Bab 13

Romance Series 37319

CERIA sungguh mukanya pada pagi itu. Berseri-seri. Selepas rombongan merisik Fazliatun pulang petang semalam, senyumannya bertambah lebar. Dia tahu, keluarga gadis itu pasti bersetuju menerima lamarannya. Dari awal lagi dia sudah menduga. Sesuai dengan rancangan gilanya untuk mencari calon isteri sementara, ternyata mudah benar gadis itu terpedaya.

Hanya kerana mengejar gaji Rm 10,000 sebulan yang dibuat, Fazliatun membuat keputusan tanpa berfikir panjang. Gadis itu benar-benar sudah masuk ke dalam perangkap. Tengku Fazrul Shah tersenyum lagi.

"Kau ada kat mana, bro? Aku ada hal nak jumpa kau petang ni." Tengku Fazrul Shah melekapkan handpone ke telinga sambil tangannya ligat menaip sesuatu di komputer riba.

"Macam biasalah, aku kat Petaling Jaya ni uruskan projek perumahan. Nak jumpa pukul berapa tu?" soal Rizal. Ada tujuan apa pula rakan baiknya itu menelefonnya pada waktu begini. Ni mesti ada benda penting, fikirnya.

Tengku Fazrul Shah memandang jam dinding sekilas.

"Lepas aku balik kerja, dalam pukul enam. Kita jumpa dekat Suria Klcc."

"Okey, geng! See you there!"

Talian segera dimatikan. Dia kembali fokus pada kerjanya. Sejak menerajui TFS Holding & Co, salah satu anak syarikat MA Holding, dia begitu sibuk. Masanya banyak dihabiskan di pejabat. Dia boleh berbangga dengan kejayaannya menguruskan syarikat itu tanpa mengharapkan bantuan sesiapa. Papanya, Tengku Marzuki hanya menjadi penasihat.

"WHAT'S up, bro! Lama betul tak jumpa kau." Rizal menepuk-nepuk bahu Tengku Fazrul Shah sebaik sampai di tempat yang dijanjikan. Dia duduk di hadapan rakan baiknya itu.

"Mananya nak jumpa aku kalau kau sibuk memanjang dengan kerja. Projek sana, projek sini, sampai aku pun kau lupa. Ni, aku nak tanya kau, bilalah kau nak berbini macam orang lain. Kau tengok aku, tak lama lagi dah nak kahwin tau!" ucap Tengku Fazrul Shah bangga.

Melopong mulut Rizal mendengar pengakuan rakan baiknya itu. Apa pula mimpi Tengku Fazrul Shah hendak berkahwin dalam usia semuda ini. Macam tak logik rasanya.

"Kau biar betul! Tiba-tiba aje nak kahwin ni. Apa kes?"

"Biasalah dah sampai jodoh, Zal. Sampai bila aku nak hidup membujang. Kalau boleh, nak jugak ada isteri. Bangun pagi aje dah tengok muka bini kat sebelah. Kan seronok macam tu."

Rizal macam nak tergelak saat Tengku Fazrul Shah berkata begitu. Boleh tahan juga sahabat baiknya ni. Jiwang karat!

"Kau ni buat lawaklah, Rul. Mana perginya Rul yang aku kenal dulu? Bukan kau ke yang bersumpah tak nak kahwin selagi umur kau tak cecah 30 tahun? Sekarang ni mana pergi prinsip kau tu? Dah kena telan dengan jin laut ke?" usik Rizal lagi.

Bukan dia tidak kenal Tengku Fazrul Shah. Mereka sudah berkawan sejak kecil lagi. Keluarga Tengku Fazrul Shah juga sudah dianggap seperti keluarganya sendiri. Hubungan mereka berdua akrab kerana papanya, Encik Mansor merupakan kawan baik Tengku Marzuki.

Tengku Fazrul Shah hanya tersengih sambil menyedut air fresh orange yang masih berbaki.

"Sebenarnya aku ada benda nak cakap dengan kau ni!" terangnya kemudian.

"Tentang perkara apa?" Rizal mengerutkan dahi.

"Aku nak kau tolong aku!"

"Tolong yang macam mana tu? Kalau boleh tolong, aku tolong."

"Jadi saksi aku."

"Saksi apa pulak ni? Aku tak faham."
Rizal makin pelik melihat perangai Tengku Fazrul Shah. ‘Tadi cakap nak kahwin, lepas tu nak minta aku jadi saksi pulak. Saksi apa?’ Pening kepalanya memikirkan
itu semua.

"Aku nak kahwin kontrak! Aku nak kau jadi saksi aku masa sign kontrak kahwin tu nanti. Boleh tak? " Perlahan sahaja suaranya seperti berbisik.

"What! Kahwin kontrak? Kau dah gila ke?" Terkejut Rizal mendengar penjelasan Tengku Fazrul Shah. Tak ada penyakit, nak cari penyakit. Patutlah beria-ia sangat nak kahwin, rupa-rupanya kahwin kontrak.

"Kau boleh tolong aku tak ni? Kalau tak boleh bantu, aku boleh cari orang lain aje," ujar Tengku Fazrul Shah seakan merajuk. Dia sudah berdiri tegak untuk beredar dari situ. Pantas sahaja Rizal menarik tangannya supaya duduk semula. Nama saja lelaki, tapi macam perempuan. Wajah rakan baiknya itu direnung lagi, mencari jawapan. Sejak dulu lagi, ada saja masalah yang dibuat oleh Tengku Fazrul Shah. Tak pernah berubah sikapnya.

"Alah kau ni. Tu pun nak touching. Ada ke aku cakap tak nak tolong tadi? Belum apa-apa lagi dah nak putus asa. Kita bukannya baru kenal. Sebelum ni pun kau banyak bantu aku, kan. Takkan benda kecil macam ni pun aku tak boleh tolong kot! No problemlah! Aku sentiasa ada untuk bantu kau.”

"Terima kasih, Zal!"

Tengku Fazrul Shah akhirnya menceritakan hal sebenar kepada Rizal. Dia terpaksa mencari isteri sementara kerana tak mahu berkahwin dengan Nauri, anak Datin Mona. Selain itu, dia juga sebenarnya tak suka berkahwin dalam masa terdekat ini. Dia masih belum puas enjoy. Ini semua gara-gara desakan mamanya, Tengku Arianis yang teringin sangat bermenantukan Nauri.

Entah apa yang diberikan oleh perempuan itu sehingga mamanya berkenan sangat menjadikan Nauri sebagai menantu.
Dia memang sudah tidak ada jalan lain lagi. Sebab itu dia terpaksa buat kerja gila sebegitu biarpun salah di sisi agama.

Hanya dengan cara ini dia boleh bebas kerana tidak terikat dengan mana-mana perempuan walaupun sudah berkahwin. Status mereka hanya sah di dalam surat nikah sahaja. Hakikat sebenar, perkahwinan ini tidak ubah seperti bernikah atas angin.

"Kau fahamkan macam mana situasi aku sekarang. Aku betul-betul terdesak kali ni. Apa yang penting, aku nak kau rahsiakan perkara ni dari pengetahuan sesiapa terutama sekali keluarga aku. Mereka tak boleh tahu pasal ni. Kalau rahsia ni pecah, matilah aku kena marah dengan papa. Kau janji, ya!"

Tengku Fazrul Shah berterima kasih kepada Rizal kerana sanggup membantu. Hanya Rizal yang boleh diharapkan sekarang.

"Aku janji, Zal! Kau jangan bimbang!"
Nanti kalau aku kahwin jangan tak datang pulak. Siap kau aku kerjakan."

"Mestilah aku datang. Kau kan kawan baik aku sejak kecil. Hari bersejarah kau penting tu bagi aku. Betul tak?"

"Amboi kau ni, dah macam hari kemerdekaan pulak aku dengar. Haha. Lawak gila."

"Perempuan mana kau kutip kali ni?"

"Jaga sikit mulut kau tu. Kasar sangat bunyinya."

"Betul, kan pertanyaan aku. Dah kalau nak jadi mangsa kau, mestilah kau jumpa kat mana-mana. Am I right?"

Tengku Fazrul Shah menggeleng.

"Kenapa geleng? Salah ke aku cakap?"

"Dia bukan macam perempuan lain. Orangnya baik dan sopan santun, " jelas Tengku Fazrul Shah.

"Sama ajelah. Dah nama pun perempuan. Dua kali lima."

Rizal mencebik. Menyampah pula apabila Rizal memuji gadis itu secara terang-terang. Sudah lupakah dia pada kenangan dulu? Sampai kini pun, Rizal akan tetap ingat kejadian yang menyayat hati itu. Dia tidak akan pernah lupa peristiwa tersebut. Dan dendamnya masih ada sehingga sekarang.

P/s: Kenapa dengan Rizal tu? Nantikan Bab seterusnya. Terima Kasih sebab baca Karya saya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience