Buat pertama kalinya aku menjejakkan kaki disalah satu universiti termegah di Malaysia memang membuatkan aku rasa kekok.
"Dina!"seorang perempuan yang memakai shawl hitam melambai kearah..aku?
" Ya Allah Dina!Rindunya aku dekat kau!"orang disekeliling memandang kami yang dah macam dalam program Jejak Kasih.
"Hehehe,sapa kau?" dia yang seronok memeluk aku terdiam.Alamak!Aku dah bagi dia sakit hati ke?
Dia tersenyum nipis."Akulah,Tasya."
Ouwh inilah yang mak kata kawan aku ni?"Ouwh,sorry.Tahulah keadaan aku macam mana."
"Takpe.Jom masuk kelas.Hari ni ada pensyarah baru tau!Aku tersempak dengan dia tadi,masyallah handsome betul!" aku menjeling Tasya.
Lima minit kami berjalan akhirnya tibalah dikelas.Aku dengan Tasya duduk ditempat yang tinggi daripada pentas pensyarah.
"Dina,kau dah sembuh?" datang pulak sorang gadis berambut kelabu kearah aku.
"Habistu kalau dia tak sembuh,manusia mana yang aku bawak ni Cik Angela oii." Angela hanya tersengih mendengar kata Tasya.
Tiba tiba dewan yang bising tadi menjadi senyap apabila satu gerangan memasuki kedalam dengan gaya yang penuh macho.
"Good morning.Okay,first I want to introduced myself.My name is Adam Mirza,you can call me Sir Adam.No abang,cikgu,b,sayang,Adam or else.Just Sir Adam." tegas suara itu bercakap.
Aku hanya mencebik.Macamlah orang teringin sangat nak panggil dia dengan gelaran macam tu.Buwerk!
"Excuse me girl?" semua mata memandang kearah aku.Alamak!Kuat sangat ke suara aku tadi?
"Nothing." aku memberikan senyuman gula aku.Well,aku senyum memang manis pun sebab ada lesung pipit yang cute dekat pipi comel aku ni.Ahaks!
Sir Adam mengangguk."Whatever.I rasa kita tak payah kot nak bangun introduce apa bagai,we start now."
Semua menahan rasa berdebar dengan sir baru itu termasuklah aku sendiri."Sayang...."
Terkejut aku.Aiseh,aku nak berlajar lah 'sayang' oi!Nak kacau aku tunggulah habis sir beku ni keluar dulu!
"Sayang...." aku cuba hiraukan dengan memandang muka Sir Adam di depan.Wait,aku rasa aku macam pernah tengoklah muka sir ni.Tapi dekat mana eh?
Kelam kabut aku bila kantoi dengan Sir Adam tengah syok tengok muka dia dekat depan.Dia mendekati aku yang berada dibarisan kelima ini.Wey,dia nak buat apa dengan aku?Matilah nak...
Sir Adam berhenti tepat dihadapan aku."Berdiri."kata dia sepatah.
Aku pun berdiri dengan hati yang terpaksa.Degupan jantung aku jadi lagi kencang bila Sir Adam dekatkan muka dia dengan aku.
Kenapa dengan dia ni?Takkan dia nak kiss aku depan orang ramai pulak?Mak!Abah!Tolong anak mu yang comel ini!
Semakin lama semakin dekat wajah dia dengan aku.Mata aku terpejam sebab tak sanggup tengok muka dia lagi.
"Girl?Girl?Hey girl!" mata aku terbuka luas bila mendengar suara garau itu.
Sekali lagi aku menjadi perhatian manusia dalam dewan itu namun kali ini disertakan dengan sengihan,bisikan syaiton dan ada jugak yang membuat muka geli.
"What's wrong with your mouth?Or you want to kiss someone?If yes,please do that after my class." tegur Sir Adam dengan muka bekunya.
Bila habis saja Sir Adam cakap,semua manusia disitu tergelak macam syaiton nirojim kecuali aku dan dia.
Aku tutup muka aku dengan buku.Wtf?Nasib dewan ni gelap sikit kalau tak aku yakin diorang nampak muka aku dah merah macam tomato basi sekarang ni.
"Stop laugh everyone! Now focus,you're still in my class and you girl.Stop do that or I akan suruh you duduk tepi I,faham?" aku hanya mengangguk.Apalah malang sangat hidup aku hari ni?
Kalau orang lain tengok mesti diorang agak yang aku tengah focus kedepan sedangkan fikiran aku ni dah melayang pergi Korea Utara sambil mengenangkan nasib aku yang malang ni.
Beginikah nasib
Diriku yang malang
Oh Tuhanku?
Huhuhuhu......
Share this novel