10

Romance Series 7395

Panggilan mengejut dari mak membuatkan aku bergegas pulang ke kampung.Tapi kali ni aku tak berseorang,Tasya dan Angela merengek nak ikut dan nasib baiklah aku ni mempunyai tahap kesabaran yang tinggi.Tidak dah lama aku humban diorang dari Jambatan Pulau Pinang.

"Eh banyaknya kereta dekat rumah kau." kata-kata yang keluar dari mulut Tasya membuatkan hati aku menjadi lebih tidak tenang.Janganlah...

Aku menarik nafas sedalam-dalamnya untuk mengumpul semangat."Assalamualaikum."

Tidak ada yang menyahut.

"Masuk jelah.Diorang tak dengar kot." Tasya memberi cadangan.

Kami bertiga masuk kedalam.Terkejut beruk aku bila melihat pemandangan dihadapan.

"Tok kadi,mulakan.Pengantin perempuan dah ada tu." kata seorang perempuan yang aku sendiri tak kenal.

"Adam Mirza bin Osman." aku baru tersedar ada seorang tok kadi dan..Sir Adam?!

"Saya." aku memandang Tasya dan Angela yang sama terkejut macam aku.

"Aku nikahkan dikau dengan Medina Zahra binti Nizam Zhafran dengan hantarannya dua ribu ringgit tunai."

"Aku terima nikahnya Mediza Zahra binti Nizam Zhafran dengan hantarannya dua ribu ringgit tunai." sebaik saja Sir Adam menghabiskan lafaznya,kaki aku terasa lemah.

"Sah?" empat orang dikiri dan kanan tok kadi mengangguk.

"Alhamdulillah." mereka mengangkat tangan melafazkan doa kecuali aku.Oh,dan Angela.

Selepas beberapa minit mengadakan upacara membatalkan air sembahnyang,tok kadi dan beberapa orang saksi beredar dari rumah.Aku menerpa kearah mak.

"Mak?Apa ni?This is not funny!" kata aku dengan getar walaupun secubit perasaan aku melonjak keriangan.Yelah,sapa tak seronok kahwin dengan crush sendiri kan?Tapi bukan dengan cara ni!

"Medina..mama boleh jelaskan." kata wanita yang aku tak kenal tadi.Jap,mama?

"Mama?" serentak itu jugak Angela dan Tasya berkata.

"Saya Aunty Laila.Mama kepada Sir Adam.Macam ni Medina,Tunang Adam ditangkap khalwat minggu lepas dan perkahwinan akan diadakan next week..."

"Jadi aunty nak jadikan saya ni pengganti lah?Macam tu?" aku memotong cakap dia.Dalam hati aku merungut marah.Maksudnya sir kahwin dengan aku sebab tu?Oh kejamnya!

"Kami terpaksa sayang.Lagipun lepas Mir bagitahu dekat mama pasal tunang dia,Mir nak kami kahwinkan dia dengan kamu.Korang dua maybe boleh bercinta lepas kahwin?" dia memujuk aku perlahan.

Aku?Kahwin dengan Sir Adam?Yippi!!

Aku tengok Sir Adam yang berdiri diberanda rumah."Saya cuba."

Mama tersenyum dengan jawapan aku.Mungkin start sekarang aku perlu gelar dia dengan panggilan macam tu.

"Good girl.Ini,gelang dari pihak lelaki untuk kamu." mereka menghulurkan aku gelang perak nipis yang bercorak beberapa kuntum bunga kecil dan berlian.Aku faham kenapa tidak cincin yang diberi mereka.

"Tak sangka dengan cepat anak abah dah jadi bini orang." aku mencebik dengan jawapan abah.

"Dah nak malam ni.Puan Laila dan Tuan Osman tidur dibilik tetamu yer?Angela dengan Tasya,kamu dua boleh guna bilik Amirul.Dia tidur dekat ruang tamu malam ni."

"Eh,tak payahla bertuan puan dengan kami.Panggil Osman dengan Laila pun dah cukup." mak mengangguk malu mendengar kata mama.

"Medina,jemputlah suami kamu masuk." abah mencuit bahu aku.Suami?Ahaks!Kembang pulak hati aku.

Aku berjalan kearah Sir Adam yang masih berdiri diberanda.Aku patut panggil dia apa eh?Abang?Adam?Sayang?Ewww...geli tekak siot!

"Abang,jemputlah masuk." walaupun aku masih geli,aku cuba jugak.

"Abang," aku memegang tangan dia.Eh?Dah halal kan?

"Dont call me like that stupid!Jangan ingat aku nak sangat kahwin dengan kau.Kalau kau panggil aku macam tu lagi,siap." dia menatap tajam kedalam mata aku sebelum berlalu pergi dengan muka selamba.

Aku jadi terkedu dengan bicara dia tadi.Ya Allah,apa semua ni?Permainan apa ni?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience