Petang itu aku dengan Adam menunggang motor kapcai abah ke rumah kawan dia.Maybe Firash Aiman yang pernah dia kata dulu kot..
"Assalamualaikum!" rumah bata itu agak sunyi membuatkan Adam mengeluh.
"Waalaikumsalam.Eh?Adam?Hang buat pa dekat sini?Tak habaq dekat aku pun hang nak mai.Hang bawak awek nohh.." ramah Firash menegur dari belakang dengan loghat utaranya.
"Awek hang!Ni bini aku lah Fir." aku pandang ke belakang tempat dia berdiri.
Jelas wajah dia terkedu macam baru nampak hantu.Kenapa?Ada saka ikut belakang aku ker?
"Bini hang ka ni?" dia tak lepas memandang aku membuatkan aku jadi tak selesa.Nasib baik Adam tak suka sangat dekat aku,kalau tidak dah lama Firash ni terbang lepas atmosfera agaknya.
"Asal?Kau nak ker?" Adam tergelak.Aku mencebik.Ingat aku ni anak patung ke apa boleh pass sana sini?
"Takpelah,terima kasih." akhirnya!Dia pandang tempat lain jugak.
"Kau okay dah ke ni?Aku tengok laju jer kau jalan." Adam menepuk belakang Firash.
"Alhamdulillah.Macam hang nampak lani." Firash mempelawa kami masuk.
"Sapa tu bang?" suara perempuan dari dapur menarik perhatian kami.
"Adam.Bawak bini dia sekali." perempuan itu keluar dari dapur.
Wajah dia jugak menunjukkan riak terkejut.Aigoo!Apeni?Kenapa diorang ni?Hidung aku dah terbalik ke?Atau tudung aku senget sebelah?Ker memang betul ada saka ikut aku?
"Err..hai.Saya Batrisya." dia bersalam dengan aku setelah lama puas pandang muka aku.Mentang-mentanglah muka aku lawa...
"Medina."
"Cantik isteri kau,Adam." dia tersenyum kearah Adam.Kan aku dah kata?Aku lawa.Alah..korang jangan marah,aku tahu semua reader kat sini lawa dan tampan orangnya.Kan?
"Terima kasih,rezeki aku." dia bermuka tegang.Eh?Macam tak ikhlas jer puji aku.
"Okaylah.Fir,Isya.Aku dengan Dina balik dululah.Tak puas lagi nak meronda." mereka berdua mengangguk dan menghantar kami ke pintu.
"Bye,assalamualaikum." aku melambai kearah mereka.
"Waalaikumsalam." jawab mereka serentak sambil membalas lambaian aku.
"Kawan awak ke tu?" tanya aku diatas motor.
"Yes,kenapa?" dia menjeling kearah belakang sedikit.
"Entahla,diorang tengok saya lain macam.So freaking." aku mengeluh perlahan.
Dari side mirror aku ternampak dia seperti terkedu.Keadaan menjadi senyap hingga kami pulang ke rumah.
******
Aku menghirup air sirap limau yang baru sampai tadi.Dari dinding kaca aku ternampak Aireen berjalan masuk.
"Hai,maaf lambat." dia tersenyum manis.Mungkin ada sesuatu disebalik senyuman itu?
"Takpe,saya pun baru sampai jer." dia memanggil pelayan untuk memesan makanan.
"Saya nak bihun tomyam,mee basah,air milo dan air teh o ais limau." pelayan itu agak terkejut tapi dia cuba cover muka dia balik.
"Banyaknya oder.Pregnant ker?" aku tersengih sambil perhati wajah dia yang manis tersenyum dari tadi.
Dia mengangguk perlahan."Alhamdulillah,tahniah." kata aku dengan ikhlas.
"Macam mana awak dengan Adam?" dia memulakan soalan pertama.
"Kureng sikit." aku cuba tersenyum.
"Apa awak rasa kalau saya kata yang dia..sukakan awak?" berkerut kening aku.
"Huh?"dia tergelak kecil.
" Saya faham sangat dengan perangai Adam.Actually,dia sukakan awak cuma ego menghalang dia dari luah perasaan dia dekat awak.Tambahan pulak..."dia terdiam.Ada sedikit riak cuak dekat muka dia.
"Tambahan pulak?" tanya aku tidak sabar.
"Nothing.Macam mana study?Okay tak?" dia mengubah topik lain.
Diikutkan hati nak jer aku paksa dia sambung ayat tadi tapi bila difikirkan yang dia mengandung,aku batalkan nawaitu aku."Okay jer.Aireen pulak?"
"Saya macam biasalah.Pergi kerja,balik kerja.Nasib ada suami,kalau takde memang bosan hidup saya." aku mengangguk perlahan.
"Dina..." meleret nama aku dipanggil.
"Yer?"
"Takde apalah.Jom makan,nanti sejuk dah tak sedap." Aduh minah ni,kenapa dia menambah keraguan dalam hati aku ni?
Peristiwa petang tadi di Warung Mak Kiah terlintas difikiran aku.
"Jauh mengelamun." mak menepuk paha aku perlahan.Esok aku dah kena balik KL,tak puas lagi nak manja dengan mak.
"Takde apalah." aku tengok kearah abah,Adam dan Amirul yang baru balik surau.
Tiba-tiba kepala aku terasa pening seperti dicucuk-cucuk jarum.Tengkuk aku pulak rasa macam nak termuntah.
"Dina?" aku berlari kearah bilik air didapur.Suara abah yang memanggil aku abaikan.
"Buwerrkk.." segala isi perut yang aku makan tadi terkeluar habis.Kalau korang cakap yang aku mengandung adalah seratus peratus salah okay?Aku tak pernah 'disentuh' Adam lagi pun.
"Dina,are you okay?" pintu bilik air diketuk kuat.Aku masih muntah disingki.
Selepas selesai semuanya,aku buka paip dan muka aku dibasahkan dengan air.Singki dipegang supaya aku tak terjatuh.
"Dina tell me that you okay.Don't make me worry..Dina?Dina!" pintu masih lagi digoncang dari luar.
Aku buka pintu bilik air dan ternampak Adam yang cemas.Dibelakangnya terdapat mak,abah dan Amirul.
Kaki aku menjadi lemah tapi badan aku ditangkap Adam sebelum aku tercium lantai.
Kepala aku terasa lebih pening dari tadi.Kini diselang seli dengan nama Adam dan nama aku.
Pandangan aku bertukar menjadi kabur dan akhirnya gelap sepenuhnya.
p/s:Sapa dekat sini tak boleh balik beraya dekat kampung tahun ni?Kita satu geng huhuhu ;( Actually ada tak orang Kedah dekat sini?Try komen sikit.Nak tengok jugak geng kita ni ramah ke tak.By the way,selamat berpuasa.Jangan curik makan pulak tau.
Share this novel