BAB 11

Humor Completed 5460

Usai sahaja sesi motivasi pada malam itu dengan permainan yang di menangi oleh kumpulan Kira, mereka di beri kelonggaran untuk tidur di dewan. Manakala yang lain terpaksalah tidur di khemah masing-masing di tengah padang sekolah.

HARI KE DUA KEM MOTIVASI

PAGI INI, mereka di kumpulakan setelah mengerjakan solat subuh berjemaah di dewan terbuka. Sebelum mereka melakukan senaman, mereka semua di berikan sekeping sandwich yang berbentuk segi empat dan teh’o panas.

“Okey, kita telah pun melakukan pemanasan badan. Saya nak tanya, ada tak sesiapa yang suka menari?” Tanya Kak Mira, pembantu penceramah motivasi.

“Suka!!” Jerit Hampir keseluruhan pelajar di dewan terbuka. Bergema bangunan sekolah hanya dengan suara pelajar tingaktan lima sahaja.

“Okey, kalau suka jom kita mulakan!”

“Ambil tempat masing-masing. Depakan tangan semua. Lari-lari anak, and one, two, three.” Arahan di berikan dan semua pelajar ikut apa yang di lakukan oleh Kak Mira dan pembantu motivasi yang lain di atas pentas.

“Jom balik kampung, balik kampung, jom-jom balik. Jom balik kampung, balik kampung, jom balik. Jom balik, jom balik, joma balik…” Suara pelajar lelaki yang menyanyi mengikut rentak lagu hindustan, namun liriknya di melayukan jadi jom balik.

Ada segelintir pelajar perempuan yang masih segan silu untuk melakukan senaman walaupun mereka berada di bahagian belakang pelajar lelaki. Namun, keseronokan bersenam seni pagi itu lebih kepada majoriti pelajar lelaki. Pelajar perempuan hanya sebahagian yang ikutinya dengan seronok.

Lima minit mereka senam tari dengan lagu hindustan versi melayu, kini lagu bertukar kepada lagu Cita Citata, Goyang Dumang.

“Ewah!!” Jerit salah seorang pelajar lelaki yang mengikut rentak irama dan pergerakan Kak Mira dan pembantu motivasi yang lain di atas.

Ayo goyang dumang, biar hati senang, fikiran pun tenang, galau jadi hilang… Ayo goyang dumang, biar hati tenang, semua masalah jadi hilang..

“Okey adik-adik, sekarang belari setempat. Hai.. Kenal tak siapa abang?” Tanya seorang lelaki yang bersenam bersama Kak Mira di pntas.

“Tak..” Ada yang menggeleng tanda tak tahu.

“Okey, nama abang Aqil, okey. Seronok tak senam tari?” Tanya Abang Aqil pula selepas memperkenalkan dirinya.

“Seronok!!” Jawab pelajar semua pelajar.

“Nak lagi tak!!” Jerit Abang Aqil pula.

“Nak!!” Jawab pelajar.

Seterusnya mereka melakukan lagi senam tari yang kali ini mejoritinya semua pelajar merasa selesa selepas lima belas minit mereka melakukan senam tari bersama.

“Best tak korang!!” Jerit Abang Aqil.

“Seronok!!” Balas pelajar-pelajar yang di bawah.

Sudah sampai masanya untuk melakukan penyejukan badan pula. Bermula dari kaki dan berakhir di bahagian kepala.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience