Kumpulan aku dan kumpulan Puan Noriza perlu memasak manakala yang lain perlu cari kayu api,tangkap ikan dan pasang khemah.
Punya lama nak agih kerja kumpulan ni bila geng BK asyik bantah itu ini.
"Sir,saya tak tahu kayu api tu apa."
"Teacher,saya takut nanti ikan gigit saya."
"Miss,pasang khemah tu macam mana."
"Dalam hutan ada harimau tak?"
Rungutan dan soalan satu demi satu diajukan mereka berempat.Bila semua diorang tak nak buat,Miss Jenie terus letak diorang sebagai kutip sampah.
Masam muka mereka berempat bila disuruh buat kerja sebegitu tapi disebabkan Miss Jenie ni garang namatey,diorang terpaksa akur.
Aku membuat rempah ikan bakar.Adam yang suggest aku buat sebab dia tahu family aku buka kedai makan dan semestinya ikan bakar menu wajib bagi kedai makan kami.
"Dina.." panggil Tasya yang datang dengan sebakul ikan.
"Yes,me?" aku pandang saja muka Tasya yang tersengih hingga ternampak braces dia yang berwarna kelabu itu.
"Kau tahu tak cara nak bersiang ikan?Aku tak tahu lah..." terbeliak mata aku dengar soalan dia.
"Seriously? Umur dah 22 tahun tapi bersiang ikan pun kau tak tahu?" dia tersengih malu.
"Takde orang nak masuk meminang lah jawabnya." sindir Angela yang lincah mengupas kulit bawang.
Lama Tasya perhati gadis Cina itu.Aku yang berada diantara mereka berdua hanya terdiam.
"Okay,fine!Kau kutuk aku eh?Open your eyes.Aku akan buktikan yang aku pandai bersiang ikan." aku dengan Angela perhati Tasya yang bersiap sedia nak bersiang ikan itu.
Bulat mata kami sambil tengok keadaan ikan itu selepas disiang.
"Pergh..ni memang tak tahu betul ni bersiang ikan.Habis kepala dia kau pancung." tergelak aku bila tengok muka masam Tasya.
"Yelah Tasya.Kepala dia mana orang buang,orang kerat tepi and buang isi perut dia tu.Kau makan isi perut ikan ker sebab aku tengok kau sumbat balik isi perut ikan yang terkeluar tu." merah muka Angela sebab gelak banyak sangat.
"Kau tahu tak sebab orang tak buang kepala ikan?Sebab malam nanti dia cari kau,lepastu dia tuntut balik kepala dia.Aku tak tahu..." semakin galak aku dan Angela ketawakan Tasya.
"Seronok eh korang gelakkan aku?Cepatlah ajar aku macam mana nak buat ni..." Tasya merengek dengan mukanya yang hampir menangis itu.Anak manja lah katakan...
"Yelah Tasya intan payung karatku..meh sini aku ajar." aku mengambil pisau disebelah dan tunjuk cara bersiang ikan dekat dia.
"Ouwh macamtu.Hah,kan senang tunjuk macam ni kat aku?Tak payahla gelak bagai." aku tersengih dan membawa rempah ikan bakar kepada Alif yang sedang membakar ikan keli.
Dari jauh aku ternampak Adam dengan beberapa student lelaki memancing ikan diatas batu besar.Hurm..rindunya dekat dia.Bilalah aku dengan dia nak bahagia macam pasangan yang lain?
**************
Malam itu semua student berkumpul ditengah timbunan kayu api yang dibakar.
"Sir Adam...nyanyilah sikit.Kitorang nak dengar." pinta Suzan dan Melissa yang duduk berdekatan dengan dia.
Sempat dia pandang aku sebelum tersenyum sinis."Bak guitar dekat sir.."Fauzi menghulurkan guitar kepada Adam.
"Ehem..korang tak menyesal kan?" semua orang disitu menggeleng kecuali aku.Tasya dan Angela pulak takde dekat situ sebab diorang pergi tandas.
"Terimalah...I want to be alone." aku terdiam.Aku dapat rasakan dia akan tujukan lagu itu tepat kebatang hidung aku.
I lock myself inside my room
I want to be alone
With you around,you'll only add on
I want to be alone
It's been disturbed by my thought
I want to be alone
With you'll around you only add on
I want to be alone
Mata dia tepat memandang kearah aku.Aku rasa macam nak menangis saja.Tak sangka sampai macam ni dia benci aku.Diikutkan hati nak saja aku gali pasir dan benamkan kepala aku ni dalam pasir biar pekak seminggu.
Please don't think I'm crazy
I don't want you to understand
My mind is growing hazy
To heck with you helping hand
Why don't you just leave me alone?
This conflict is my own
Keep you sources away from me
That's all.
Lagu yang keras dan rock dinyanyikan dengan perlahan oleh Adam.Dia hanya menyanyi separuh dari lagu itu.Bagus jugak,kalau dia nyanyi habis,memang aku buat apa yang aku kata tadi.
"Wei,kitorang terlepas something tak?" tanya Angela yang baru balik dari tandas.Termengah mengah mereka dua.Mungkin penat berlari agaknya.
"Takde pun." bohong aku.Malas aku nak yak yak yeah malam ni.Aku pandang muka Adam yang senyum sinis.Puaslah tu boleh sakitkan hati aku!
"Weh kau nak tahu tak?Tadi waktu kitorang nak balik sini,aku dengan Tasya dengar bunyi pelik." Angela memulakan cerita dia.Aku hanya mendengar disebelah.
"Aku rasa,ikan tadi tuntut kepala dia balik lah wei.Macam mana ni?Ibu,ayah!Acu taknak mati lagi!"
"Bodohla kau.Bunyi perut kau kot." aku tampar bahu Tasya perlahan.Mentang-mentanglah aku ni penakut,diorang nak buat cerita seram pulak.
"Betullah!Tak nampak kami semput ni?Sebab kami lari lah ni!" aku hanya abaikan.Ikan pun ikanlah Tasya...
Share this novel