BAB 16

Humor Completed 5460

Petang yang penuh dengan kesunyian. Dia keseorang melayari detik-detik hidupnya yang kian tersisa entahkan bila ajalnya akan menjemput. Rumah teres dua tingkat di kawasan Kota Masai jalan Delima 10 menemaninya sejak sekian lamanya.

“Bosannya. Nak sambung kerja, idea tak ada. Kosong! Kosong!” Dia merenyukkan kertas bersaiz separuh A4 lalu melontarkan ke bakul sampah.

Komputer ribanya yang berjenama HP di pandang tanpa perasaan. Gambar dirinya bersama Mia menjadi hiasan komputer ribanya.

“Aku rindukan kau Mia.”

“Aku tak harapkan lebih, hanya sedikit ruang dan peluang untuk membahagiakan kau. Sikit pun aku tak hairan dengan kisah silam. Semua orang buat silap, Mia. Tapi bukan dengan cara menghukum diri sendiri macam ni. Bukan Mia Liyana.”

Sharani bercakap seolah Mia berada di hadapannya. Sedangkan, dia hanya bercakap dengan gambar sahaja.

Masa berlalu terlalu pantas. Sedar atau tidak hampir sebulan dia menyimpan nombor telefon milik Mia. Dan alamat di mana Mia menetap bersama remaja yang hanyut dan ingin kembali ke pangkal jalan.

“Apa yang aku nak cakap dengan kau? Nak ke kau bercakap dengan aku kalau kau tahu siapa aku?” Sharani membuat perhitungan baik dan buruk kalau dia meneruskan niatnya untuk menelefon Mia.

Telefon bimbitnya di capai. Tidak jauh, hanya di atas mesin percetakan..

Nama Mia di cari. Jarinya menekan butang dail. Beberapa detik kemudian, panggilannya di sambungkan ke peti simpanan suara.

“Voice mail pulak.”

Sekali lagi dia mencuba menghubungi Mia, namun tetap sama. Hanya peti simpanan suara.

“Operater pulak jawab. Pergilah panggil Mia.” Sharani bercakap dengan operater yang bertugas bila panggilannya di sambungkan ke peti simpanan suara.

Akhirnya, Sharani ketawa seorang diri. Sejak kebalkangan ni dia lebih fokus dengan gadis yang bernama Mia. Dah kemaruk cinta agaknya.

Ish! Tak sopan betul fikir macam tu. Entah-entah Mia dah jadi tunangan orang, Siapa tahu. Kalau tunang, mesti Kira tahu, dia orangkan berkawan baik sejak sekolah lagi. takkan tak tahu..

KASIH HUMAIRAH. Tanda nama rumah ini nampak cantik setelah di gilap oleh seorang anak lelaki yang menetap di sini. Rumah yang telah di wakafkan oleh seorang gadis dua puluhan empat tahun yang lalu.

“Tumpang tanya, Kak Mia ada dekat dalam tak?” Kira bertanya pada sekumpulan anak-anak perempuan yang sedang bermain di taman belakang rumah.

“Ada. Tapi, kakak tengah jumpa atuk.” Jawab Aina. Salah seorang dari mereka yang bermain di taman.

“Okey.” Kira berlalu ke dalam rumah meninggalkan taman mini yang di buat khas untuk penghuni di sini.

“Assalamualaikum..” Kira memberi salam.

“Wa’alaikumsalam.” Jawab Mia.

Kebetulan dia baru sahaja keluar dari bilik pejabatnya bersama kedua orang tuanya.

“Kira! Eh, masuk-masuk. Lah, kenapa nak datang tak bagitahu aku. Boleh aku simpanakan sikit puding ni.”

Mia menunjukkan mangkuk yang sebesar pelukannya telah habis isinya.

“Ish, tak palah. Aku datang sini saja-saja je. Nak jumpa kawan aku ni. rindu tahu dekat anak-anak ni.” Kira berpelukan dengan Mia.

Terasa kerinduannya masih belum habis di lunaskan. Maklum sajalah, dua bulan kebelakangan ni dia sibuk sikit kerana seorang pekerjanya telah bercuti bersalin. Jadi, inilah masanya untuk dia berjumpa dengan pemilik rumah Kasih Humairah ini walaupun mereka kerap kali berhubung melalui telefon.

“Olololo.. rindu sangat ye dia.” Mia membalas pelukannya.

“Mestilah..” Mereka ketawa manja. Pelukan di leraikan. Mia ke arah peti sejuk dan mengambil sebotol air oren yang telah di bancuhnya, dituangkan ke dalam cawan untuk tetamu istimewanya.

“Ni, aku ada berita gembira nak share. Baru je tadi ayah dengan ibu aku bagitahu.” Jelas kegembiraan di wajah Mia saat ini.

“Apa? Amboi..tersenyum berseri. Cepatlah apa dia? Tak sabar ni.” Kira pula yang jadi tak sabar nak tahu beriat yang membuatkan kawan baiknya itu jadi segembira ini.

“Ayah aku cakap, ada orang nak datang merisik hujung bulan ni.” Begitu gembira sekali Mia memberitahu berita itu.

Mati senyuman Kira. Benarkah..? Benarlah..

“Kenapa? Kau tak happy ke untuk aku?” Tanya Mia.

“Kau pasti ke tentang hal ni? Sehabis pasti?” Tanya Kira. Sedih datang ke pangkal hatinya tiba-tiba.

“Mestilah aku pasti. Ayah aku ada bagi gambar lelaki tu. Dia dah setahun balik Malaysia selepas habis belajar dekat Mesir. Alhamdulillah, mungkin dialah jodoh yang telah di tetapkan.” Mia bercerita. Tak lekang senyumannya yang meleret di bibir.

Kira tenggelam dengan dunianya. Entah kemana fikirannya kini, hanya Mia yang bercakap seorang diri.

“Hei, kau ke mana? Aku cakap sorang-sorang.” Mia melambaikan tangannya di depan wajah Kira.

“Siapa lelaki tu?” Soal Kira kembali ke alam nyata. Dia cuba untuk tersenyum. Dia redha. Mungkin ini yang terbaik buat kawannya.

“Namanya..Muhammad Shar…”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience