9

Romance Series 7395

Dah empat hari aku tak nampak muka Sir Adam.Rindu?Gila tak rindu!Rasa macam nak pinjam kipas kecik yang atas kepala Doraemon tu dan terbang sebab aku nak cari dia senang sikit nanti.

"Wei beb.Asal kau hari ni?Diam semacam jer.." Tasya menyiku lengan aku.

"Iyelah.Waktu kau datang sini kau nampak kucing tanduk tiga ker?" aiseh,imaginasi Angela boleh buat komik kot.

"Merepek jelah korang ni.Aku okay..." aku menyedut orange jus sambil bermain telefon.

"Ker kau rindu Sir Adam." cis,pandai betullah budak Cina ni teka.Tepat!

"Ceh,buat apa rindu dekat dia?Bukannya aku minat dia pun." tipu aku.Berani kau nak jujur?

"Yeker?" Tasya mengangkat kening menduga reaksi aku.

"Yelah!Aku bagitahu korang tak percaya.Dahla,jom.Tadi kata nak beli baju kan?" aku cuba mengelak.

"Nak mengelak konon." aku pandang muka Tasya dengan muka serius.

"Korang janganlah bergaduh dekat sini pulak,alahai...jomlah beli baju." Angela menepuk dahinya melihat tingkah laku kami.Eleh!Dia yang mula dulu.

Setelah selesai bayar,kami keluar dari kedai KFC itu.Petang itu kami bertiga free jadi Angela mencadangkan kami membeli belah di mall berdekatan universiti untuk membeli baju buat camping yang akan diadakan nanti.

Aku jeling jam ditelefon aku.Lamanya minah berdua ni.Tengah beli baju atau jahit baju?Dah nak sejam aku tunggu ni.

Jadi aku ambil keputusan keatandas sekejap bila pundi kencing aku tiba-tiba tak selesa ni.

Lima minit dalam tandas akhirnya aku bebas dari rasa tak selesa tadi.Bila aku nak keluar dari tandas,aku terlanggar seseorang.

"Argh!Damn shit!Woi perempuan,kau tak nampak ke hah?" fuh,suara dia...sampai nak bergegar mall ni rasanya.Lagipun bukan salah aku.Dia yang main phone tak ingat dunia!Jap,ni bukan Melissa ketua dalam geng BK tu ker?

"Amboi sedapnya mulut.Yang kau main telefon macam baru keluar dari gua tu dah kenapa?Ingat mall ni kau punya?" haa..ni Medina lah!Sekali kau bagi,sepuluh aku balas!

"Eee geramnya aku!Bukan kau betina yang berangan nak kiss someone waktu Sir Adam tu ker?Kalau orang buat macam tu dia selalunya...pelacur." ayat terakhir dia bisik ditelinga aku membuatkan darah aku menyirap.

"Yeker?Tak tanya pun!Ingatkan mata jer takde,rupanya otak pun lembap.Sayang,muka lawa tapi otak?" aku tersenyum sinis.Rupa dah macam watak jahat dalam drama Melayu jer aku buat macam tu.

"Tak guna kau!" belum sempat tangan dia sampai dimuka,aku lebih cepat tangkap tangan dia dan aku genggam sampai merah tangan itu.Berkerut muka dia tahan sakit.

"Rasakan.Lain kali kalau nak cari pasal tengok diri sendiri dulu.Dasar perempuan brutal!" aku berlalu pergi dengan penuh elegant.

"Hutang kita masih belum selesai perempuan!" dah macam orang gila dia terjerit-jerit dalam mall tu.Kisah apa aku?

Aku berjalan kearah Tasya dan Angela yang berada di luar kedai pakaian tadi.

"Wei mana kau pergi?Nasib baik aku dengan Tasya tak buat pengumuman tadi." Angela memeluk tubuh dengan wajah seriusnya.

"Aku pergi melabur tadi.Lepastu terjumpa pulak keldai betina depan tandas,tulah yang lama sikit tu." dalam hati aku tergelak bila membayangkan muka Melissa macam keldai.

"Keldai?Macam mana keldai boleh sesat masuk mall ni?Menghairankan..." berkerut dahi Tasya dengan Angela bila dengar jawapan aku.

"Entah.Abaikanlah tentang keldai tadi.Korang dah habis beli kan?Jom pergi tempat lain pulak." mereka berdua mengangguk. Kami bertiga keluar dari mall dan menuju kearah kereta Proton Iriz aku.Baru kelmarin ada seorang pakcik hantar kereta aku dekat rumah.

"Wei,bukan ke tu Sir Adam?" tanya Tasya.Aku melihat kearah yang ditunjuknya.

Dari jauh aku dapat nampak Sir Adam bercakap dengan sepasang pasangan yang berada dihadapan dia sambil memeluk tubuh.Aku tak tahu siapa pasangan tu sebab kedudukan mereka terlindung dengan sebuah pasu.

"Amboi,pantang nampak sir terus tak tengok tempat lain dah kan?" Angela mencuit bahu aku kemudia mereka berdua tergelak.

Aku menjeling tajam."Dahla.Korang balik naik teksi nanti."aku berjalan meninggalkan mereka.Tapi apa yang aku cakap tu sebenarnya tak betul pun.Takkan aku sanggup tinggalkan sahabat aku dekat mall ni pulak.

"Okay kitorang mintak maaf.Nanti aku belanja kau aiskrim Kitkat." kata-kata Angela membuatkan aku tersenyum semula.

"Aku pegang kata-kata kau tu." dia mengangguk perlahan.

Share this novel

NH.HANS
2020-05-05 15:38:19 

ala.. pndknya


NovelPlus Premium

The best ads free experience