Aku berlari kearah pintu utama apabila diketuk.Sapelah ketuk pintu rumah aku malam-malam sampai nak terlonggar skru nya ni?
"Dina!Ya Allah,penat.." terjengol muka Shazwan dipintu dengan keadaan tercungap-cungap.
"Eh,kenapa ni?"
"Adam...dia...dia.." berdebar aku apabila mendengar sebaris nama itu.
"Kenapa dengan dia?"
***********
"Adam,bawak bersabar!Ingat Allah,Adam!Jangan buat macam ni wei,neraka jahanam tempat kau nanti!" seorang lelaki menjerit dari atas membuatkan kaki aku lebih laju dihayun menaiki tangga.
Aku yang baru sampai diatas rooftop melihat keadaan dihadapan yang akan mengejutkan sesiapa sahaja.
"Adam,tolong jangan buat kerja gila woi!Ingat orang tersayang kau,family kau!Kau tak kesiankan diorang ker hah?!Kau taknak bahagia disamping diorang?Atau kau nak diorang menderita sebab dengar kematian kau?Pilih Adam,pilih!" jerit lelaki itu lagi seperti memujuk Adam.
Aku cuba berjalan kearah dia namun suara dia mematikan niat aku.
"Macam mana aku nak bahagia Shah,macam mana?Aku dah bunuh isteri aku sendiri." suara Adam bergetar seperti tengah menangis.
Kata-kata dia membuatkan nadi aku seperti terhenti.Apa maksud dia bunuh isteri sendiri? Aku yang dia maksudkan atau..orang lain yang menjadi isteri dia?
"Dua tahun Shah,dua tahun aku rasa bersalah.Aku langgar dia,aku tinggalkan dia macam tu jer.Aku dah cuba lupakan tapi tak boleh Shah!Aku rasa macam nak mati!
Hari-hari aku cuba bunuh diri sampai satu hari aku terjumpa dengan isteri aku sendiri di kolej.Kau boleh bayangkan tak,orang yang aku langgar dulu,isteri aku Shah!Isteri aku!" dia menarik rambut yang masih berwarna kelabu itu.
"Dalam senyap aku tinggalkan dia dan aku harap dia bencikan aku satu hari nanti.Tapi tak,aku tak dapat kawal diri aku untuk dekat dengan dia Australia.Aku menyamar jadi orang lain,dan dia bagitahu dekat aku yang dia sayangkan aku,Shah." kemudian dia ketawa perlahan.
Aku pandang lelaki yang aku jumpa di hospital haritu dan dia jugaklah yang jerit tadi.Seperti faham isyarat aku yang ingin memujuk dia,Shah mengangguk.
"Saya tak marahkan awak,Adam." semua mata memandang kearah aku termasuklah Adam yang membelakangkan aku tadi.
"Di..Dina?"
"Kalau sekarang awak simbah asid dekat saya ataupun awak bunuh dengan pisau,demi Allah saya sumpah,hati saya masih sayangkan awak,Adam Mirza." tanpa dipinta air mata mengalir dipipiku.
"Awak tahu tak kenapa awak langgar saya?Sebab itu permulaan pertemuan kita.Allah sudah aturkan kisah kehidupan kita." aku tersenyum dalam sebak.
"Awak tak kesiankan anak kita ker?Setiap hari dioarang tanya,mana papa?Awak tak kesiankan saya?Hati saya tetap terbuka untuk awak,Adam.Please,come here." aku menghulurkan tangan supaya dia mendekati aku.
Adam seperti terpujuk mula berjalan dengan perlahan kehadapan."Anak?You mean,I'm daddy?"
Aku mengangguk sambil mengangkat kepala memandang dia yang lebih tinggi dariku.
"Medina,saya..." belum sempat ayat dia dihabiskan,aku terasa pelukan dipinggang semakin longgar.
"Adam!"aku terduduk apabila tertarik dengan badan dia yang sudah jatuh pengsan itu.
" Mangsa berjaya diselamatkan.Diminta ambulans datang keatas dengan segera,mangsa mengalami sesak nafas."Shah bercakap melalu walkie talkie sebelum menerpa kearah ku.
"Adam,jangan tinggalkan saya.Adam!"
************
"Mama,kenapa orang baik selalu mati awal?" aku pandang mata bulat kembar itu.Harini genap dua tahun umur mereka.
"Antara bunga mawar dan bunga tahi ayam,Faris dengan Farisha pilih yang mana?" soalan mereka sengaja aku balas dengan soalan balik.
"Mestilah bunga mawar!" jawab si abang dan disetuju si adik.
"Sebab apa?" tanya aku lagi.
Mereka berpandang sebelum menjawab."Sebab dia wangi dan cantik!"jawab mereka serentak.
Aku tergelak kecil. "Haa,samalah jugak dengan sekarang ni.Allah memilih hambanya yang baik sebab Allah suka orang yang baik.Tapi tak semestinya Allah tak sayang orang jahat,cuma masa diorang lebih panjang sebab Allah nak mereka taubat.Jadi anak mama ni kenalah buat baik selalu supaya Allah sayang,faham?"
Mereka berdua mengangguk dengan mulut yang membulat."Dah,tabur bunga ni atas kubur,lepasni kita nak pergi rumah nenek dengan wan kan?"
Arahan aku diikut mereka.Angin tenang membuai ditanah perkuburan itu.
"Sayang..." satu suara menegurku dari belakang membuatkan kepalaku memandang kearah tersebut.
Jelas wajah Adam yang tersenyum.Aku membalas senyuman tersebut dengan ikhlas sekali.
"Papa!" jerit mereka dua sebelum berlari kearah Adam yang duduk mencangkung sambil mendepakan tangannya untuk memeluk mereka berdua.
"Assalamualaikum, Jannah." aku pegang batu nisan yang terpacak ditanah itu.
"Aku rindu kau dengan Muaz.Andainya kau ada dekat sini,mesti hidup aku lagi bahagia.Tapi aku harap,kita berjumpa di syurga suatu hari nanti.Bye,assalamualaikum." aku mengemas segala benda disitu dan tersenyum sebelum berlalu pergi.
**********
Aku berjalan kearah Adam yang ralit melihat Faris dan Farisha bermain dengan Amirul dihalaman rumah itu.
"Sayang..." dia tersenyum sambil memeluk pinggangku.
"I love you." aku melentokkan kepala dibahu dia.Adam tersenyum dan membalas genggaman tangan aku tadi.
"I love you more and forever,sampai ke jannah firdaus cinta saya hanya untuk awak."aku angkat kepala dan tatap pandangan matanya yang juga memandang aku tu.
Adam Mirza,zauj ku yang dihantar oleh Allah untuk melengkapkan hidupku biarpun banyak dugaan yang menimpa.
Bahagia?Ya,aku bahagia.Aku bahagia bila sentiasa berada disisi dia,disisi anak-anak dan keluargaku.Atau kata benarnya,aku bersyukur dengan kehidupan kami sekarang.Alhamdulillah.
•TAMAT•
Share this novel