36

Romance Series 7395

~Setahun kemudian~

"Okay,loceng pun dah bunyi.Cikgu nak korang semua buat homework muka surat 28 sampai 30.Kalau tak faham boleh mesej and cikgu nak lusa semua complete atas meja cikgu.Faham?" pelajar kelas 4Amanah mengangguk perlahan.

Aku duduk dikerusi setelah sejam berdiri mengajar mereka dengan mata pelajaran kegemaran aku,Fizik.

Setelah kelas sunyi,aku membuka telefon Samsungku.

"Mama!" Suara Faris dan Farisha bergema ditelefon ku.Wajah dioranglah yang paling besar selain dari mak,abah dengan Amirul.

Alhamdulillah selama sembilan bulan memboyot akhirnya aku mendapat dua orang anak kembar.Mungkin hasil sedikit genetik Adam walaupun hanya dua sedangkan Adam mempunyai tiga kembar.Tapi aku tetap bersyukur.

Faris Mirza dan adiknya,Farisha Zahra.Walaupun usia mereka baru setahun yang akan menginjak dua tahun tak lama lagi, tapi mereka berdua memang petah bercakap.

Ingat lagi waktu aku tinggalkan mereka berdua dikampung dua minggu sebab ada kursus di Selangor,sebelum tu diorang cuma pandai sebut beberapa perkataan sahaja.Tapi lepas
dua minggu tu diorang sudah lancar bercakap seperti umur lima tahun.Mungkin dikelilingi orang-orang yang bermulut murai,terikut jugak kembar itu pun.

Ada kalanya diorang akan tanya aku mana papa.Bila soalan itu dituju automatik aku terdiam.

"Hye anak mama.Dah makan ke belum?"

"Dah,paksu bawak kitorang makan abc tadi.Kan paksu,kan?" Amirul dibelakang mengangguk bila diaju soalan Si Faris.

"Yeker?Esok mama pergi sana,kita makan lagi yer?Mama nak pergi dulu,assalamualaikum."

"Waalaikumsalam." mereka berdua bersorak mendengar kata-kata aku.Hurmm...comel betul!

Aku tamatkan video call tadi dan perhatikan keadaan kelas yang sunyi.Hanya kedengaran bunyi kipas sebab semua orang dah balik ke rumah.

**************

"Eeee Tasya comelnya anak kau ni!" terjaga baby yang digendong Tasya setelah terdengar suara aku.

"Ish,kau ni tengok!Terjaga dah anak aku ni." aku hanya tersengih setelah ditegur begitu.

"Alah,anak kau comel sangat.Apa nama dia ni?"

"Well,tengok lah mak dia.Nama dia Ammar Faiz." aku hanya mengangguk.Aku cubit pipi bayi itu lagi.Comelnya...

Manalah tak comel kalau suami Tasya ni laki mat saleh?Tasya lah yang mengajar lelaki itu masuk islam.Tiga hari lepas diorang kahwin Tasya terus umum yang dia mengandung. Fuh,ganas betul mereka dua ni.

"Okaylah Tasya,aku nak balik dululah.Esok aku nak balik kampung."

"Hah,yelah. Kirim salam kat family kau tau."

"Insyaallah. Bye,assalamualaikum." aku tolak pintu wad VIP itu dan berjalan menuju ke lif.

Seorang lelaki yang kebetulan keluar serentak dengan aku dari wad sebelah tapi aku tak sempat pulak tengok muka dia.

"Kau cuba pujuk dia,nanti aku pergi sana secepat yang mungkin." aku curik dengar dari belakang.Gaya cakap macam polis pulak dia ni.

"Haish,kenapalah kau sanggup buat macam dekat aku macam ni?Tolonglah bagi polis sado ni rehat kejap." ngomel lelaki dihadapanku itu.

Polis sado?Fuh,masuk bakul angkat sendiri mamat ni.Kami berpisah bila dia masuk kedalam bilik lain pulak.

Aku masuk kedalam lif dan tekan butang tingkat satu.Tak sabar rasanya nak jumpa anak-anak aku esok!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience