1

Romance Series 7395

Aku cuba membuka mata yang payah untuk dibuka.Terasa sakit dan silau bercampur ketika pandanganku menyapa cahaya lampu.

"Medina?Ya Allah,abang!Medina sedar." suara yang riuh tadi menjadi senyap.

Seorang wanita memegang tangan aku sambil menangis.Kenapa dengan diorang ni?Aku dekat mana ni?

"Allahuakbar.Medina,kamu dah sedar." kata seorang lelaki tua yang aku sendiri tidak kenal.

Sedaya upaya aku cuba membuka mulut."Si...siapa kau?"

Jelas wajah terkedu menghiasi wajah mereka yang berada disitu.

"Kak Dina tak ingat?Tu mak dengan abah." seorang lelaki remaja yang berdiri disebelah aku itu.Perlahan lahan aku menggeleng.

"Kak Aisyah,Abang Nizam." panggil seorang lelaki dari pintu pulak.Aku rasa dia doktor sebab dari segi pakaian aku dah boleh agak.

"Kak Dina memang betul tak ingat ke?Atau Kak Dina nak prank jer?Kalau nak buat prank better tak payah kot.Kesian dekat mak abah jaga Kak Dina siang malam." kata lelaki itu lagi.

"Sapa kau and Dina tu..aku ker?" walau tengkuk aku rasa sakit lagi,aku tetap nak bercakap jugak.Janji semua persoalan terungkap akhirnya.

Lelaki itu mengeluh."Ya,nama akak Medina Zahra.Amirul adik akak."

"Medina?Tadi tu,mak abah akak?Maksud akak,mak abah kita?" semakin rancak aku bersembang dengan Amirul ni.Tak sangka aku ada adik handsome macam ni.Patutlah aku lawa dalam mimpi tu.Hanat!

"Medina sayang." perempuan tadi mendekati aku semula.

"Mak?" aku cuba memanggil dia dengan panggilan tu.Yelah,kalau panggil aunty ke,makcik ke rasa macam kurang ajar pulak.

Perempuan itu tersenyum sambil melihat Amirul."Nanti kamu akan biasa,Medina."mak memegang tangan aku.

Perasaan kasih sayang menyelinap kedalam jiwa aku.Betullah dia mak aku,kalau tak perasaan ni tak akan wujud.

"Kamu tidurlah nak.Kami nak turun makan sekejap.Tidurlah..." pujuk abah sambil menarik selimut hingga paras bahu aku.

Aku hanya mengangguk sambil tersenyum.Mereka bertiga beredar dan bilik menjadi sunyi.

******

Aku dibenarkan pulang esok selepas seminggu tersedar dari koma.Banyak orang yang datang dan memperkenalkan diri mereka.

Aku pulak 100 peratus percaya cakap diorang.Silap haribulan ada lelaki datang bagitau diorang suami aku pun aku percaya.Hahaha...

Selepas seminggu sedar,banyak benda yang aku tahu tentang diri sendiri sebelum accident.Mak cakap yang aku pelajar salah satu universiti dekat Malaysia ni dan ini tahun terakhir aku sebagai pelajar universiti.Aku jugak ada seorang kawan yang serumah sewa dengan aku.Nama dia Natasya Diana.

Aku memandang keatas siling semula.Mak,abah dan Amirul balik sekejap kerumah pak long disini sebab diorang tinggal dekat Kedah tapi aku dirawat di Kuala Lumpur.

"Sayang..." satu suara menyapa pendengaran aku.Dengan spontan aku yang tidur terduduk tegak sambil melihat sekeliling.

"Sapa kau?Kenapa kau suka kacau aku?" takde apa pun tapi tingkap terbuka meniup angin dari luar menyebabkan bilik hospital peribadi aku sedikit sejuk.

"Sayang..." aku tertelan liur.Ah sudah!Takkan ada hantu kacau aku pulak?Sekarang baru pukul empat petang.Mak!Dina takut!

"Pergi,jangan kacau aku!" angin yang semakin kuat akhirnya berhenti.

"Aku diciptakan untuk kau.Carilah aku,sayang." suara itu semakin perlahan dan keadaan menjadi biasa semula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience