Aku pandang keluar dengan perasaan yang kosong.Sudah seminggu aku dalam keadaan sebegitu.Ada jugak mak dan abah menasihati aku untuk berjumpa dengan keluarga Adam tetapi aku menolak.Hati aku terlalu tawar dengan apa yang berlaku.
Lagu Shake It Off dari telefon menandakan panggilan masuk membuatkan aku sedikit tersentak.Dengan perasaan malas aku mencapai telefon tersebut.
'Tasya.'
"Helo?" sapa aku malas.
"Dinaaa...." suara Tasya meleret seperti sedang menangis membuatkan aku sedikit menggelabah.
"Tasya kau okay ker ni?Asal kau nangis ni?"
Pap!Telefon aku terjatuh dari lantai.Kaki aku menjadi lemah serta merta selepas mendengar kata-kata dari Tasya.
Ya Allah...tak mungkin!Tak mungkin!
*********
Tangisan bergema dimerata tempat.Aku tersandar lemah didinding rumah keluarga Adam.
Selepas satu demi satu masalah menimpa diri aku.Rasanya kalau diteruskan seperti ini mungkin aku akan dimasukkan kedalam Tanjung Rambutan agaknya.Bukan mungkin tapi wajib!
Jenazah yang lama tiba sudah dibawa kekubur.Dirumah hanya tinggal beberapa orang termasuklah aku.
"Dina..." Kak Raf memegang tangan aku.Aku hanya abaikan.
"Janganlah macam ni Dina...kalau Dina menangis mata berdarah arwah tetap tak akan kembali jugak." pujuk mama pulak.Mata dia jugak merah kerana menangis akibat kehilangan anak lelakinya.
Tasya yang menangis dimeja makan perlahan-lahan mendekati aku.Semua pandangan tertumpu kearahnya.
"Dina!" tanpa disedari,Tasya mencapai tangan aku supaya berdiri dengannya.
"Ya Allah!Tasya,bawak bersabar." pujuk Kak Raf sambil cuba meleraikan pegangan tangan dia dari menggenggam tangan aku yang semakin erat.Aku mengaduh sakit perlahan.
"Sebab kau...sebab kau lah Jannah dengan Muaz mati!Sebab kau!" jerit Tasya memenuhi ruang rumah agam itu.
"Tasya!Jangan salahkan Dina!Ini adalah takdir,ujian dari Allah untuk kita." pujuk mama pulak.Hanya mereka dan beberapa orang jiran tetangga disitu.
"Tak!Kalau bukan sebab dia merana menangis macam orang gila,Jannah dengan Muaz tak terburu-buru kerumah dia.Sebab dialah mereka terlibat dalam kemalangan."
"Sepatutnya yang mati tu engkau Dina,bukan diorang!Yang patut ada dalam kubur tu engkau!" Tasya seperti dirasuk makin mengganas.
Kak Raf dan seorang jiran perempuan menarik Tasya kebilik atas.Aku hanya tunduk menahan tangisan yang kembali menerpa.Mama memegang bahu aku perlahan.
"Bawak bersabar yer Dina,kamu berehatlah.Bawak diri kamu tu bertenang dimana-mana." pujuk mama.Huh,anak dia buat hal,patutkah aku bertenang?
"Takpelah mama.Dina balik dulu.Assalamualaikum." aku capai tangan itu dan berlalu keluar.
*********
"Happy birthday to you
Happy birthday to you
Happy birthday to Medina Zahra
Happy birthday to you." suara dari tiga orang bercampur menjadi satu.
"Wah...thank you!" jelas wajah aku agak terkedu dengan kejutan dari mereka.
"Tiuplah." arah Tasya aku ikutkan sahaja.Agak berasap lilin itu bila ditiup aku.
"Yeay...happy birthday girl!" suara kegirangan Muaz pulak bergema dari telefon itu.
"Birthday girl!!!Thanks sebab sudi jadi kawan aku Dinaaaaa!!!" suara riang Jannah pulak mencelah.
Dalam ketawa,air mata aku mengalir perlahan dipipi.Video terakhir sebelum semuanya terjadi.Dari perkahwinan aku dengan Adam hingga sekarang.
"Maafkan aku,Jannah..Muaz." aku memeluk lutut.Badan aku tersandar didinding.
"Baik kau mati jelah...''satu suara seperti berbisik ditelinga aku.
" Sapa kau?!"aku menjerit sambil memandang sekelililng.Kaki aku berjalan keluar bilik dan menuju ketingkat bawah.
"Dina~~~" mendayu suara itu memanggil aku.Dengan perlahan aku mengarahkan diri aku kedapur.
Mata aku memandang sebuah pisau diatas kaunter dapur."Kau tak rasa kematian kau membahagiakan orang lain ker?"
Suara itu membuatkan aku mencapai pisau itu.Betul,kematian aku pasti membahagiakan orang lain.
"Maafkan aku Ya Allah..." mata aku tertutup rapat.Pisau diangkat tinggi sebelum akan terhunus diperut.
"Bismillah..."
"Allahuakbar...Allahuakbar."
Pap!
Pisau terlepas dari pegangan tangan aku.Azan dari masjid terdekat mengejutkan aku.Ya Allah..apa yang aku telah lakukan ni?
Badan aku terjatuh dikarpet."Maafkan aku Ya Allah..."aku memeluk lutut dengan tangisan yang semakin menjadi-jadi.
Aku tak patut bunuh diri!Sebab Allah melaknat sesiapa yang membunuh diri dan aku hampir lakukan itu.Maafkan aku Ya Allah...
"Sesiapa yang membunuh diri dengan besi,maka di neraka jahanam nanti besi itu selalu ditangannya,ia menusuk-nusukkannya ke perutnya selama-lamanya.Dan barang siapa bunuh diri dengan meminum racun,maka di neraka jahanam nanti ia akan terus meminumnya selama-lamanya.Dan barangsiapa bunuh diri dengan menjatuhkan diri dari gaung,maka di neraka jahanam nanti,ia akan menjatuhkan(dirinya) selama-lamanya."
(Sahih Muslim No.109)
Share this novel