12

Romance Series 7395

Tepat pukul 10:00 pagi kereta Proton Iriz aku tiba di lot parking universiti itu.Dari side mirror aku ternampak kereta Aplhard hitam Adam mengekor dari belakang.

"Perghh..caring naw husband kau tu Dina." kata Tasya sambil tergelak.Hari ni dia tumpang aku sebab perlu bawak banyak barang.Sejak aku kahwin dan berpindah rumah,Tasya ikut pindah kerumah sepupunya yang berada berdekatan dengan rumah Adam.

Aku senyum tak cukup rasa mendengar gurauan Tasya tu.Huh,sweet lah sangat!Dia tak tahu semalam aku dengan Adam puas main tarik rambut.By the way,dia sendiri suruh aku gugurkan gelaran sir sebab taknak aku tersasul depan family dia nanti.

*******

Aku menyumbat popcorn dalam mulut sambil seronok layan cerita Nur dekat tv3 diruang tamu.

Tengah dok feeling layan drama tu,satu gerangan dari mana entah merampas remote disebelah aku dan dengan selambanya jugak dia buka saluran sukan.

"Eh,apa ni?Bagilah balik..." aku cuba merampas remote ditangan dia.

"Aku nak tengok bola lah,kau pergilah study.Tahulah esok camping tapi study kan lagi penting." Cis,dengar macam caring tapi sebenarnya dia nak layan bola dengan 'aman' tanpa gangguan aku ler tu.

"Alah,dalam bilik awak kan ada tv.Pergilah tengok dalam bilik awak." aku masih dalam cubaan merampas remote tv yang diangkat tinggi oleh dia.Mentang-mentanglah aku tinggi paras bahu dia saja,sampai hati dia seksa aku macam ni!

"Taknak.Tengok dalam bilik takde feel.Dah,pergi study nuh.." dia menolak bahu aku.Bila tengok aku tak berganjak,dengan riangnya dia starlight kan dahi aku.

Berbinar jugak pandangan aku."Aduh..sakitnya.Ni jari ke batang besi?Sakit siot."aku mengaduh perlahan.

Aku jeling dia tak puas hati.Perlahan-lahan jari aku bergerak mencari mangsanya.

"Aduh..." Adam mengaduh sakit bila rambut hitam pekatnya aku tarik dengan tangan kanan manakala tangan kiri aku merampas remote ditangannya.

Dapat!Terus aku membuka saluran tv3 semula.Dia pandang aku dengan riak tak puas hati.

Lima saat berlalu akhirnya Adam mula membalas dendam.Rambut aku yang diikat pony tail ditarik dia dari belakang."Aduh bapak sakit woi!"dengan spontan ayat itu terkeluar dari mulut aku.

"Give me the remote!"arah dia sambil cuba mencapai remote yang berada dibelakang aku.

" Taknak."lepas saja aku kata macam tu,terus rambut aku ditarik dia lagi kuat.

Aku yang taknak mengalah turut tarik rambut dia semula.Masing-masing dengan perangai macam budak kecil namatey.

Tanpa aku sedar,remote dibelakang aku terjatuh dalam cawan yang diisi air susu coklat dibawah sofa yang diletakkan aku tadi.

Senyap!Itulah yang terjadi sebaik saja perkara itu berlaku.Akhirnya selepas lima minit berperang,dia melepaskan rambut aku dan aku jugak melepaskan rambut dia.

"Ni semua kau punya pasal!" ah sudah,gaduh balik!

"Eh,salah dia tunding jari dekat orang lain pulak.Sapa yang first berebut remote hurm?" dia senyap.Hehehehe,sentap ler tu!

Dia pandang aku dengan muka bekunya.Aku balas pandangan dia semula.Rasa macam ada kilat diantara kami berdua.

"Hurm!" masing-masing dengan rambut serabai berjalan ketingkat atas.Aku menaiki tangga manakala dia menaiki lif.

"Woi!" Tasya memetik jarinya dihadapan muka aku.

"Alah..berangan pulak dia.Jomlah,Sir Adam nak check kehadiran tu." aku mengangguk dan membuka pintu kereta.

Adam yang berdiri sambil bermain telefon tadi mendekati aku.

"Medina.." aku hanya memerhati tingkah laku dia.

"Dalam universiti ni,just you,Tasya and Angela yang tahu kita ni berkahwin.Kau jangan bagitahu sesiapa tentang tu.Faham?" walaupun pedih,aku mengangguk perlahan.

Dia tersenyum sinis."Good girl.Lagipun bagus jugak kau dan aku berahsia macam ni,sebab?Sebabnya lambat laun aku akan lepaskan kau satu hari nanti.Nanti taklah malu sangat kan?"dia berlalu pergi kearah para pelajar yang lain.

Tertunduk aku memandang jalan tar.Air mata yang ingin mengalir diseka perlahan.

"Kau tunggulah,satu hari nanti aku akan runtuhkan ego kau." janji aku dalam hati.Yer,aku kena kuat.Sampai bila watak heroin aku kena lemah semangat.Aku akan buktikan yang aku kuat.Fighting!

***********

Perjalanan ke pantai yang terletak di Terengganu mengambil masa empat jam.

"Dah sampai...tolong saya angkat barang dekat bonet kereta,boleh?" pertanyaan dari Puan Laila dibalas dengan angukkan dari kami.

"What?Kita kena berkhemah dekat sini?Taknaklah!Mesti banyak nyamuk!I nak tidur dalam hotel!" suara Melissa menarik perhatian kami.

"Oii cik kak.Amboi,belagaknya.Acah mat saleh konon.Sedangkan surat beranak dari utara jer." Muaz memerli gadis bertopi itu.

"Eh mamat!Mulut kau memang kurang ajar kan?Dasar orang kampung..damn you bitch!" dia memaki Muaz yang masih beriak tenang itu.Kami hanya menjadi pemerhati bebas ditepi.

"Sudah!Bergaduh pulak kamu dua ni.Melissa,kalau taknak berkhemah dekat sini,sir boleh buatkan rumah atas pokok.Kamu nak?" Melissa menelan liur mendengar perlian dari Adam.Perlahan-lahan dia menggeleng.

"Good.Kena jugak didik diri tu hidup cara orang susah.Nanti taklah malu dengan orang sekeliling." Adam memberi ceramah motivasi percumanya lagi.

"Hahaha..husband kau tu sekali buka mulut boleh tahan jugak eh deep." kata Angela yang puas gelak melihat muka kelat Melissa tadi.

"Tulah.Kalau aku jadi Si Melissa tu,mesti tebal muka aku sebab tahan malu." Tasya disebelah setuju dengan kata Angela tadi.

Hurm..diorang tak tahu dekat rumah aku dengan Adam macam langit dengan bumi.Nak bercakap pun tak,bilik asing,sembahnyang jemaah pun tak diajaknya.Cuma setiap hari sebelum ke universiti dia akan bagi nafkah dan dia jugak benarkan aku salam tangan dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience