Bab 8

Romance Series 37317

TENGKU FAZRUL SHAH sampai ke butik Alisha kira-kira jam 3.06 minit petang. Dia terus melangkah masuk ke ruang dalam sambil matanya ligat mencari keberadaan Fazliatun. Mana pulak perginya perempuan ni? Dah lari ke?

Akhirnya dia menuju ke arah seorang gadis cantik yang begitu anggun memakai blaus berwarna peach.

"Maaf saudari, boleh tak saya nak tanya sikit?"

Gadis kecil molek itu pantas menoleh ke arahnya.

“Saudari ada nampak tak seorang perempuan ni? Orangnya kecil-kecil aje. Umur dia lebih kurang sebaya dengan saudari."

"Encik ni dah buta ke?" ucap gadis itu secara tiba-tiba.

Suara gadis itu seperti pernah dia dengar sebelum ini. Tapi, siapa?
Dahi Tengku Fazrul Shah berkerut seribu.

"Awak ni, siapa?" tanyanya pelik.
Fazliatun tersenyum kecil memandang lelaki itu. ‘Apa kena dengan mamat ni sampai muka aku pun tak boleh nak cam? Dah sewel ke dia?

"Ni sayalah, encik! Nurfazliatun!" Sengaja dia menguatkan suaranya di akhir nama itu biar Tengku Fazrul Shah cepat sedar dari mimpi panjang.

Antara dengar dengan tidak, sebaris nama itu melekap di telinganya. Dia mengosok-gosok matanya beberapa kali. Seakan-akan tidak percaya dengan apa yang dia lihat sekarang. Setelah memerhatikan dari atas sampai ke bawah, barulah dia perasan gadis itu adalah Fazliatun, calon isteri sementaranya.

‘Kenapa cantik sangat muka dia?’ Berderau darah Tengku Fazrul Shah saat memandang lirikan mata Fazliatun. Dadanya bergetar hebat. Seolah-olah terpukau dengan kecantikan gadis itu.

"Encik...encik okey tak ni? Kenapa diam pulak?" Fazliatun menggerakkan tangannya ke muka Tengku Fazrul Shah berulang-ulang kali. Lelaki itu dilihatnya masih tercengang memandangnya. Apa kena pulak dia ni?

Selepas beberapa saat kemudian, barulah dia bersuara.

"Er...saya...eh...I...I..." Sampai tersasul dia membahasakan diri pada Fazliatun.
Fazliatun jadi serba salah. ‘Mekap aku tak cantik ke sampai dia jadi kaku macam patung ni?’

"Saya dah siap ni. Encik cakap nak bawa saya jumpa dengan keluarga encik. Jomlah kita pergi sekarang! Nanti kalau dah petang sangat mak saya marah pulak.

"Okey, okey. Kejap ya!"

Dia terus mendapatkan Alisha yang ketika itu baru keluar dari biliknya.

"Apa yang you dah buat pada Fazliatun sampai jadi cantik macam ni, Alisha? I sendiri pun tadi tak dapat nak cam muka dia tahu, tak?" soal Tengku Fazrul Shah seperti tidak percaya. Gadis berperwatakan kampung yang kurang menyerlah itu ternyata mempunyai wajah yang cukup jelita. Jauh lebih cantik dari Nauri. Ya, memang benar! Dia mengakui kenyataan itu.

"Tengok tanganlah, Tengku! Ni kan Alisha Amanda, pereka fesyen yang terkenal kat malaysia ni. Bukan setakat muka dia aje boleh cantik, muka nenek I pun kalau tangan I yang mekap boleh jadi jelita macam anak dara tau," kata Alisha bangga. Mulalah dia nak berangan.

"Tak sia-sialah I upah you transform dia. Berbaloi sangat usaha keras you ni. Nah, amik cek ni! Harga baju-baju tu siap dengan upah sekali. Lepas ni, kalau ada event apa-apa, I akan ambil service you lagi."

Tengku Fazrul Shah menghulurkan cek itu kepada Alisha. Tersenyum lebar Alisha memandang jumlah yang tertera pada cek tersebut. 'Makcik kayo!'

"Terima kasih, Tengku!"

'Hai beruntunglah perempuan yang dapat jadi teman wanita Tengku Fazrul Shah. Dahlah anak orang kaya. Hensem pulak tu! Memang taste aku. Ish, geram!'

Alisha tersenyum-senyum memandang Tengku Fazrul Shah dan Fazliatun yang jalan beriringan sebelum masuk ke dalam perut kereta. Nampak sepadan pula mereka. Macam pinang dibelah dua. Sesuai sangat jika mereka menjadi suami isteri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience