Bergegar rasanya meja yang kami tengah duduk sekarang ni dengan gelak ketawa dari Angela dan Tasya.Aku pulak tengok diorang dengan muka tak puas hati.
"Hahaha...orang tengah belajar,sibuk dia nak kiss." gelak Tasya lagi.Sekali sekala dia memegang mulutnya yang sakit akibat gelak.
"Apa yang kau tengah fikir waktu tu hah?Or kau nak kiss Sir Adam?" celah Angela pulak.Kemudian mereka dua gelak lagi.
"Ha.Ha.Ha.Gelaklah korang sampai puas.Aku tak fahamlah macam mana aku boleh kawan dengan korang dulu." haa..ambik kau!
Gelak ketawa tadi mula reda."Aduh..sakit perut aku."kata Tasya perlahan sambil pegang perut dia.
"Berhenti pulak.Gelaklah lagi!" aku mencebik geram.
"Alah beb,janganlah marah." Angela pegang tangan aku sambil tersengih.Aku hanya abaikan.
"Wey korang." datang seorang budak lelaki kearah meja kami.
"Ni borang untuk camping bulan depan.Kita empat sekumpulan tau dengan Puan Laila." kata dia lagi sambil membetulkan topi BTS nya.
"Awalnya bagi...next month kot." rungut Angela sambil menyambut borang yang diberi budak lelaki tadi.Aku hanya diam sebab aku tak kenal budak lelaki tu.
"Kau macam tak tahu Puan Laila tu camna,tak gitu Muaz?" kata Tasya pulak.
"Betul,dahla.Aku nak gerak.Eh,Dina?" Aku hanya senyum hambar.
"Patutlah happy semacam je korang.Geng dah lengkap rupanya." kata dia lagi sebelum berlalu pergi dari meja kami.
"Weii,korang agak Sir Adam dapat kumpulan dengan siapa eh?Mesti kumpulan tu hambar je nanti." Tasya menyambung semula umpatan yang tergantung tadi.
"Kan,tapi best jugak.Mana tau kita kena buat jungle tracking lepastu kaki terseliuh.Mesti dia dukung.Awww...how sweet!" Gadis Cina itu mula mengeluarkan aura gediknya.
"Eeee,gatal.Kau ingat dia nak ke?Buat dia tinggal je kita dekat situ.Haa,jalanlah kau dengan kaki terseliuh." aku mencelah sembang diorang yang semakin rancak.
"Alah kau ni,Dina!Janganlah jealous sangat.Aku tahulah kau nak kiss dia pun nanti." aku menghadiahkan dia sebuah sepit ketam dilengan.
"Aduh,sakitnya.Kau lepas dengan sebelum koma cubit kau memang power lagi kan?" berkerut muka Tasya menahan sakit sepit ketam aku tadi.Huh,kisah pulak aku.
"Omaigod,kita dapat kumpulan sekali dengan Sir Adam lah wei!" suara dari belakang menarik perhatian kami.
"Rezeki kita lah!Boleh aku bagi muka aku ni,mesti dia jatuh cinta." kata pulak seorang gadis disitu.
"Hello?He's mine!"sambut pulak seorang gadis diantara mereka.Aku rasa itulah ketua geng tu dari gaya dia yang lagi eksyen dari orang lain.
"Gila ke apa?Macam manalah dia nak bagi muka dia dekat Sir Adam?Nanti dia takde muka ke?" tanya Angela perlahan takut geng sebelah terdengar.
Aku dengan Tasya tergelak dengan kata kata Angela."Sapa tu weii?"tanya aku pulak.
"Oh lupa pulak kau amnesia.Kalau kau nak tahu,itulah geng BK,black kitten.Diorang ni anak orang kaya.Berlagak nak mampus kot!" Tasya mengangguk dengan jawapan Angela.
"Betul,kalau kau nak tahu.Yang rambut biru hitam tulah kepala dalam geng tu.Nama dia Melissa.Yang pakai hoodie tu pulak Suzan,dia ni pendiam sikit tapi sekali kau kacau,nampaklah tanduk dia." rancak Tasya memperkenalkan geng itu.
"Yang dari tadi dok kipas muka dia tu pulak nama dia Batrisya.Miss universe tu memang belagak and gedik.And geng diorang yang paling buas tu nama dia Nureen.Yang ni bolehla kalau kau nak buat geng kenakan orang lain.Dia tak belagak sangat tapi nakal." Angela menyambung tugas Tasya memperkenalkan geng itu kepada aku.Aku hanya mengangguk faham.
"Jomlah balik.Dina,hari ni kau duduk rumah sewa dengan aku kan?" tanya Tasya sambil mengemas bukunya.
"Yes." jawab aku sepatah.
"Aku tumpang kereta dengan kau boleh tak?Hari ni bonda aku hantar sebab aku tak duduk rumah sewa sampai kau sembuh,aku takut duduk sorang." Aku tersengih dan mengangguk dalam masa yang sama.
"Kau taknak tumpang aku ke Angela?" tanya aku sambil mengemas buku jugak.
"Aku duduk asramalah,sayang.Satu kilometer jer dari universiti ni." Angela membuat muka jengkelnya.
"Yelah." akhirnya aku dan Tasya pun keluar dari dewan dan berlalu kearah parking kereta.
Dari jauh kami nampak Sir Adam berjalan kearah keretanya sambil bermain telefon.
"Weii,kau taknak kiss dia ker?" masyaallah,aku ingat dah lupa minah ni pasal topik tu.Dahla suara deras nak mampus.
"Diamlah." jawapan aku disambut gelak tawa Tasya.Aku menjeling kearah Sir Adam.Kelam kabut aku bila dia jugak tengok...aku?!
Share this novel
cool.. nxt authr, bst sgt