20

Romance Series 7395

Aku berjalan ditaman dengan adik lelaki aku,Amirul.

"Meow..." bunyi kucing berdekatan menarik perhatian aku.Amirul yang sibuk memilih perasa aiskrimnya disebuah kedai aku abaikan.

Aku berlari kearah jalan raya apabila anak kucing tadi berhenti disitu.Tanpa aku sedar sesuatu menunggu aku.

Kereta yang menuju kearah aku membuatkan aku jadi terkedu.Entah kenapa,tapi kaki aku seperti terlekat disitu.Aku tak mampu berlari kearah seberang tapi sempat aku 'campakkan' anak kucing tadi ditepi jalan.

Kereta tadi seperti tidak sempat brek dan menuju masih menuju kearah aku.

Skreettt....bum!

"Akak!" riuh suara disekeliling aku tapi tubuh aku semakin lemah.Sakit jangan ditanya.Rasa seperti badan aku dikerat lapan.

Aku tahu aku akan mati....

"Dina?Dina?"

Terasa seperti pipi aku ditepuk.Kepala aku masih rasa pening tapi digagahkan jua aku membuka mata.

Wajah pertama dihadapan mata aku ialah wajah Adam.Mata dia merah seperti baru menangis.Adam menangis?Sebab aku ker?

"Alhamdulillah,Allah saja tahu betapa takutnya aku bila tengok kau macam ni." meleset sangkaan aku bila dia masih guna perkataan 'aku 'kau'.

"Apa yang dah berlaku?" aku cuba bangun.Dia memegang bahu menolong aku duduk.

"Doktor cakap yang kau cuma stress and darah kau menurun." aku mengeluh lega.

"Sorry,kalau aku sebab kau stress." okay,ada kepelikan sikit dekat sini.

"Taklah.Mana ada pun." dia mengangguk.

"Aku keluar kejap,bagitahu mereka yang kau dah sedar." dia keluar dari bilik dan keadaan menjadi sunyi.

Aku sandar didinding.Mimpi tadi ada kaitan dengan kehidupan aku ker?Atau itu penyebab aku kemalangan?

*******

Aku berhenti bermain laptop bila terdengar seperti pintu gril dibuka.

Siapa yang datang?Adam keluar ke tadi?

Aku capai tudung sarung dan membuka pintu dengan perlahan.

Aku cuba usyar dari atas beranda.Terdapat empat orang diruang tamu dan semuanya aku kenal.

"Kau gila ke apa,Adam?" suara Firash seperti memarahi Adam yang menunduk disofa.

"Aku tak gila,Fir!Keadaan memaksa aku!" suara Adam deras membuatkan aku kecut perut.

"Apa yang kau fikirkan,Adam?Ingat cara ni boleh tebus kesalahan kau?" suara Aireen pulak mencelah.

"Aku tak tahu!" semakin tinggi suara dia.Rambutnya yang disikat rapi habis serabut.

"Jangan sampai kantoi,Adam.Silap haribulan penjara tempat kau." Aku kenal suara tu,Batrisya.

Penjara?Apa yang Adam dah buat sebenarnya ni?Dia dah bunuh seseorang ker?Atau merompak rumah orang?Jangan cakap dia ganggu anak dara orang pulak!

"Aku tahu apa yang aku buat.Kalau tersilap langkah,biar aku yang tanggung.Korang jangan masuk campur."

Aku berlari masuk kedalam bilik.Apa yang sebenarnya berlaku ni?Kenapa aku rasa tak sedap hati?Arghh...serabut ahh macam ni!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience