6

Romance Series 7395

Aku suka dia?Tak..tak mungkin.Tapi,kenapa bila aku jumpa dia,aku dapat rasakan yang dia diciptakan untuk aku?Pasangan sehidup semati aku?

Kalau ini kebetulan,mimpi tu...

"Argh!Pening bodoh!"aku mengeluh kuat sebelum tangan aku kuat menarik clutch dan menekan pedal minyak yang menyebabkan kereta Proton Iriz merah aku meluncur laju diatas jalan.

Aku pun tak tahu macam mana aku pandai naik kereta.Siap ada lesen lagi.Tapi mak aku cakap yang aku pernah buat kerja sampingan kat sebuah kedai makan.Punya puasa nak dekat setahun semata mata nak beli kereta ni.

Tengah syok aku dok feeling bawak kereta,ada panggilan masuk dari dalam bagpack aku.Orang kata yang kalau nak call orang perempuan,kena call tiga kali.Satu,waktu dia tengah cari.Dua,waktu dia dah jumpa.Tiga,baru dia jawab.

Tapi bukan untuk aku eh?Bagpack aku ni lapang je dalam tu and memudahkan aku dan si pemanggil bergayut dalam telefon.

'Abah.'aku tersenyum sebelum menyeret button hijau keatas.

BUMM!Terkejut beruk aku jadinya.Telefon yang baru nak diletakkan ditelinga tadi terjatuh kebawah.

" Hello?Dina?Dina?"dengan ketar aku mencapai telefon dibawah.

"Abah...." jantung aku berdegup kencang.Kalau doktor check pun boleh pekak agaknya.

"Kenapa ni Dina?" suara abah jugak kedengaran cemas disana.

"Dina langgar kereta orang abah."aku mula nak nangis.Alahai,lembutnya jiwa aku ni.

" Hah?!Kereta apa?"

"Lam...lam..." gagap aku jadinya.Bapak mahal kereta yang aku langgar ni.Entah aku gadai kereta ni pun tak mampu nak bayar.Matilah nak!

"Abah,Dina letak telefon dulu.Tuan kereta tu dah keluar lah abah." aku menjadi lebih takut bila seorang lelaki keluar dari kereta tu.

"Kamu bawak berbincang dengan tuan kereta tu.Kalau ada cedera pergi klinik." nasihat abah aku cuba hadam.

"Okay abah,bye.Assalamualaikum." aku tutup telefon dan membuka pintu keluar.

"Encik saya mintak maaf banyak banyak sangat sebab dah terlanggar bontot encik." aku memulakan sesi meminta maaf aku.

Tapi aku tengok lelaki depan aku ni macam struggle sangat nak tahan gelak.Kenapa?Takkan sebab dia banyak kereta kat rumah,jadi adegan terlanggar kereta ni bagi dia macam Maharaja Lawak Mega?Ataupun ada lipstick lekat kat gigi aku?Ke ada kuah sambal yang aku makan tadi tertumpah atas tudung aku.

"Hahahaha..." akhirnya dia melepaskan ketawa yang bagi aku tak lawak tu.

"Kenapa?" tanya aku lembut.Yelah,aku dah langgar kereta orang tadi.Takkan nak bagi backhand kat dia pulak.

"Jangan risau kalau awak langgar bontot saya.Yang pastinya saya takkan marah awak.Hahaha..." dia menepuk paha macam ini kali pertama dia dengar lawak macam tu.

Jap?Langgar bontot?Aku cakap macam tu ke tadi?Tak perasan pun!

"Eh,bukan.Maksud saya..." aku diam bila tengok tangan dia diangkat.

"Takpelah.Setakat calar ni saya tak kisah pun." seriously? Aku langgar bontot kereta Lamborghini dia ni,boleh je dia kata takpe.Macam tu tak payahla aku nak puasa bagai.

"Tapi dalam pemerhatian saya,kereta awak yang nampak teruk." aku pusing ke belakang.Lupa sekejap dekat kereta kesayangan aku tu.

"Kalau nak start saya rasa memang tak hidup." dia menyambung lagi kata kata dia.

"Habistu,apa yang saya nak buat?" eh?Kau tanya dia?Kau langgar kereta dia,boleh pulak kau buat perangai kan?

"Ermm...macamnilah.Saya dah call mechanic suruh diorang tarik kereta awak." Aikk?Masa bila dia call mechancic pulak?Tapi,kenapa dia ni baik sangat?Aku ni dikira stranger kot.

"Saya bawak awak ketempat yang awak nak pergi,jom." aku masih kaku disitu.Ikut dia pergi?Memang taklah!Silap haribulan dia bawak aku lari pergi Siam paksa kahwin dengan dia.Cett,kau fikir kau lawa sangat ke Dina sampai laki ni nak kahwin dengan kau?

"Jomlah." dia masih setia berdiri ditepi keretanya.Aduh,nak ke tak ni?

"Awak jangan risau.Saya takkan bawak awak pergi Siam paksa kahwin dengan saya." pergh,dah macam mastermind pulak dia ni boleh baca fikiran aku.

"Boleh percaya ke?" dengar memang macam jual mahal tetapi tu lebih baikkan?

Dia tersenyum."Saya dah kahwin lah awak.Lagipun bahaya kalau awak duduk sini.Silap haribulan orang tarik awak masuk van putih,camna tu?"aku jadi takut dengan cerita dia.Tapi,dia dah kahwin?Bini dia takkan tak marah kot?

"Awak pergilah ambil beg dengan kunci kereta awak.Jangan risau,saya orang baik." dia berjalan kearah kereta Lamborghini dia.

Aku pun ikut saja arahan dia.Ya Allah,engkau jagalah keselamatan hamba mu ini Ya Allah.

~~~~~~~~~

Suasana agak awkward dekat situ sebenarnya.Hanya lagu Justin Bieber yang 'menyembang' dalam kereta.

"So,whats your name?" akhirnya,dia buka jugak mulut dia.

"Medina Zahra." jawab aku sepatah.

"Ouwh,saya Syazwan Arif.Actually awak sebenarnya nak pergi mana yer?" lembut Syazwan tanya aku.

"Saya nak balik kampung dekat Kedah.Saya tak sangka boleh jadi macamni.Saya mintak maaf yer?" aku senyum versi cair aku lagi.Syazwan pulak tersenyum sampai ternampak lesung pipit.Pergh,lawa siot.Silap haribulan aku yang cair ni.

"Takpelah.Jauhla nak balik Kedah dari sini.Saya bawak awak balik rumah family saya dulu,boleh?Nanti saya suruh driver kitorang bawak awak pergi sana.Boleh?"

Aku?Boleh jer tapi aku takutlah kalau bini dia marah.Macam mana kalau dia jealous sampai periuk belanga dibaling kemuka aku?Kemiklah muka aku nanti!

"Ouwh,first saya nak cakap awak jangan risau kalau isteri saya nak marah ke apa.Dia takkan marah punya sebab dia tahu saya boleh dipercayai." Eh,bolek pulak mamat ni masuk bakul angkat sendiri.Tapi kalau dia tak boleh dipercayai,kenapa aku boleh duduk dalam kereta dia pulak?Bodohla kau Dina!

"Okay,kita dah sampai." aku tengok rumah dua tingkat depan aku.Besarnya rumah!Ni kalau gabung rumah sewa aku dengan rumah kat kampung pun tak boleh lawan lagi ni.

"Daddy..." seorang budak kecil memeluk kaki Syazwan.

"Sapa tu daddy?" budak itu menunjukkan jari kecilnya kearah aku.

"Ini Kakak Medina.Mummy mana sayang?" aku hanya tengok adegan mereka.

"Dapur." jawabnya sepatah.

Syazwan mengangguk."Jom awak.Saya bawak awak jumpa isteri saya."

Aku ikut diorang dari belakang."Sayang,abang dah balik ni."

"Hurm,lambatnya balik.Eh?Sapa ni?" dia menuju kearah aku.Janganlah jealous, janganlah jealous...

"Itu Medina.Abang terlanggar kereta dia tadi." Eh?Kenapa dia cakap dia yang langgar pulak?Aku tengok Syazwan dan dia mengenyit mata kearah aku supaya aku berbohong.

"Abang!Ya Allah,kesian dekat awak." dia menarik tangan aku nak tengok kalau ada luka dekat tangan.Aku semakin rasa bersalah sebab berpakat dengan Syazwan tipu bini dia.

"Saya okay jer." jawab aku sambil tersenyum manis.

"Nasib baik awak tak cedera.Abang,kan sayang dah cakap bawak kereta elok elok.Tahulah abang tu pelumba kereta tapi bawak semangat lumba abang tu waktu pertandingan sudahla.Jangan dok bawak waktu macam ni pulak.Tengok,dah terlanggar kereta orang!" bebel si isteri lagi.Aku rasa bersalah tahap berganda bila Syazwan yang disalahkan sedangkan aku yang bawak kereta macam babi sondol orang.

"Hehehe,alah you ni.Janganlah marah.Medina,nanti saya suruh Pak Mail hantar awak balik Kedah." aku hanya mengangguk.

"Hmm,abang lupa ke yang Pak Mail balik Selangor jenguk bini dia sakit?"si isteri menggeleng dengan sikap pelupa suaminya.

" Puan,saya boleh balik sendiri."aku cuba meregangkan suasana yang agak tegang itu.

"Eh,janganlah panggil puan.Panggil saya Kak Raf jer." dia senyum nipis.

"Medina tak payahla nak naik grab bagai.Saya suruh adik saya hantar awak balik kampung.Lagipun dia cakap nak ke Kedah nak lawat kawan dia sakit." aku hanya mengangguk.

Aku ditarik Kak Raf keruang tamu manakala Syazwan pergi ketingkat atas untuk memanggil adiknya.

"Medina kerja dekat mana?" sesi perkenalan sudah tiba...

"Saya tak kerja lagi.Tengah habiskan tahun ni study dekat universiti." jawab aku jujur.

"Ouwh,kalau awak nak tahu.Adik saya ni walaupun nampak macam muka nak makan orang,dia baik tau sebenarnya." apa?Muka nak makan orang?Harimau ke apa adik dia ni?

"Why Kak Raf?Mir nak kemas barang ni..." suara dari belakang menarik perhatian aku dan Kak Raf.Tapi gerangan dihadapan membuatkan jantung aku macam nak lari keluar.Secara automatik aku memandang kedepan.

"Dia nak balik kampung tapi kereta tak boleh start sebab abang terlanggar kereta dia.Hehehe,Mir nak pergi Kedah jugak kan?" aku doa dalam hati supaya dia tolak permintaan abang dia tu.

"Okaylah kalau dia nak balik Kedah jugak.Miss,can I see your face?" suara garau itu membuatkan aku rasa nak jadi halimunan dan lari keluar dari rumah banglo ni.

"Medina jangalah malu dengan Mir.Dia baik tau." pujukan dari Kak Raf membuatkan aku memandang kebelakang.

Bulat mata dia tengok aku.Rupa macam dah nampak hantu pun ada."You?!"

"Hai...Sir Adam." aku tersengih macam budak bodoh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience