21

Romance Series 7395

Riuh suara ketawa bahagia ditaman itu dengan suara aku,Tasya,Angela dan Muaz.

Apa yang tak bahagianya kalau hari ni adalah hari last paper untuk exam terakhir kami.Kalau tadi seronok menangis,sekarang kami seronok ketawa pulak.

"Apa plan korang pas ni?" tanya Muaz sambil bermain dengan seekor anak kucing yang lalu disitu.

"Aku kena ikut family aku ke Selangor.Sedih betul nak tinggalkan tempat ni." Tasya menongkat dagunya dimeja.

"Kau takpelah Selangor.Aku kena ikut kakak aku ke Perancis.Memang best tapi aku lagi suka tinggal disini." keluh Angela pulak.

"Ceh,korang takpelah boleh rest dengan family korang.Aku ni kena uruskan hotel papa tau tak?Malas betul..baru nak lek main PUBG."celah Muaz pulak.Aku ditepi hanya diam.

Aku?Apa yang aku boleh buat?

" Kau Dina?Senyap jer dari tadi.."Angela mencuit pinggang aku.

"Kau ni tanya soalan bodoh pulak,mestilah dia ikut husband dia." Muaz tersengih bila tengok muka masam aku.

Aku pulang kerumah dalam pukul tujuh malam selepas borak dengan kawan aku yang lain.Lepastu singgah ke Mydin pulak beli barang dapur untuk puasa lusa.

"Lambat balik." tegur Adam yang duduk disofa tanpa melihat aku.

"Sorry,saya..beli barang dapur tadi." aku berjalan kedapur setelah tiada balasan dari dia.Aku berjalan kebilik untuk mandi dan solat maghrib.

Setelah selesai semuanya,aku turun kebawah.Adam dah takde disofa,mungkin tengah solat agaknya.

Tv dibuka.Setiap saluran dibuka,satu pun tidak menarik minat aku.Akhirnya saluran drama Korea dibuka.

"Yer,Kak Raf.Mir dengan Dina pergi sekarang jugak." aku berpusing kebelakang.Adam berjalan kearah aku.

"Bersiap,tadi Kak Raf call.Mama jatuh tangga." aku tersentak.Ya Allah..selamatkanlah nyawa mama.

"Macam mana mama sekarang." tanya aku risau.

"Baru sedar.Dia nak jumpa kita semua." aku mengangguk.Segera aku kebilik tukar baju tidur kebaju blouse labuh.

*******

"Mama?Mir dengan Dina datang ni." mama yang belakangkan kami tersenyum setelah nampak kami dua.

"Alhamdulillah,lega hati mama tengok kamu dua." dia tersenyum manis.

"Dina..." aku berjalan kearah dia setelah nama aku dipanggil.

"Mama harap dalam perut Dina ada 'isi'." kata dia sambil mengusap tangan aku.

Aku pandang Adam yang jugak terkejut macam aku.Dia nak baby ker?Ah mampus!

"Belum ada rezeki lah mama,kami busy kebelakangan ni.Adam busy dengan kerja,Dina pulak baru habis exam." jawab Adam serupa jawapan yang diberinya sewaktu kekampung.

Mama mengeluh perlahan."Yelah,tapi jangan ditangguh lama yer?Mama rindu nak ada cucu banyak-banyak.Baru seorang mama dapat rasa."mama mengerling kearah Kak Raf.Tersengih wanita itu.

"Insyaallah mama.Nanti kami cuba." jaminan yang diberi Adam membuatkan mama tersenyum.

"Korang tak bergaduh kan dekat rumah?" terkedu kami ketika diaju soalan dari papa.

'T..tak.Mana ada.Tak..takkan kami nak gaduh.Kan sayang?"Adam memeluk bahu aku.

"Betul.Kami okay jelah papa,mama.Jangan risau." aku pulak memberi jaminan kepada mereka walaupun ianya palsu semata-mata.

"Baguslah macam tu.Lega hati Kak Raf dengar." aku hanya senyum terpaksa.

******

Keadaan dalam kereta hanya ditemani lagu Alasan Mu.

"Tadi aku nampak kau dekat taman.Rancak pulak sembang dengan adik aku.Apa yang kau fikir?Kalau aku ceraikan kau,kau nak pilih dia?Umur kan sama pulak,lagi sesuai lah kan?" berderau darah aku dengar tuduhan dia.Mamat ni dah cemburu buta kenapa?

"Awak ni dah kenapa?Bukannya saya seorang jer dekat situ." jawab aku dingin.Lagu yang bermain diradio ditutup.Bising,buat semak otak jer!

"Memanglah,tapi diorang belum kahwin.Awak tu dah kahwin,tak elok buat perangai macam tu." teguran Adam yang berbaur fitnah membuatkan aku nak buka pintu kereta dan lompat dari kereta ni.

"Apa masalah awak ni sebenarnya??" aku cuba untuk tidak tinggikan suara.Dia suami kau Dina..sabar!

"Ataupun awak jealous?" aku tersengih pulak.Jelas berubah riak wajah Adam mendengar kata-kata aku.Aduh...cute pulak mamat ni.

"Just keep your dream in minds,brats.Walau apa pun yang terjadi,I'll never choose you.Faham tak?" dia jeling kearah aku.

Aku sedikit terkedu."Kenapa?Apa kurangnya saya sampaikan awak taknak bukakan hati awak untuk saya walaupun sedikit?"aku mula hilang sabar dengan perangai Adam ni.

"Kerana ada rahsia yang menghalang kita dua menyayangi antara satu sama lain." jawab dia perlahan sampai aku kurang jelas dengan jawapannya.

"Awak cakap apa?" aku cuba tempis kata-kata dia tadi.Aku salah dengar kot...

Dia seperti terkejut."Takde apalah.Yang pastinya,aku takkan pilih kau forever and ever."

Aku tertunduk.Air mata yang hampir mengalir aku kesat dengan hujung baju.Astaghfirullah..sabar Dina!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience