11

Romance Series 7395

Aku bermain telefon sambil terbaring diatas katil.Pintu bilik air terkuak dan terjengol muka Sir Adam.

"Hey kau." berkerut kening aku.Eh dia ni.Takde adab ke apa panggil isteri sendiri macam tu?

"Aper?" tanya aku perlahan.Kalau dia layan macam tu dekat aku,ingat aku tak boleh?

"Ambilkan kain tuala aku jap." pap!terjatuh telefon Samsung aku selepas mendengar permintaan dia.

Sir Adam tersenyum sinis."Baru suruh ambil kain tuala dah teransang."

Merah muka aku dengan sindiran dia tadi."Kalau macam tu ambillah sendiri.

Selepas beberapa saat otak aku mula memikirkan kata-kata aku tadi.Adakah...

Aku tengok dia yang tersenyum sinis."Nak sangat tengok aku naked ke?Dasar manusia..."

Aku mendengus geram.Sabar Dina...

Perlahan lahan aku berjalan kearah beg baju disebelah meja belajar.Kain tuala berwarna kelabu diambil dan diberikan kepada suami aku yang manja ni.Ceh,manjalah sangat.

Dari tadi aku tengok dia senyum sinis.Dah macam joker pun ada.Kalau dia joker,aku birds of prey lah kan?Comel jugak tu!Hahahaha..

"Huarghh!" secara drastik dia menolak pintu bilik air.

"Arghhh!" secara spontan jugak aku terjerit.Nasib saja suami,tidak dah berbakul aku maki dia ni.

"Hahahahaha..." dia ketawa bangga.Aku yang menutup muka dengan kain tuala dia perlahan-lahan membuka mata.

"Kau ingat aku hadap sangat ke nak tunjuk aurat aku dekat kau?Aurat aku..." dia mengambil kain tuala dan melilit pinggangnya yang dilitupi boxer hitam.

"Just for Aireen." dia menyambung katanya yang terjeda sambil berlalu kearah beg baju dia.Aku masih berdiri di pintu bilik air.Aku salah dengar ke tadi?Aurat dia,hanya untuk..Aireen?

*****************

Aku turun kedapur membantu orang lain membuat sarapan.

"Morning beb." sapa Angela dari belakang.Aku hanya senyum hambar.Kejadian tadi menghancurkan pagi aku yang bahagia ini.

Seminit lepas tu hadirlah 'raja' yang terhormat dengan muka bekunya.Tapi lepas nampak aku terus dia tersenyum sinis.What?!Ingat seygak sangat buat macam tu?

Semua orang duduk ditempat masing-masing.Meja sunyi apabila semua menjamah makanan.

"Tadi papa dengar ada orang menjerit."

Purr...

Selamat aku sembur air dalam mulut mendengar soalan papa.

"Kak Dina!Apa ni?!" Amirul yang menjadi mangsa menarik muka masam.Aku hanya abaikan saja.

"Biasalah tu papa.Morning breakfast..." kata-kata selamba yang keluar dari mulut sir membuatkan muka aku bertambah merah.

Ya Allah...apa ni?!

Semua orang disitu tersenyum simpul mendengar jawapan lancang dia kecuali aku dan Amirul yang kebingungan.

"Morning breakfast tu apa?" soalan yang keluar dari bibir merah Si Amirul membuatkan masing-masing menahan ketawa.

"Ish kamu ni!Kaunter soalan tutup.Dah,makan!" oh,thanks mak menyelamatkan anak mu yang berada dalam kesusahan ini!

"Petang ni Mir dengan Dina nak balik KL kan?" tanya abah sambil menyuap nasi lemak kedalam mulut.

Dia mengangguk. "Yes.Next week kitorang ada camping.Nak teman Dina beli barang sikit." alololo..sweetnya!Stop lah sir.You make me nak muntah dengan kata-kata tu tadi.

"Baguslah tu.Walaupun baru sehari kahwin,mama dah nampak percintaan korang ni.Siap ada morning breakfast lagi.." aish!Kenapa diorang cakap benda yang tak wujud ni?!

"Tak lama lagi bercuculah kita kan Laila?" mak menyokong kata-kata mama tadi.

"Mak ni,kenapa usik Dina?Tengok,dah merah muka isteri Mir ni." aku menjeling kearah dia.Ceh,isteri konon.Sedangkan nak tengok muka aku pun tak lalu...

Papa tergelak kecil."Sudah.Jom makan semuanya,esok-esok pulak kita buat modal usik Si Dina ni."

Semua orang disitu tergelak.Aku pulak macam nak lari menangis dalam bilik.Kenapa?Kenapa aku?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience