Sejak semalam aku tak bercakap dengan dia.Adam..kalau dah moody kalah valak.Seram siot!
Aku masak,sikit tak disentuhnya.Sedih?Gila tak sedih,macam nak terjun dari tingkat atas saja dilayan begini.
"And ada tulis kat bawah tu lagi,cara ni boleh pujuk dia tau."kata Tasya beberapa hari lepas terlintas difikiran aku and yes!Aku pandang diri sendiri dicermin bilik air.
Malu!
Punyalah petang tu aku paksa Tasya dengan Angela teman ke mall.Sekali diorang tahu sebabnya,aku pulak yang dipaksa pilih itu ini.
"Tadaa!" Angela menayangkan mini dress nipis yang berwarna hitam.Muka aku tak payah cakap lah,tebal macam tanah dalam bumi kot!
Bunyi dari pintu menandakan Adam baru pulang.Cepat-cepat aku berlari kearah kaunter dapur,pura-pura masak.
"Medina?" aku gigit bibir sebelum berpusing kearah dia.Jelas riak terkejut menghiasi wajah dia.Aduh..malu!
"You look sexy on the dress." dia bersandar dipintu dapur sambil tersenyum sinis.Tak tergugat ke mamat ni?
"Herr..." aku kehilangan kata.Kalau aku lari masuk bilik agaknya dia nak kejar tak?
Setapak..dua tapak..dia mula mengatur langkah berjalan kearah aku.Aku pegang singki dibelakang.Nak saja aku guna yoyo Ejen Ali,ikat dekat lampu dan lari dari sini.Dina!Kau merepek apa ni!
"Saya saja jer pakai.Panas malam ni." aku bagi alasan yang tak munasabah.Adam tersengih macam kerang dalam tuppawer yang dah lama busuk.
"Its okay,Dina.Just say that you nak raikan malam kita.I okay jer."dia tergelak kecil.Aduh..boleh tak kalau aku buat pengsan sekarang?
" Aper yang aw..awak merepek ni."jantung aku ni tak payah cerita wei..bunyi macam kompang!
"You yang goda I dulu,lagipun sapa suruh pakai macam tu.Jomlah Dina..please?" rayu dia sambil pegang tangan aku.Aduh..terhakis iman aku yang memang senipis kulit bawang ni.
"Tapi lusa dah puasa." aku masih mencari alasan.Ikutkan nak aku melutut menangis.Tapi aku sedar dah terlambat!
"Sebab lusa puasalah I nak malam ni."meremang bulu roma aku bila bisik dia dekat telinga aku.
"Kalau you taknak,I paksa." habis berubah bahasa dia.Mak!Tolong Dina!
"Tapi..." belum sempat aku habiskan kata,dia angkat tubuh aku kebilik dia.Gila kuat dia ni.Aku ni berat kot!
Yeker?
"You sudi kan?" kata dia sebaik sahaja tubuh aku selamat mendarat diatas katil.
Kalau aku geleng atau angguk tetap sama sahaja jawapan dia,jadi aku biarkan soalan dia tergantung.
"You know what?Silence is yes for the any answer." hurm,cepatlah Adam oit!Nanti aku lari keluar baru tahu.Jap?Kenapa macam aku yang ketagih sangat pulak ni?Oh shit!
"Just go..saya taknak dihukum isteri durhaka sebab tolak permintaan suami." dia tersenyum.Tangan dia dipanjangkan untuk menutup lampu disebelah.
Dan malam ini saksi bagi segalanya dalam hubungan kami.
******
"Awak...saya lapar." keluh Adam diatas sofa.
Walaupun kejadian itu baru berlaku,aku rasa sangat gembira.Bukan syok sebab tu,tapi sebab Adam dah macam terima aku sebagai isteri dia.
Panggilan 'aku kau' dia tukar jadi 'awak saya'.Lepastu sembahyang pun jemaah,dan paling happy dia benarkan saya tidur sebilik dengan dia.Rasa tak menyesal pulak buat dia camtu.Hahahaha..
"Lapar?Takkan puasa pertama dah tak tahan kot?" dia mencebik manja.Lain macam betul suami aku ni.Dulu macam singa lapar,sekarang tukar jadi kucing manja pulak.
"Baru pukul empat,lapar!" keluh dia lagi.Dia ni tak pernah puasa ke apa?Dari sahur sampai sekarang merungut tak sudah.
"Dari awak mengeluh macam kerbau tu,baik tolong saya masak ni hah." aku memeluk tubuh dihadapan dia.
Adam tersengih sambil menarik tangan aku supaya duduk disebelahnya."Tak payah masak.Jom pergi bazar,nak?"
Aku pandang wajah dia lama.Nak ke tak?
"Jomlah..." rengek dia.Eee...perangai macam mintak penampar lak laki aku ni.Dina..dia suami kau.Waktu dia tak suka kau,kau merungut.Sekarang dia camni kau merungut lagi pulak!
"Yelah." dia menepuk tangan sambil tergelak.Aku pandang dia semacam.Pelik betullah dia ni.
*******
Banyak betul dia beli makanan.Dalam rumah ada dua orang tapi beli macam dalam perut masing-masing ada saka.
"Banyaknya..nanti kalau tak habis jangan nak rungut dekat saya." aku beri amaran dekat dia.
"Tak..saya tahu ia akan habis jugak." bantah dia.Aku mencebik perlahan.Takut jugak kalau dia tarik mulut aku sebab selalu mencebik.Silap haribulan mulut aku jadi macam Zila Bakarin pulak.
Kami duduk dimeja apabila azan mula berkumandang.Adam membaca doa sebelum makan.
Aku pandang dia pelik.Ni laki aku atau beruk?Gelojoh macam baru balik dari Somalia...
Air tiga gelas,ayam bakar sebelah,nasi dua pinggan dan kuih satu pinggan.Fuhh,lapar betul dia ni.
"Allahu,kenyangnya Ya Allah..." kata dia setelah habis semua makanan dimakan.Terbaring dia diatas katil.
"Hah,solat maghrib dengan Isyak dulu.Terawih saya rasa memang tak lepas dah tu!" kata aku dibirai katil bila melihat dia yang seperti akan hanyut dalam mimpi sebentar lagi.
Terkejut Adam bila disergah aku macam tu.Dia duduk sambil meraup mukanya."Yelah...nasib baik saya tak larat malam ni.Tidak.."
Aku berlari masuk dalam bilik air.Tak sanggup dengar dia menyambung ayat.Terdengar ketawa diluar sana.Gila!
Share this novel