Aku menuju kearah kereta aku setelah tamat kelas hari ni.
Ting!
Aku mencapai telefon didalam bagpack yang digalas dibelakang.Satu mesej masuk yang menyebabkan aku tersengih bahagia.
Adam
Class dah habiskan?Jangan pergi melepak,papa ajak kita dinner malam ni dekat rumah dia.Make sure balik awal.
Walaupun bukan ayat cinta diberi,aku tetap bahagia dan rasa seperti nak menari dalam kebun bunga saja.
Me
Okay sayang
I love you
Muah!
Emoji love berwarna merah dihantar dua kali.Biarlah dia nak kata aku ni gedik ke apa,janji dia tahu yang aku sayang dia.
Bunyi mesej masuk membuatkan aku kelam kabut mencari number Adam semula.
Adam
Freaking girl >.<
Emoji lelaki menampar dahi dan emoji mata dijulingkan keatas dihantar Adam membuatkan aku tergelak.Ingatkan dia nak tinggal bluetick,rupanya balas jugak.Hurm..kalau orang lain mesti balas I love you too balik.
"Bahagia nampak?" seorang lelaki menegur dari belakang.
"Kenapa?Kau nak tengok aku menangis ker?" kening aku diangkat seperti Ziana Zain.
Muaz tergelak dengan reaksi aku.Sejak camping itu,aku dengan Muaz jadi lebih rapat tapi ada sebabnya!
"Yelah,mesti Adam mesej kan?"dia menduga aku.Okay,aku bukan sesaja bagitahu dia yang aku ni dah kahwin,tapi aku terlepas cakap depan dia.Tak faham?Okay,tengok atas,aku nak ceritakan macam mana boleh kantoi tu.
*****
Puan Laila turun ketandas setelah kami tiba di stesen minyak Petronas.
Aku sibuk membalas mesej mak yang bertanya tentang khabar aku.
" Ergh..lapar siot!"keluh Muaz yang berada disebelah duduk pemandu.
"Tulah..nak turun malaslah pulak." Angela menongkat dagunya dibahu aku yang berada ditengah.
"Kau tak lapar ker Dina?Dari tadi aku tengok kau lincah balas mesej." tanya Angela lagi.Korang tak payah tanya pasal Tasya sebab budak tu dah lama berlayar dekat tepi aku.
"Yelah,kau mesej sapa Dina?"Muaz memusing kearah belakang.Aku hanya tersenyum.Kalau dijawabnya mesti kena cop anak mak.
" Mesej Sir Adam lah tu..isteri kesayangan lah katakan,mana..."Angela berhenti cakap ketika aku menutup mulut dia dengan jari.Aku menjegilkan mata sebelum memerhati Muaz yang menunjukkan riak terkejut.Ah mampus!
"Apa maksud korang isteri kesayangan Sir Adam?Jangan kata yang..." dia berhenti cakap supaya aku menyambungnya.
"Okay fine!Tapi kau jangan bagitahu sesiapa tentang ni." dia mengangguk laju.
*****
"Mesti kau tahu kan yang papa ajak dinner malam ni?" tanya dia.Yes!Yang paling mengejutkan aku adalah Muaz adik kepada Adam.
"Tahu...Adam dah awal lagi warning aku jangan pergi melepak merata." dia tergelak mendengar kata aku.
"Padan muka.Aku dah masak sangat dengan perangai dia yang satu tu.Kalau dia kata balik awal,memang kena balik awal lah.Tidak siaplah kau kena ceramah." dia tersenyum manis sambil minum air kelapa yang dibelinya tadi.
"Yelah,kalau macam tu aku gerak sekarang.Tak pasal esok aku aku datang universiti takde telinga.Jumpa malam ni." aku membuka pintu kereta Proton Iriz.
"You too,bawak kereta elok-elok.Nanti tak sempat pulak kau tengok aku dengan Angela naik pelamin." dia tersengih.
"Sengal!"dia tergelak mendengar kata aku.Aku bergerak meninggalkan dia.Dalam dunia ni hanya aku yang tahu Muaz sukakan Angela.Dia minta aku rahsiakan sebab dia nak buat suprise dekat Angela nanti siap berazam nak bawa Angela ke agama Islam.
" Aku harap kau berjaya."doa aku dalam hati.Pada pandangan aku,mereka berdua memang sesuai.
*******
Semua berkumpul dimeja makan ketika itu.Aku cuba tersenyum walaupun sekarang aku tengah berapi sangat.Aku menjeling kearah Adam yang memandang aku dengan pandangan beku dia jugak.
Aku membelokkan kereta ketika tiba dihalaman rumah banglo Adam.Dari jauh aku ternampak Adam yang tengah bercekak pinggang dihadapan pagar.
"Asal lewat?" berkerut kening aku.Lewat?Baru pukul enam petang.Kejadah apa lewatnya?
"Awal lagi kan?Bukannya saya balik tengah malam pun." aku menutup pintu kereta Proton Iriz diluar rumah.
Dekat rumah banglo Adam memang ada garaj bawah tanah tapi dia tak benarkan aku letak kereta aku dekat situ sedangkan ruang besar bilik tidur aku lagi kot.Katanya tak setanding kereta dia.Kurang asam betul!
"Menjawab!" marah dia.Tak cukup dengan itu,kasut selipar jepun yang memang tersedia diluar rumah itu dicampaknya kearah aku.
Tapi ni Medina lah!Aku menunduk dan selipar jepun itu terbang terus keluar.
"Gong!Gong!" melalak anjing depan rumah bila terkena selipar itu.Aku dengan Adam pulak kelam kabut masuk rumah sebab takut tuan dia keluar nanti.
"Bersiap cepat.Jangan jadi maknyah sangat bersiap lambat." aku hanya mengangguk lemah.
Aku masuk kedalam bilik air setelah siap seterika pakaian yang akan aku pakai sekejap lagi.
Sepuluh minit mandi aku keluar dengan keadaan yang segar.Terkejut beruk aku bila tengok keadaan pakaian yang aku seterika tadi diatas katil.Habis renyok semuanya!Aku dapat rasakan gerangan yang duduk atas pakaian aku sampai renyok macam ni.
"Adam!" aku turun ketingkat bawah dan menerpa kearah dia yang rileks minum orange juice didapur.
"Awak ni dah kenapa hah?Tahu tak betapa susahnya saya nak seterika semua tu?Tadi kata nak cepat macam rumah papa awak nak lari!Dah kenapa awak nak lambatkan saya pulak ni?!" aku bercekak pinggang dihadapan dia yang dah elok berpakaian hoodie dan seluar pendek.
Dia tersenyum sinis."Padanlah dengan muka kau.Buwerkk..."menyirap aku bila dibalas macam tu.Aku capai kotak orange juice disebelah dan menuang sisa air kearah Adam.
"What the fuck!Shit!Aku ada baju outing yang ni saja woi!" dia membuka bajunya.Mungkin sejuk bila air tadi diserap dan terkena badannya.
"Padanlah dengan muka awak!Rasakan..buwerk!" aku mengajuk kata dia tadi dan berjalan kearah bilik dengan perasaan geram dan puas.
Disebabkan perangai dia yang macam kanak-kanak ribena tulah aku terpaksa pakai sweater yang bercorak kucing sebagai pengganti baju kurung kebaya yang berkedut tadi sebab tinggal itu saja aku takpayah nak seterika bagai.
Adam pulak terpaksa pakai kemeja sebab stock baju harian dia habis.
Terkejut beruk family Adam bila tengok Adam pakai macam nak pergi kerja tengah malam sedangkan yang lain pakai simple saja manakala aku pulak pakai pakaian macam sepupu Santa Claus baru habis SPM sebab aku baru perasan sweater yang aku pakai tertulis Merry Christmas.Huhuhu..apalah nasib.
"Dina.." aku memandang kearah mama yang tersenyum memerhati aku.
"Yer mama?" semua orang disitu pandang aku.Eh?Dah kenapa pulak ni?
"Adam junior takde dalam perut Dina lagi ker?"pergh,nak tersedak aku dengar soalan mama.Aku pandang Adam yang terkejut macam aku.
" Kitorang tak plan lagilah mama.Adam sibuk,Dina sibuk.Tak sempat lagi."Adam menjawab disebelah.Kak Raf dihadapan aku tersengih.
"Yeker tak sempat?Atau malu?" mereka ketawa dengan soalan dia.
"Apa ni Kak Raf?Malu apanya kalau kitorang morning breakfast setiap pagi.Cuma tak sampai keperingkat lain lagi jer." nak pengsan aku dengar jawapan selamba Adam.Aduh...apa masalah dia ni sebenarnya?
"Baguslah kalau macam tu.Belajar pelan-pelan,mana tahu dapat kembar." bertambah seronok orang disitu gelakkan aku dan Adam bila dengar papa bercakap.
"Insyaallah papa.Just wait and see." aku jadi takut pulak bila dengar balasan dari mulut Adam.
"Kenapa awak cakap macam tu dekat family awak?" aku memeluk tubuh sambil berjalan masuk kedalam rumah banglo kami.
"Asal?Tak boleh?Salah?Langgar hukum syarak Islam?" dia tersenyum sinis sambil menunggu lif terbuka.
"Bukan awak juga kata yang awak tak suka saya lah bagai.Kalau saya mengandungkan anak awak,awak dah tak boleh ceraikan saya tau!" okay Dina,apa kau merepek ni!
Bertambah sinis senyuman dia."Aku tunggulah sampai kau beranak."
Geram aku bila dengar jawapan dia.Macam cerai ni perkara lucu bagi dia.
"Tapi sayangku Dina,buat masa sekarang aku nak kau jadi stock aku sebelum aku dapatkan Aireen.Nanti kalau aku dah dapat dia,mengandung atau tak..." dia melangkah meninggalkan aku dibelakang setelah pintu lif dibuka.
"Aku akan bebaskan kau jugak." sambung dia sebelum masuk kedalam bilik.
Aku hanya diam dihadapan pintu bilik.Perasaan sayang aku semakin lama semakin terhakis bila dia cakap perkara macam tu.Aku pun tak tahu sampai bila aku mampu bertahan melindungi rumah tangga kami yang semakin goyah.Bila-bila masa saja akan runtuh dek sikap dia yang mementingkan Aireen sedangkan perempuan tu dah bahagia dengan orang lain.
Share this novel