18

Romance Series 7395

Hujung minggu macam ni,aku dengan Adam mengambil keputusan untuk pulang ke Kedah jenguk family aku disana.Dah hampir sebulan aku tak berjumpa dengan mereka.

Kereta Audi RS6 Adam membelok masuk kehalaman rumah aku yang ditepinya dihiasi sawah padi manakala dihadapannya pulak ada tasik.Tenang sangat!

"Amboi,lama hampa tak balik.Ingatka lupa dah kami dekat sini." aku bersalam tangan mak dan abah.Amirul dari jauh berjalan kearah kami sambil mendukung kucing favourite aku,Lofa.

"Busy lah mak.Tak sempat nak balik sini." mak mengangguk.Mungkin faham kehidupan aku sebagai student dan Adam kilatai pensyarah.

"Yelah,jom masuk.Nak hujan dah ni." aku mengangguk.Adam mengikut kami dari belakang sambil menolak beg roda aku dan dia.

********

Malam itu hanya tinggal aku,Adam dan Amirul dirumah.Mak dengan abah ke kampung sebelah melawat orang sakit.

Aku duduk seorang diri didalam bilik.Adam diruang tamu,mungkin tengah syok layan bola dengan Amirul.

"Arghhh!"baju yang dilipat terlepas dari tangan.Aku mengurut dada,masih terkejut dengan jeritan tadi.

Sapa yang jerit tu?Dah serupa kerbau kena langgar lori tayar dua puluh bunyi dia.Aku berjalan perlahan-lahan kearah ruang tamu.

Sebuah buku melayang kearah aku.Dengan kuasa boboiboy petir,sepantas kilat aku menangkap buku yang terbang tadi.

" Astaghfirullah,korang lempar buku ni tak tahu ke adab jaga buku bagai ni hah?Adam,takkan awak tak tahu pulak?!"aku bercekak pinggan dihadapan mereka.

Pemandangan dihadapan membuatkan aku berfikir sejenak.Dua orang jejaka berdiri diatas sofa dengan muka yang cuak.Buku diatas meja habis berselerak serupa baru habis perang dunia yang ketiga gayanya.

"Korang dua ni dah kenapa?Pacat masuk seluar?Rumah masuk air?Atau baru habis nampak orang merangkak keluar tingkap?" okay,ayat last kau tu seram bodoh!

"Li...li...lipas." mulut mereka terjuih kearah satu tempat.Aku perhati dipenjuru rumah dan ternampak seekor lipas didinding.

Aku mengeluh.Ya Allah...ni lelaki ke apa?Kalau Amirul tu aku tak kisah sangat ni Adam?Seriously?Gym setiap minggu tak lepas tapi lipas kecik ni takut macam lipas ni nak makan dia.

Aku mengambil spray pembunuh serangga dan menuju kearah lipas itu.Belum sempat aku nak sembur,lipas tu dengan suka citanya terbang kearah tempat lain.

"Arghh!Lipas terbang dekat cek mak!"

"Arghhh!Lipas nak makan Mir mama!"

Terasa bergegar bila dua orang jejaka itu terkedek-kedek berlari kearah aku.Masyaallah...sabar jelah.

Lipas ni pun satu!Mentang-mentanglah suami dengan adik aku handsome,dingoratnya pulak.Aku buka tingkap dan halau dia dengan penyapu.

"Fuh,alhamdulillah,selamat aku malam ni tak kena makan." keluh Amirul lega bila lipas itu berlalu pergi.Mungkin nak ngorat anak jiran sebelah pulak.

Adam berdehem.Mungkin nak hilangkan rasa malu dia.Aku cuba tahan gelak walaupun muka aku dah kantoi sangat ni.

"Jahatlah Kak Dina ni gelakkan kitorang." Amirul menarik muka masam bila dengar gelak syaiton aku.

"Seriously weii?Apeni..Amirul?Adam?Lipas?" aku gelak kuat.Kalau tadi gegar sebab diorang lari,sekarang gegar sebab aku yang terhinjut ketawa.

"Jahatnya wife aku ni.Gomol kang..." okay,yang ni aku diam.Dia ni pun,depan adik aku kot!

"Nak buat dalam bilik.Jangan libatkan mata Amirul yang suci ni." pergh..adik sapa ni Ya Allah..lain macam betul!

"Tak ganggu Mirul ke nanti?" Adam tersengih sumbing.Apa masalah mamat ni?

"Ermm..kalau sekarang maybe.Tapi kalau malam ni taklah,semua dah tidur." Amirul tersengih.Aku rasa macam nak pengsan dekat sini.Menyesal aku halau lipas tadi.Kalau aku ada kerang yang boleh panggil haiwan,dah lama aku guna.Tapi kalini aku nak panggil harimau,biar baham dua orang manusia ni terus!

"Dahla,Dina masuk bilik dulu.Harapnya datanglah balik lipas tu nanti." aku bergegas meninggalkan mereka.

"Medina!"

"Pardon me?" aku memandang kearah Adam yang memanggil aku.

"Aummm..." dia menunjuk gaya cakar dekat aku.Meremang bulu roma aku.Mampus!

"Wuish...ada cakar harimau!" Amirul tergelak ditepi.

Aku abaikan dan masuk kedalam bilik.Melarat kalau dilayannya lagi.

********

Aku sapu lotion sebelum berjalan kearah katil.Selimut ditarik hingga paras bahu.

Kriokk..pintu bilik ditolak dan terjengul muka Adam.Aku hanya abaikan.Terasa katil sedikit terhenyak ketika dia selamat berbaring ditepi aku.

Aku berpura-pura tidur.Nak tengok apa respon Adam selepas ni.Terdengar keluhan dilepaskan..eh?Dah kenapa tu?

"Kalau lah saya dengan awak boleh bercinta semula.Tapi sayang,kesilapan saya dekat awak terlalu berat." aku masih dalam keadaan yang sama.Bercinta?Kesilapan?Dia cakap pasal sapa ni?Aireen?Tapi bukankah Aireen yang undur diri dulu?Kesilapan apa?

Pelbagai soalan bermain diminda aku.Nak saja aku buka mulut dan tanya,tapi takut pulak kalau dibahamnya aku nanti sebab curik dengar dia 'berceloteh'.

"Saya inginkan kebahagiaan dengan awak.Maafkan saya..." terdengar seperti dia ingin menangis.Ah sudah..aku ni dah la lemah bab pujuk memujuk ni.

Aku cuba menggumam.Adam yang masih melayang dalam angan dia terdiam.

"Sayangnya.." dia mengeluh lagi sebelum keadaan menjadi betul-betul senyap.Dia dah tidur ke?

Mungkin.Ahh..aku kena cari jawapan.Kesilapan apa dan siapa yang dia maksudkan.Aireen atau orang lain?Mungkin dialah penyebab aku dengan Adam tidak mesra,bukan Aireen.Aku kena siasat!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience