33

Romance Series 7395

Hati aku sedikit kacau bila mendapat surat dari Adam kelmarin.Macam mana dia tahu aku mengandung? Dan...yang tahu aku mengandung cuma Rafiq!

Dia ker yang bagitahu abang kembar dia?Jangan-jangan stalk aku tah?Atau dia ikut kemana saja aku pergi?

Aku duduk diatas katil hotel itu.Semakin lama difikirkan,otak aku pun dah jadi serabut macam apa dah.

Aku mengambil keputusan untuk berjalan sekitar ni disebabkan ribut salji pun dah takde dekat luar.

***********

"Wah..baru seminggu tak nampak muka kau dah macam kena pam angin eh?" itulah ayat Tasya sebaik sahaja ternampak aku.

"Ceh,sesedap hati kau jer cakap muka aku macam kena pam angin.Kau tak faham macam mana rasanya berbadan dua ni.Always lapar sampaikan muka kau pun aku rasa terliur." Tasya ketawa dengan kata-kata aku.

"Yelah tu,baik kau makan sekarang sebelum sebelah muka aku hilang kau telan." aku hanya tersenyum dan menjamah makanan dihadapan.

"Dina,andai kata Adam datang balik dan nak dengan kau,apa yang kau nak buat?" soalan dari Tasya membuatkan aku terdiam sekejap.

"Tasya,takde sebab aku nak tolak dia.Lagipun kami mana bercerai pun,jadi kalau dia datang balik,maybe aku sebagai isteri mithali akan terima dia dengan sepenuh hati?" Tasya hanya mengangguk perlahan.

"Yelah...tak sangka kan,pensyarah kita boleh jadi suami kau.Haish,bilalah turn aku pulak." keluh Tasya sambil tangannya mengacau mushroom soup dalam mangkuk dihadapannya.

"Lorh,kau pancinglah mamat kat sini sorang.Mana tahu rezeki kau dapat laki mat saleh,family kau juga melopong nanti."

"Ahahaha, kalau laki aku dari sini jenuh wei kalau satu hari nanti aku mengidam nak makan budu ker,durian,tempoyak.Silap haribulan pengsan dia sebab bau makanan tu nanti." aku tergelak kecil.

Tiba-tiba telefon aku berdering.Nureen?

"Hello?"

"Dina..Dina!Adam...Adam accident!"

"Apa?!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience