Aku turun ke kafe hotel untuk sarapan pagi dalam pukul 8:00 pagi macam tu.
"Hey girl." sapaan seseorang dari belakang membuatkan aku sedikit terkejut.
"Adam?Eh,maksud saya Rafiq?Macam mana awak dekat sini?" tanya aku hairan.Takkan dia ikut aku balik sini kot?Atau dia pasang mata-mata gelap?Ah sudah..mulalah otak aku ni fikir macam-macam.
Berkerut kening dia mendengar soalan aku."Salahke kalau saya nak ada dekat hotel papa saya sendiri?"
"Ni hotel papa awak?" tanya aku untuk kepastian.Jadi mamat depan aku ni boleh tahan kaya jugaklah..
Dia tergelak dengan soalan aku."Jom,jumpa family saya.Nak tak?"
"Buat apa?"tanya aku tak puas hati.Yelah,baru jumpa kelmarin dah nak bawak aku jumpa family dia.
" Saja jer.Jomlah..."aku hanya ikutkan saja.Jumpa family jer,bukan dia nak bawa kau pergi Siam paksa kau kahwin pun!
********
"Assalamualaikum!" suara Rafiq memenuhi ruang rumah banglo itu.
"Waalaikumsalam.Eh?Sapa ni along?Menantu mama ker?" seorang perempuan dari tingkat atas berjalan kearah kami.
Merah muka aku manakala Rafiq hanya ketawa nipis."Eh,kitorang kawan je aunty.Herr..."aku hanya tersengih.
"Kawan,lama sikit jadilah kahwin.Hahahaha..." ketawa perempuan itu lagi.Fuh...boleh tahan ramah family Rafiq ni.
"Yelah tu.Mama,ini Medina.Awak,ini Puan Rose,mama saya." aku bersalam tangan Puan Rose itu.
"Adik mana,ma?"
"Ada tu hah dekat meja makan.Jomlah,Medina makan sekali." dia menarik tangan aku kearah meja makan.
Dari jauh aku ternampak seorang gadis seronok menyapu jem diatas roti.Eh?Dia tu macam...
"Nureen?!" suara aku agak deras.Mana tak terkejut,jumpa musuh lama kot.Musuh ker?Bukan dia ker yang tolong kau dulu?Arghh..abaikan!
Gadis itu mengangkat kepala.Jelas riak terkejut diwajah dia.
*********
"Dina apa khabar?" dia memulakan bicara setelah lama berdiam diri.
"Bolehla.." yeker?Okay ker aku sekarang ni?
"Lama tak jumpa,you nampak kurus sikit." aku hanya tersenyum.
"You kenal dengan abang I?"
"Abang?" aku pandang gadis berambut lurus berwarna ungu biru separas bahu itu.Dia mengangguk sambil tersenyum.
"Yes,or lebih tepat abang kembar." bulat mata aku.Kembar?
"Nureen tak perasan ker muka dia tu macam.."
"Sir Adam?" potong dia.Aku mengangguk.
"For the first,call I Jazz.Memang you perasan muka dia macam Sir Adam sebab dia adalah..kembar sulung kitorang." aku jadi lebih terkejut dengan jawapan itu.Diorang tiga kembar?Biar betik!
"Jadi,Jazz tak tahu ke Adam pergi mana?" dia menggeleng.Kalau diperhatikan,wajah Jazz ni memang ada rupa Adam dan Rafiq.Dari segi mata,mulut dan hidung diorang.
"Bukan setakat I,Rafiq or family.Tapi satu dunia tak tahu dia hilang ke mana." aku jadi kecewa dengan jawapan dia.
Adam?Mana awak pergi?
Share this novel