BAB 7

Humor Completed 5460

Moodnya hilang tiba-tiba. Apa yang baru sahaja dia nampak terus mematikan niatnya untuk berjalan-jalan.

Mungkin mereka tak nampak apa yang aku nampak. Sebab tu dia orang masih sama.

“Mia, janganlah jalan laju sangat. Aku nak singgah kedai Cool Blog. Haus tahu?” Jerit Sharani dari belakang.

“Cepat lah!” Jerit Mia. Dia memang tak ada mood.

“Ish! Apa ni perempuan jerit-jerit macam tu. Tak sopan langsung.” Bebel Sharani.

“Kau ni pun satu. Dia tengah tak ada mood tu. Cepatlah order.” Kira menyiku lengan Sharani.

“Er, kak saya nak coklet oreo taknak perl dua. Kau nak apa Kira?” Soal Sharani.

“Bagi saya green apple kosong. Tak nak perl tau kak.” Pesan Kira pula.

Lima minit berlalu. Maka siaplah tiga cawan cool blog.

“Hari ni aku belanja.” Sharani beritahu apabila dia ternampak yang Kira igin mengeluarkan beg duitnya dari poket baju.

“Ewah. Baik betul kau.” Puji Kira.

“Bisalah..”

Sharani mengambil dua cawan cool blog dan berlalu mendapatkan Mia yang sedang duduk di sebuah kerusi kayu. Yang terletak di hujung bangunan. Dia sendirian bermain telefon bimbitnya tanpa menghiraukan orang yang lalu lalang di situ.

“Mia, nah.” Kira menghulurkan secawan cool blog coklet oreo kepada Mia.

“Thanks.” Jawab Mia tanda terima kasih.

“Jom balik. Nak rehatlah.” Mia mengajak.

Sharani dan Kira bersetuju tanpa banyak soal. Lagipula, urusan mereka sudah pun selesai di pusat bandar ini. Nak pinjam buku, bukunya ada orang lain yang pinjam. Maka dengan itu mereka hanya membaca tanpa meminjam sahaja di perpustakaan pusat bandar ini.`

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience