Bab 6

Romance Series 37317

PANDANGAN Fazliatun tertumpu pada butik mewah yang kini sedang berada di hadapannya. Di luar butik itu tertera nama 'Alisha Bridal'. Tengok dari reka bentuknya, Fazliatun sudah dapat mengagak butik ini cukup terkenal di kalangan anak-anak orang berada. Bukannya calang-calang orang yang boleh membeli pakaian di situ melainkan orang berduit.

"Encik nak bawa saya pergi ke butik ni ke?" tanya Fazliatun sedikit pelik.

Tengku Fazrul Shah hanya mengangguk sebelum keluar dari kereta. Tanpa banyak soal, Fazliatun mengikuti langkah pemuda itu lalu menuju ke pintu masuk utama. Langkahnya diatur laju.

Sebaik masuk ke ruang dalam, Tengku Fazrul Shah dihampiri oleh seorang perempuan yang kelihatan seksi dan bergaya.

"Hai Tengku Fazrul! Lama betul you tak datang ke butik I ni. Terkejut I tau!" ucap seorang gadis tinggi lampai yang memakai skirt pendek berwarna merah. Mekapnya pula nampak tebal dengan kening halus tanda dicukur.

Fazliatun memandang gadis itu dengan pandangan pelik. Kepalanya digaru dua kali.

'Dia ni perempuan ke lelaki? Tengok badan macam perempuan tapi kenapa suara dia garau macam jantan tercekik kapur. Ish, spesies apa ni?' Fazliatun bermonolog dalam hati. Dahinya berkerut seribu memandang spesies pelik itu.

"Siapa perempuan ni, Tengku? Calon girlfriend baru ke?" usik gadis separuh siap itu. Sekali pandang memang macam perempuan betul. Tapi, selepas dua tiga kali pandang, barulah Fazliatun perasan muka wanita itu ada iras muka Lan Pet Pet dalam Filem Gerak Khas The Movie.
Oh...makhluk jadi-jadian rupanya, bisiknya sambil ketawa kecil.

"Eh, taklah, Alisha. Dia ni, PA I." Tengku Fazrul Shah terpaksa menipu. Malas pula dia nak menerangkan siapa Fazliatun yang sebenarnya. Nanti panjang jela pula soalan mak nyah itu.

"Ada apa Tengku bawa dia ke butik I ni? Nak beli baju ke?" Alisha bertanya lagi. Tubuhnya begitu hampir dengan Tengku Fazrul Shah.

"Sebenarnya, I nak you transform dia jadi cantik. You tengoklah baju kurung yang dia pakai tu. Nampak kampung sangat. Kalau boleh, I nak dia ada gaya macam perempuan berhijab yang lain. Biar ada style sikit. Boleh tak?" Tengku Fazrul Shah berbisik halus di telinga Alisha. Dia tidak mahu Fazliatun mendengar perbualan mereka.

Fazliatun yang sedang duduk di atas sofa melihat lelaki itu berbisik dengan Alisha. Entah apa yang dibisikkan, dia tidak dapat mendengar.

Setelah itu, Tengku Fazrul Shah datang semula ke Fazliatun.

"I nak keluar jumpa kawan kejap. You duduk sini dulu dengan Alisha tau! Jangan pergi mana-mana pulak," jelasnya.

"Encik nak tinggalkan saya kat sini ke? Tadi encik cakap ada perkara penting nak cakap kat saya. Ni lain pulak yang jadi. Saya tak naklah duduk kat sini. " Fazliatun membuat muka bosan,

"Memanglah I ada benda nak dengan you. Tapi...cuba you tengok muka you yang bertapuk macam tepung gomak tu! Tak kan I nak bawa you jumpa parents I dengan muka sememeh macam ni. Buat malu I aje."

"Tak cantik ke saya mekap macam ni, Encik?"

"Cantiklah sangat! Macam muka anak Raja Kapoor." Tengku Fazrul Shah menahan tawa melihat muka Fazliatun. Kalau cantik tak apa juga. Ini macam muka Aziz Satar dalam Filem Seniman Bujang Lapok. Kan kelakar tu. Geli hati sungguh dia memandang muka Fazliatun. Awalnya tadi dia nak ketawa, tetapi cuba ditahan.

"Alisha, mari sini kejap!" panggilnya kuat.
Alisha pantas menuju ke arah Tengku Fazrul Shah apabila namanya dipanggil.
Ada apa, Tengku?

"I nak you ubah penampilan dia macam apa yang I cakap kat you tadi. Ingat, kalau tak cantik...I bayar separuh aje upah you!"

"Faham, Tengku!" Alisha mengangguk.

"Lagi dua jam I datang sini semula. Kalau dah siap awal, call I!" pesan Tengku Fazrul Shah sebelum berlalu dari situ. Dia mahu Fazliatun jadi calon isteri sementaranya mengikut apa yang telah dirancang sejak bulan lepas.

Pasti mama dan papanya berkenan dengan calon isteri yang dibawa ke rumah petang nanti. Sebelum ini, rata-rata gadis yang dia kenal semuanya seksi dan berpakaian mendedah aurat. Dia yakin, mamanya akan suka dengan pilihannya kali ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience