Bab 18

Romance Series 37317

"OH, pandai menipu ya!" Sebaik sahaja Encik Ahmad dan Puan Rohaya berangkat ke tempat kerja, Tengku Fazrul Shah terus keluar dari bilik. Perlahan-lahan dia menghampiri isterinya.

Terkejut Fazliatun apabila disergah begitu. Dia yang tengah berdiri di muka pintu segera menoleh.

"Ish encik ni, buat terperanjat aje. Nasib baiklah saya ni tak ada lemah semangat. Kalau tak, sia-sia aje encik kena hantar saya pergi hospital pagi-pagi macam ni." Fazliatun mengurut dadanya beberapa kali. Muka suaminya dipandang geram.

"Bukan enciklah tapi abang!" Tengku Fazrul Shah mengusik lagi. Dia tersenyum-senyum memandang isterinya. Rupa-rupanya dia tak tidur pun. Dia mendengar segala perbualan Fazliatun dengan mertuanya tadi.

"Tak naklah saya panggil encik macam tu. Geli aje."

"Yalah tu geli. Habis tu tadi I dengar you panggil I abang depan mak dan ayah, tak geli pulak. Sampai sanggup nak tunggu sarapan pagi dengan I sekali. Betul kan apa yang I cakap ni?"

Kali ini Tengku Fazrul Shah kelihatan serius. Wajah isterinya yang tersipu-sipu malu itu direnung lama.

"Ish, mana ada. Merepek!"

Fazliatun pura-pura sibuk mencedok nasi goreng ke dalam pinggan. Tingkahnya itu diperhatikan saja oleh suaminya. Dia buat-buat selamba biarpun dia tahu Tengku Fazrul Shah sudah mengetahui perkara yang sebenar.

"You ingat I tak dengar ke? Sengaja I curi-curi dengar apa yang you cakap pasal I tadi. I tak tidur pun. Dahlah dalam bilik banyak nyamuk. Lepas tu panas pulak. Camne I nak tidur nyenyak dengan keadaan macam tu?" Tengku Fazrul Shah menggaru-garu tangannya yang kelihatan merah. Ni semua gara-gara nyamuk.
Kasihan pula Fazliatun melihat suaminya itu. Dia segera menghampiri Tengku Fazrul Shah.

"Kenapa encik tak bagitahu saya? Kalau tak, saya boleh pasang ubat nyamuk kat dalam bilik semalam. Pastu mulalah tangan tu gatal-gatal. Cuba saya tengok tangan encik." Tangan suaminya itu dipegang lembut.

Tengku Fazrul Shah hanya memerhati tingkah isterinya. Jarak mereka ketika ini terlalu dekat. Prihatin juga Fazliatun pada dirinya. Nampak sahaja luarannya keras, namun dalam hati gadis itu tetap ada kelembutan.

"Teruknya tangan encik. Macam mana boleh jadi merah-merah camni?" Wajah Fazliatun nampak risau.

"Alah, sikit aje tu. Esok-esok baiklah tu," balas Tengku Fazrul Shah acuh tak acuh. Kulitnya memang sensitif. Pantang digigit nyamuk sikit, habislah satu tangan jadi merah. Nasib baik tak merebak ke satu badan.

"Yalah tu. Encik ni bukan boleh percaya sangat. Nak pergi klinik tak?" soal Fazliatun lagi. Prihatin pula dia pada suaminya itu.

"Tak payahlah. Buang masa aje. Lebih baik pasang ubat nyamuk aje malam nanti. Tak pun, kejap lagi kita keluar beli kipas baru," cadang Tengku Fazrul Shah.

"Kenapa nak beli kipas baru pulak? Kan bilik saya dah ada kipas." Fazliatun berasa pelik mendengar kata-kata suaminya.

"Memanglah ada kipas tapi kipas macam nyawa-nyawa ikan tu nak buat apa. Dahlah slow, langsung tak ada rasa angin. Harapkan bunyi aje kuat macam motor bot. Naik berpeluh ketiak I ni tahu tak. Panas sangat bilik you tu." Terdengar Tengku Fazrul Shah mengeluh.

"Oh ya ke? Tak tahu pulak encik ni kuat peluh. Saya okey aje sebelum ni. Tulah kipas kesayangan saya tau. Ayah yang hadiahkan kat saya masa saya dapat keputusan cemerlang dalam Spm dulu. Sayang pulak nak tukar yang baru."

Fazliatun kembali duduk di meja makan. Perutnya tiba-tiba lapar. Dia memang tak boleh lambat makan, nanti mulalah datang penyakit gastrik.

"Kipas tu you gunalah. I guna kipas yang baru. Takkan nak buang pulak, kan. Membazir aje beli mahal-mahal," sindir Tengku Fazrul Shah.

"Encik perli saya ke?"

"Mana ada perli. Betullah apa yang I cakapkan tu. Barang masih elok sayang kalau nak buang. Bukan senang nak cari duit. I faham tu semua."

Tengku Fazrul Shah membetulkan semula ayatnya tadi setelah melihat muka monyok isterinya. Ingatkan cool sangat, rupa-rupanya sensitif jugak.

"Dahlah encik. Lebih baik kita sarapan. Kalau asyik berbual aje, sampai esok pun tak habis. Perut saya ni pun dah lapar," ajak Fazliatun lembut.

"Siapa yang masak nasi goreng ni?" Tengku Fazrul Shah bertanya. Bukan dia tidak tahu siapa masak. Sengaja dia nak mengusik Fazliatun.

"Sayalah yang masak. Trylah encik rasa. Sarapan biasa-biasa aje. Ringkas."

"Pandai jugak ya you masak. Tapi tak tahulah sedap ke tak?" Tengku Fazrul Shah mencemikkan muka.

"Tengok kakilah encik. Mestilah sedap. Buat malu kaum aje kalau orang perempuan macam saya ni tak pandai masak."

Tengku Fazrul Shah tersenyum. Makin isterinya itu marah, makin manis pula dia tengok. Cute!

Dia terus menyuap nasi goreng itu ke dalam mulut. 'Em, boleh tahan. Not bad. Pandai jugak dia ni masak. Aku memang suka nasi goreng pedas macam ni. Memang powerlah,’ pujinya dalam hati.

"Sedap tak encik?" soal Fazliatun ingin tahu. Dari riak muka suaminya, dia dapat mengagak lelaki itu menyukai masakannya.

"Bolehlah," pendek sahaja jawapan Tengku Fazrul Shah.

"Itu aje. Emm."

Fazliatun menarik muka masam. 'Ingatkan dia nak cakap sedap ke, tak pun beri komen yang membina, rupa-rupanya tu aje komen dia. Memang tak ada deria rasa langsung dia ni. Hampeh. Buat penat aje aku masak.'

Tengku Fazrul Shah sudah tersenyum-senyum sambil menghirup air milo yang masih berbaki di cawan.

“Tadi I dengar, ayah cakap nak suruh you duduk sini lama sikit. I rasa bolehlah duduk sini seminggu. Lagipun I ambil cuti dua minggu,” ujar Tengku Fazrul Shah.

“Lamanya encik cuti. Boleh ke? Tak ada siapa yang marah?”

“Siapa pulak nak marah?”

“Manalah tahu.”

“Syarikat tu I yang punya. I bos. Tak ada siapa nak marah pun.”

“Oh ya ke? Saya ingatkan tu syarikat orang lain.” Fazliatun langsung tidak tahu perkara itu. Sibuk sangat nak kahwin dengan anak orang kaya sampai hal kecil begitu pun dia tak ambil tahu.

“Kenapa you tanya. You nak kerja kat ofis I ke?”

“Eh, taklah. Saya ni manalah layak nak kerja dekat ofis besar macam tu. Pendidikan pun sampai STPM aje.”

“Tahu pun. You duduk rumah aje. Jaga makan dan minum I. Tu pun kerja jugak. I rasa cukup sangat gaji sepuluh ribu tu untuk you, kan? Beruntung tau you dapat kahwin dengan I. Kat luar sana tu, bersusun perempuan tunggu I,” ucap Tengku Fazrul Shah bangga diri. Telinga Fazliatun naik geli mendengar kata-kata suaminya itu. Perasan lebih.

FAZLIATUN baru saja siap berdandan. Dia sedang sibuk membetulkan tudung yang diberikan oleh Tengku Fazrul Shah ketika dia datang ke butik Alisha Bridal kira-kira tiga bulan yang lepas. Itulah kenangan paling manis dia rasa sejak mengenali lelaki itu. Biarpun perkahwinan mereka hanyalah perkahwinan sementara, namun dia bahagia. Sekurang-kurangnya dia masih ada peluang untuk merasai nikmat berumah tangga walaupun sekejap.

Sedang leka menatap wajah di cermin, tiba-tiba pintu bilik dibuka dari luar. Tengku Fazrul Shah yang baru siap mandi terus masuk ke dalam tanpa mempedulikan kewujudan Fazliatun di meja solek. Dia hanya memakai tuala. Selamba saja dia menuju ke almari pakaian.

"Tolong!" Fazliatun menjerit kuat apabila menyedari Tengku Fazrul Shah berada di belakangnya. Dahlah pakai tuala saja, manalah dia tak menjerit.

"Kenapa you jerit-jerit ni? Dah hilang akal ke?" soalnya kuat.
Fazliatun sudah menutup kedua-dua matanya.

"Encik ingat saya ni patung ke kat sini? Kalau ya pun nak tayang badan yang tak berapa nak macho tu, janganlah kat depan mata saya. Ish, tak senonoh betullah encik ni," marah Fazliatun. Dia masih lagi menutup matanya. Tak ingin dia melihat free show itu. Buat kembang tekak saja.

"I punya sukalah. Body I...bukan body you. Lagipun kita bukannya orang lain, suami isteri juga. Tu pun nak malu. Apalah you ni. Macamlah budak-budak baru nak tumbuh gigi."

"Dahlah buka mata tu. I dah siap pakai baju ni."

"Betul ke ni?" Fazliatun masih ragu-ragu dengan ucapan suaminya.

"Betullah. Buat apa I nak tipu." Tengku Fazrul Shah tersenyum. Dia nak mengenakan isterinya.

Sebaik saja Fazliatun membuka mata, Tengku Fazrul Shah sudah pun berada di hadapannya dengan hanya memakai kain tuala. Lelaki itu menayangkan muka selamba sambil menunjukkan tanda peace.

"Camne, okey tak body I?"

Makin kuat jeritan Fazliatun. Akibat terlampau terkejut, akhirnya dia melepaskan satu tumbukan tepat ke perut Tengku Fazrul Shah. Nasib baiklah tidak berapa kuat. Berkerut juga muka suaminya itu.

"Aduh, sakitnya! Ni dah melebih ni."

Fazliatun cepat-cepat berlari ke pintu bilik apabila menyedari Tengku Fazrul Shah mengejarnya. Belum pun sempat dia memulas tombol pintu, suaminya itu sudah berjaya menarik tangannya.

"Ha, mana you nak lari? You ingat badan I ni batang pisang ke sampai you suka-suka hati aje nak tumbuk. Nasib baik tak penyek badan I. Kalau penyek, siaplah you I kerjakan."

"Alah, sorrylah encik. Saya betul-betul tak sengaja. Im so sorry." Dah cuak muka Fazliatun. Berdebar-debar jantungnya. Dia tidak memandang muka suaminya. Wajahnya tunduk sahaja ke bawah.

"Baru tahu takut. I ingatkan berani sangat tadi. You nak tengok I buat kerja gila ke? Ingat sikit, you tu isteri I. I ada hak nak buat apa pun kat you." Tengku Fazrul Shah sekadar bergurau. Kain tuala yang sudah longgar itu ditariknya sedikit. Sengaja nak takut-takutkan Fazliatun.

"Encik jangan buat macam-macam. Saya ni ada tali pinggang hitam tau masa belajar taekwando kat sekolah dulu," ugut Fazliatun lagi. Pandai-pandai dia aje buat cerita. Entah bila masa dia belajar taekwando, dia pun tak tahu.

"Eleh, setakat tali pinggang hitam I tak heranlah. Entah betul ke tak cakap you ni. Lebih baik you pandang I. Kalau tak..."

"Kalau tak pandang, encik nak buat apa kat saya?" Fazliatun memberanikan diri memotong bicara Tengku Fazrul Shah.

"I bukak tuala ni," ugutnya keras.

'Alamak, dia ni dah biul ke? Gila kot.'

"Yalah...yalah. Saya ikut cakap encik. Puas hati?" Fazliatun terus memandang Tengku Fazrul Shah. Terbeliak matanya apabila melihat tubuh suaminya yang memiliki six pax itu. Tough betul badan lelaki itu, macam ahli bina badan.

"Camne body I? Ada macam badan Sazali Samad tak?" soal Tengku Fazrul Shah sambil tersengih-sengih.

Fazliatun ketawa kecil. Perasan!

"Tak ada pun. Harapkan six pax aje lebih. Bukan kata macam Sazali Samad, macam Malek Noor pun langsung tak ada. Dahlah encik. Saya nak keluar dulu. Encik pakailah baju tu cepat. Naik loya pulak tekak saya tengok. Okey bye!"

Sempat lagi Fazliatun melambai-lambai tangan ke arah suaminya. Kemudian, dia cepat-cepat memulas tombol pintu dan meninggalkan Tengku Fazrul Shah yang masih terpinga-pinga.

Tengku Fazrul Shah hanya tersenyum mendengar kata-kata Fazliatun. Dia terus menyalin pakaian secepat kilat. Dia memakai Tshirt lengan pendek dan seluar jeans berwarna hitam. Nampak ringkas penampilannya tetapi menarik. Selepas itu, dia menyembur minyak wangi Straight To Heaven ke tubuh. Rambut pula disisir rapi ke belakang.

"Jomlah kita gerak. Kita pergi kat Tesco ajelah. Lepas tu kita pergi Jusco. Boleh tengok wayang. Hari ni banyak movie best tau."

Tengku Fazrul Shah nampak kacak apabila memakai pakaian begitu. Semakin dia dekat dengan Fazliatun, aroma kasturi dan vanila tiba-tiba menusuk ke hidung. Wangi sangat. Tanpa sedar, Fazliatun memuji lelaki itu dalam diam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience