El bagitahu kami.. jangan sorok sorok.. kita kan satu keluarga.." ujar Harris pula..
Elina hanya sekadar tersenyum sahaja.. Dia merasakan saat itu..semua kesakitan nya hilang.. apa yang dirasakan nya cuma kasih sayang dan kebahagiaan yang keluarga angkatnya berikan pada nya.. Namun dia masih belum bersedia mahu menceritakan masalah nya..tapi di satu sudut yang lain ..dia harus juga memberitahu..seperti kata Mia.. dia hanya ada dua pilihan.. berserah atau menerima takdir nya..
" Errr...ma..pa..abg harr..dan abg fiz.. El ada dua benda nak cakap pada semua..tapi sebelum tu El nak minta maaf sebab rahsiakan semua tu..El tak ada niat pun nak sembuyikan perkara sebenar..dan El nak ucapkan banyak banyak terima kasih pada semua sebab sudi terima Helina dalam keluarga ni..El tak akan mampu balas semua kebaikan keluarga ni..El cuma mampu berdoa..semoga Tuhan selalu melindungi keluarga ini.. selalu memberikan limpah rahmat untuk keluarga ni..dan hanya Tuhan yang mampu membalas semua kebaikan keluarga ni.." kata Elina dengan sayu..
Ahli keluarga yang lain sudah pun menunjukkan riak sedih kerana apa yang mereka dengar nanti mungkin akan membuatkan Elina pergi meninggalkan mereka.. Sampai ke saat ini..mereka masih belum bersedia mahu kehilangan dia.. Tapi siapa lah kita hendak menidakkan jika Dia sudah berkehendak..
" El.. cakap lah apa saja nak.. tapi El kena ingat..El akan selalu ada untuk kami.." ujar Hidayah perlahan seakan berbisik..namun masih boleh didengari..
" sebenarnya... El..ada masalah sikit..yang menyangkut akan kehidupan El.. kata Elina perlahan.
" maksud El..?? kami tak faham.." kata Hidayah..
" macam ni.. mama ingat lagi tak..Elina ada sebut pasal bunuh.. dan mama ada tanya El..siapa yang dibunuh dan kenapa mahu dibunuh.." tanya Elina cuba untuk mengingat kan mamanya..
" Ya..mama ingat benda tu.. tapi apa sebenar nya yang El cuba nak sampaikan nak.." kata Hidayah mahukan kepastian..begitu juga dengan ahli keluargannya yang lain..semua menantikan perkara yang Elina mahu sampai kn..
" ok.. macam ni.. sebelum Elina pergi sambung belajar dulu.. adik kandung Elina..ada datang sini cari Elina.. lepas tu .. mereka ada ugut El.. seminggu sebelum Elina berangkat keluar negara.. Mereka datang lagi..jumpa El.. tapi mereka datang cuba nak cederakan El mujur ada seseorang yang berhati mulia tolong El..selepas kejadian itu ..el selalu dapat mimpi ngeri..dalam mimpi tu ada seseorang datang jumpa El..orang tu selalu nak bunuh El tapi ada orang lain selalu datang selamatkan El..dan baru baru ni..el kerap bermimpi tentang benda tu.." ujar Elina..
" El..kenapa El tak pernah cerita benda tu kat kami..El tahu kan ..benda tu bukan perkara yang kecil.. itu melibatkan nyawa elina.." kata Harris sedikit marah..
" El bukan tak nak bagitahu bang..tapi el takut.. takut kalau yang lain menjadi mangsa..sebab tu el cuba sembunyikan.." kata elina teragak agak..
" El..kenapa dengan El.. El tak fikir ke..kalau apa apa jadi kat El..apa perasaan mama dan papa.. El..tak boleh macam tu..kami sayang El.. Sepatutnya El cerita pada kami.. itu melibatkan keselamatan Elina..lepas ni..El tak payah pergi butik atau ke pejabat ..El duduk kat rumah je..ok.." kata Hafiz..dia bimbang akan keselamatan Elina.. Harris dan Hafiz memang bersikap tegas pada Elina..apa apa perkara mereka mahu tahu.. bukan kerana mereka mahu mengongkong tapi itu lah kasih sayang seorang abang kepada adik..walaupun Elina bukan adik kandung mereka..semua itu bukan penghalang buat mereka untuk melindungi adik mereka Elina..
" tapi abang.. tak boleh la macam tu.. kalau El tak pergi ke keja siapa yang uruskan semua kerja El.
kalau di butik ada kak Aida..tapi El tak boleh la nak letak semua bebanan pada kak Aida..dan kalau pejabat.. El kena uruskan..lagi pun syarikat El ada projek baru..mana boleh El biarkan macam tu ja.." kata Elina membuat muka kesian..
" nanti abang akan uruskan semua tu..abang hafiz akan bantu abang cari kan seseorang untuk gantikan tempat el buat sementara waktu.. sampailah keadaan betul betul selamat buat El ok.." kata Harris..
" tapi bang.." elina cuba merayu..
" tak ada tapi tapi.." kata Harris dan Hafiz serentak..
Herman dan Hidayah yang dari tadi hanya menjadi pemerhati perbalahan diatara tiga beradik itu akhir nya mereka pula yang bersuara..
" macam ni.. El boleh pergi kerja tapi dengan syarat.." Herman cuba memberi penawaran bagi menyelesaikan masalah tiga beradik itu..
" syarat..syarat apa pa.." tanya Elina ingin tahu..
" syarat dia senang je..Elina serahkan kerja El dekat butik pada kak Aida..lagi pun Aida tak lama lagi akan jadi sebahagian dari keluarga kita.. kalau El nak pergi sana boleh..papa tak larang..lagi pun itu yang El minat..tapi El kena bawa bodyguard yang papa upah nanti..syarat yang satu lagi.. El boleh terus kerja dekat office El sendiri tapi.. Pulang dan balik Elina..Pak cik Mat akan hantar dan jemput El ..boleh.." tanya Herman pada Elina..
" mama setuju dengan syarat papa.. itu semua untuk kebaikan Elina.." tambah Hidayah lagi..
" tapi..."
" tapi apa El.. El nak buat pilihan..kalau El tak setuju dengan cadagan papa.. El kenala ikut apa yang kedua dua abang El cakap..mama tak boleh tolong tau.." Kata Hidayah cuba untuk memujuk Elina..
Elina terdiam seketika..mungkin dia sedang memikirkan sesuatu..kalau dia tak setuju dengan papa nya.. Dia terpaksa tinggalkan semua kerjaya nya..jadi semua usaha dia selama ini akan menjadi sia sia.. Nampak seperti Elina tiada pilihan..mahu tak mahu..dia terpaksa setuju dengan cadangan papanya..biarlah dia di temani bodyguard dan membiarkan Pak cik Mat hantar dan jemput dia kemana sahaja..daripada dia kehilangan kerjaya nya..
" Baik la..macam ni..El setuju dengan cadangan papa..asalkan El dapat terus berkerja.." kata Elina akur..
" good girl.. kalau macam tu.. mulai esok Elina akan ikut cadangan papa..dan esok papa akan call kawan papa..minta dia cari kan bodyguard untuk El.." kata Herman senang..
Lega mereka sekeluarga..setidak tidak nya..keselamatan Elina mungkin boleh terjamin.. Yang selebihnya mereka hanya berserah pada yang maha berkuasa.. Kita sebagai manusia hanya mampu merancang tapi Tuhan yang menentukkan semua itu..
Share this novel