BAB 17

Humor Completed 5460

“Sharani?!” Sambung Kira tiba-tiba.

Terdiam Mia bila nama Sharani yang terpancul di mulut Kira. Mia menggelengkan kepalanya tanda bukan.

“Habis tu?”

“Muhammad Sharazwan. Anak kawan ayah aku.” Jawab Mia.

Entah kenapa, hatinya di parut rasa ingin tahu tentang lelaki yang bernama Sharani. Ingin dia memohon ampun atas ketelanjuran katanya tujuh tahun yang lalu.

Tidak patut rasanya dia menghina orang sesedap mulutnya. Walaupun dia telah menyatakan cinta, seharusnya dia menolak dengan cara yang baik. Bukan menghina.

“Oh, pukul berapa nanti dia orang datang?”

“Kalau ikutkan apa yang ibu dan ayah aku bagitahu tadi, keluarga Wan akan datang merisik lepas zuhur. Nanti aku suruhlah Marriam ambil cuti satu hari.”

Terlopong mulut Kira bila dia mendengar nama Marriam yang di sebut.

“Asal kau ni?” Tanya Mia. Seteguk air oren membasahi tekaknya yang ke hausan.

“Tak, sebenarnya aku ingatkan kau yang nak kena pinang. Rupanya Marriam? Takut aku tadi.”

Tersedak Mia di buatnya. Mujurlah air oren tu tak tersembur.

“Ish, mengarutlah kau ni. manalah ada yang sudikan perempuan macam aku ni.” Mia berkata.

“Eleh, kalau ada kau nak?” Pancing Kira.

“Aku percaya dengan jodoh. Siapa pun dia, insyaAllah, aku terima dan dialah takdir aku.” Jauh dia merenung ke dalam cawan yang masih berbaki air oren tadi.

Jodoh, satu masa lalu dia seakan kehilangan pegangan diri kerana dia telalu percaya pada cinta yang hadirnya bukan untuk di miliki tetapi untuk di kaji.

Khairi, lelaki yang membuatkan dirinya jatuh cinta. Jatuh cinta dengan prinsip tegasnya ketika awal perkenalan mereka. Namun semuanya menjadi punah bila di depan matanya sendiri, Khai sanggup membiarkan dirinya tewas pada perempuan yang bertubuh tinggi lampai dan berdahi licin.

Di depan matanya, dia melihat sendiri. Mungkin inilah namanya jodoh. Jodoh pertemuan yang menemukannya dengan lelaki yang dia cintakan, konon-kononya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience